Jangan Ketawa, Anda Juga Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan

Seks adalah antara perkara yang paling utama dalam kehidupan pasangan suami isteri. Tanpanya maka hambarlah kehidupan di kamar tidur anda berdua.

Disebabkan itu, sebarang kesilapan ketika projek asmara berlangsung harus dielakkan. Ini bertujuan mengelakkan ketidakharmonian dalam perhubungan.

Antara kesilapan yang sering berlaku adalah tidak bersetuju untuk bersenggama, tidak puas, tidak cergas dan macam-macam lagi.

Jangan terkejut jika kami kata ada juga pasangan yang tercirit semasa beraksi dengan pasangan!

Adakah ia sesuatu yang normal? Apakah punca sebenar ia berlaku?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya.

Cirit semasa seks, adakah ia normal?

Cuba bayangkan, anda dan pasangan sedang asyik mendayung meredah lautan asmara yang penuh liku dan secara tiba-tiba sahaja muncul ombak yang menghentam kapal layar kalian.

Inilah analogi yang boleh digambarkan sekiranya berlaku keadaan luar jangka ketika projek asmara berlangsung seperti tercirit semasa beraksi dengan pasangan.

Untuk pengetahuan anda, fenomena cirit semasa seks adalah normal dan boleh berlaku kepada mana-mana pasangan tatkala proses penetrasi zakar ke dalam faraj.

Meskipun kita sudah tahu bahawa ia adalah normal namun apakah dalangnya?

seks

Apa punca sebenar ia berlaku?

Buat anda yang tertanya-tanya, berikut adalah sebab fenomena cirit semasa seks berlaku:

#1. Anatomi tubuh badan

Seks melalui lubang dubur atau seks anal boleh menyebabkan seseorang itu terasa seperti ingin membuang air besar.

Ini kerana kawasan ini terdapat banyak sistem saraf yang mungkin mengelirukan otak.

Ketika otot lubang dubur anda mengemut dan mengembang ketika penetrasi dilakukan, ia mungkin akan menghantar isyarat kepada otak bahawa kalian mahu berak.

Walaupun anda dan pasangan tidak melakukan seks anal ini, otak mungkin akan masih terkeliru kerana rangsangan seksual boleh melancarkan aliran darah pada tisu lubang dubur.

Akibatnya, saluran lubang dubur anda akan mengeluarkan cecair lantas mengakibatkan tinja terkeluar.

#2. Posisi seks

Kedudukan tubuh badan anda semasa sedang bereksperimen dengan pelbagai posisi seks boleh memberikan tekanan kepada otot perut.

Tentu sekali tekanan ini akan membuatkan usus anda terutamanya rektum yang mungkin membuat kalian terasa seperti mahu berak.

Ia akan berlaku dengan lebih teruk sekiranya kalian melakukan posisi seks yang memberi tekanan kuat pada perut seperti posisi seks klasik missionary.

Jika ia berlaku kepada anda, maka segeralah berkunjung ke tandas untuk melepaskan hajat bagi mengurangkan risiko tercirit semasa bersenggama.

seks

#3. Orgasma seks

Pernahkah kalian terdengar atau terbaca tentang wanita mengeluarkan tinja serentak semasa bersalin?

Ya, perkara yang sama juga mungkin boleh berlaku tatkala anda dan pasangan mencapai puncak syahwat!

Ini kerana orgasma seks akan menyebabkan kontraksi pada rahim lantas membuka laluan untuk najis terkeluar dari lubang dubur.

Dalam pada itu, klimaks juga akan membuat tubuh badan merembeskan prostaglandins yang melancarkan aliran darah ke pelvis.

Kesannya, cecair pada saluran dubur ini akan membuat kalian sukar untuk menahan tinja dari terkeluar.

#4. Kondisi kesihatan tertentu

Kecederaan pada internal anal sphincter (IAS) – otot pada lubang dubur boleh meningkatkan risiko kalian tercirit semasa bersenggama.

Kecederaan ini boleh berlaku akibat terlalu kuat meneran ketika sembelit atau bersalin serta serangan seksual pada lubang dubur.

Bukan itu sahaja, kecederaan seperti ini juga boleh menyebabkan beberapa penyakit yang lain seperti sklerosis berbilang, radang usus dan kencing manis.

Sekiranya ia berlaku kepada anda, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan.

seks

Apa yang boleh anda dan pasangan lakukan?

Pertama sekali, jangan panik dan kekal tenang. Jika ia berlaku kepada anda atau pasangan, berhenti seketika untuk bersihkan tilam dan katil anda.

Usah khuatir kerana sudah pasti pasangan anda pun faham dan tidak akan sesekali menyalahkan anda. Kalian boleh mulakannya dari awal sekali lagi.

Bagi mengelakkan fenomena cirit semasa seks berulang kembali, pergilah ke tandas untuk melepaskan hajat terlebih dahulu bagi memastikan usus anda tidak mempunyai sebarang bebanan sebelum beraksi di ranjang.

Sekiranya ia berlanjutan dan kalian tidak pasti apa puncanya, segera berjumpa doktor untuk konsultasi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

Ramai yang beranggapan usia emas adalah waktu untuk berhenti lakukan hubungan intim. Salah, ini panduan seks semasa menopaus anda boleh cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Apa Yang Kita Akan Rasa Semasa Klimaks? Lelaki & Wanita Tidak Sama Rupanya!

Apa maksud klimaks dan apa rasa ketika ia berlaku? Untuk pengetahuan anda, ia juga berbeza mengikut jantina. Klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesan onani

Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
sakit ketika seks

Rasa Nak Muntah Selepas Melakukan Hubungan Seksual? Ini Bukan Tanda Hamil Tapi Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
seks ganas

Seks Ganas Lebih Menerujakan Pasangan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
nafsu seks

Pil Cegah Hamil Turunkan Nafsu Seks Anda? Ketahui Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan