Tidak Selesa Dengan Ajakan Pasangan? Ini 4 Cara Halus TOLAK Fantasi Seks Agar Si Dia Tidak Kecil Hati!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Setiap orang di muka bumi ini tidak kira lelaki atau wanita pasti mempunyai fantasi seks masing-masing. Ya, ia adalah sesuatu yang sangat normal. Dengan memilikinya juga, kehidupan seks anda bersama pasangan boleh jadi lebih hangat dan ghairah!

Pun begitu, ada ketika kita tidak punya mood untuk melayan kemahuan dan keinginan pasangan. Persoalannya, bagaimana untuk menolak fantasi seks pasangan agar si dia tidak kecil hati? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Salahkah tolak fantasi seks pasangan?

fantasi seks

Sebelum pergi dengan lebih mendalam tentang cara menolaknya, kita perlu tahu satu perkara penting terlebih dahulu. Adakah menolak fantasi seks pasangan itu salah?

Hakikatnya, fantasi seks seharusnya direalisasikan atas persetujuan bersama. Jadi, tidak salah untuk menolak jika ada salah seorang pasangan yang tidak selesa dengannya!

Namun, menolak ajakan pasangan sudah pasti sangat sulit untuk dilakukan lebih-lebih lagi jika anda dan pasangan sudah terbiasa melakukannya. Dalam pada itu, sebenarnya ramai pasangan yang malu untuk menolak kemahuan pasangan kerana tidak mahu berlaku konflik.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Social and Personal Relationships, majoriti individu ingin pasangannya berlaku jujur mengenai keinginan seksual mereka. 

Menurut mereka lagi, adalah lebih baik jika pelawaan untuk melakukan hubungan intim ditolak oleh pasangan daripada ditipu semata-mata kerana ingin menjaga hati.

James Kim yang merupakan salah seorang pengkaji dalam kajian itu menjelaskan, penolakan secara positif tidak akan menimbulkan sebarang konflik. Sebaliknya, ia merupakan satu perkara yang lebih baik dilakukan daripada merelakan perbuatan itu tanpa menikmatinya.

Apakah hukum tolak ajakan pasangan?

fantasi seks

Dari segi sains, adalah lebih baik untuk menolak daripada menipu. Namun, apa pula pandangan dari sudut agama Islam?

Sudah menjadi kewajipan isteri untuk menunaikan setiap kehendak suami dalam perlakuan seks, selagi ia tidak melanggar syarak! 

Buat anda yang belum tahu, pasangan suami isteri boleh melakukan hubungan kelamin dalam pelbagai variasi dan posisi. Cuma, adalah diharamkan untuk sang suami memasukkan zakar ke dalam lubang dubur isteri.

Pun begitu, pujuk rayu dan perbincangan adalah dibenarkan. Jadi, jika sang isteri tidak selesa atau tidak suka dengan apa-apa permintaan suami yang berkaitan dengan fantasi seks, maka berbincanglah secara terbuka.

Cara halus tolak fantasi seks pasangan

fantasi seks

Adakalanya, kita mungkin ingin menolak ajakan pasangan daripada melakukan seks ekoran ketiadaan mood atau tidak suka dengan fantasi seks yang direncanakan. Dalam masa yang sama, anda tidak mahu mengecilkan hati pasangan. Jadi, apa yang boleh dibuat?

Usah khuatir, Hello Doktor ada jawapannya.

#1. Bersikap jujur dan tegas

Pertama sekali, anda perlulah bersikap jujur. Katakan pada pasangan apa punca anda tidak mahu melakukannya tanpa berselindung.

Ya, memang benar fantasi seks mampu membangkitkan kehangatan dan keghairahan hubungan intim. Namun, tidak bererti ia perlu direalisasikan dalam dunia nyata terutamanya jika ia akan membawa mudarat kepada pasangan.

Sebaiknya, sila bersikap jujur dan tegas jika pasangan mulai memaksa anda mengikuti kehendak seksualnya. Namun, jangan pula sampai anda menggunakan kekerasan. Cukup sekadar kata-kata yang dapat memujuknya.

Katakan pada mereka yang anda bukan menolak kerana anda sudah tidak lagi tertarik kepada dirinya. Sebaliknya, fantasi seks mereka itu yang membuat anda tidak selesa. Dengan ini, pasangan mungkin akan faham situasi anda.

#2. Menjelaskan tanpa menghakimi

Setiap orang mempunyai fantasi seks yang kadangkala sangat pelik dan liar. Namun, anda tidak perlu beranggapan bahawa fikiran pasangan adalah kotor dan tidak normal.

Sebagai contoh, jika pasangan anda memiliki fantasi seks yang bersifat ganas seperti BDSM, jelaskan pada mereka bahawa ia adalah sesuatu yang mungkin anda tidak selesa dan jangan sesekali hakimi mereka.

Ya, ia adalah sesuatu yang normal. Menurut Justin Lehmiller menerusi penulisan dalam bukunya Tell Me What You Want, BDSM adalah fantasi seksual yang paling popular!

Jika anda tidak mahu merealisasikan hasrat pasangan, tolak secara lembut dan tawarkan variasi posisi yang anda berdua rela hati melakukannya.

fantasi seks

#3. Mencuba di waktu lain

Sekiranya anda tiada mood untuk beraksi di ranjang pada ketika itu, apa kata anda tangguhkan fantasi seks pasangan terlebih dahulu?

Katakan pada mereka yang anda mungkin sudah terlalu penat ekoran seharian bekerja di pejabat dan waktu malam itu anda ingin gunakan untuk berehat.

Jika mereka mendesak, tawarkan pada mereka untuk melakukan keintiman dengan cara lain. Usah malu dan takut. Anda berdua mungkin boleh melakukan foreplay seperti handjob atau blowjob demi memuaskan pasangan ketika itu.

Kemudian, jadualkan fantasi seks pasangan anda dan beritahu mereka terlebih dahulu. Bolehlah anda berdua merancang dan menyiapkan diri sebelum tiba hari kejadian!

#4. Berkrompomi

Hanya kerana anda sendiri yang tidak bersedia untuk merealisasikan fantasi seks pasangan, tidak bermakna anda tidak boleh langsung berasmara dengan pasangan. Kompromi adalah kunci utamanya.

Seperti yang telah diperkatakan di atas, anda mungkin boleh tawarkan pasangan cara lain untuk masing-masing memuaskan nafsu syahwat. 

Sebagai contoh, jika pasangan anda gemarkan BDSM, mungkin anda boleh gunakan tali atau gari untuk menambah unsur ganas dalam kehidupan seks anda. 

Selain itu, anda juga mungkin boleh memakai kostum yang pasangan minta untuk melakukan role play. Cuma, jangan sampai ia menyakiti diri anda secara mental dan fizikal. 

Konklusi

Kesimpulannya, kita semua mempunyai fantasi seks masing-masing. Tidak salah untuk menolak ajakan pasangan jika anda rasa ia akan membuat anda tidak selesa. Cuma, sila tolak dengan cara yang halus agar pasangan tidak kecil hati.

Apa yang penting, pastikan hubungan seks yang kalian jalani adalah sihat dan tidak hanya bertepuk sebelah tangan ya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Tarikh Reviu: Februari 12, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Februari 11, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut