Pasangan Suami Isteri Yang Belum Mahu Anak, Ini 3 Cara Bersetubuh Yang Anda Boleh Praktikkan!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Setiap pasangan suami isteri pasti mahu mempunyai cahaya mata, bukan? Akan tetapi, ada juga yang belum bersedia kerana mahu merancang keluarga terlebih dahulu lebih-lebih lagi pasangan muda yang baru berkahwin. Jadi, apakah yang perlu dilakukan? Rahsianya, adalah cara bersetubuh yang betul. Nak tahu lebih lanjut? Jom ikuti artikel ini!

Kontrasepsi adalah jalan terbaik

Kenapa anda perlu pening kepala bersama pasangan memikirkan teknik bersetubuh untuk mencegah kehamilan dari berlaku? Sudah terang lagi bersuluh, ada satu kaedah yang boleh anda dan pasangan lakukan iaitu kontrasepsi.

Seperti yang sudah diketahui ramai, cara paling selamat dan berkesan untuk mengelakkan kehamilan dari berlaku adalah dengan menggunakan alat kontrasepsi seperti pil perancang, suntikan, implan, IUD atau paling mudah, kondom.

Jika difikirkan secara logik, hubungan seks menggunakan alat kontrasepsi ini adalah cara bersetubuh yang paling terbaik untuk mencegah anda daripada mengandung. Pun begitu, ia akan menghilangkan unsur suspense dan suprise!

Maksudnya di sini adalah pasangan suami isteri yang menggunakan alat kontrasepsi tidak lagi boleh melakukan hubungan intim bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kerana perlu memikirkan mereka sudah atau belum menggunakan alat pencegah kehamilan pada diri.

Selain itu, alat kontrasepsi ini hanya bertujuan untuk membantu anda mencegah kehamilan dan bukannya 100% boleh merealisasikan hasrat anda itu. Selain itu, ‘accident’ juga boleh berlaku kerana kita hanya mampu merancang dan tuhan yang akan menentukan segalanya, bukan?

Jadi, ada teknik bersetubuh lain yang boleh dilakukan. Ia adalah posisi seks. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa posisi seks yang boleh anda dan pasangan lakukan untuk mengelakkan diri dari mengandung. Sila baca lebih lanjut untuk mengetahuinya.

Cara bersetubuh untuk mencegah kehamilan

Ramai pasangan sering berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat berkenaan posisi seks yang boleh dilakukan untuk meningkatkan peluang hamil. Namun, ada juga pasangan yang bertanyakan sebaliknya. Berikut adalah posisi seks yang boleh anda dan pasangan praktikkan untuk mencegah kehamilan:

#1. 69

Buat anda yang kurang arif mengenai posisi ini, ia adalah posisi di mana anda berbaring dan pasangan anda berada di atas anda dalam keadaan yang terbalik. Maksudnya di sini adalah kepala anda dan pasangan tidak bersemuka antara satu sama lain tetapi akan menghadap kemaluan masing-masing.

Dalam erti kata yang lain, tiada penetrasi yang akan berlaku. Anda dan pasangan boleh memuaskan diri dengan menyentuh dan menjilat kemaluan pasangan masing-masing. Dengan itu, anda dan pasangan sudah tidak perlu risau lagi akan risiko kehamilan kerana air mani suami tidak akan dikeluarkan di dalam faraj isteri.

#2. Woman on top

Secara tradisinya, sudah pasti si suami yang akan berada di atas, bukan? Ini kerana posisi seks paling biasa dan asas untuk dilakukan oleh pasangan yang kurang berpengalaman adalah posisi missionary. Posisi seks ini sangat berbeza dengan posisi woman on top yang memerlukan si isteri untuk menjadi nakhoda kapal layar anda.

Posisi ini dilakukan dengan suami berbaring menelentang dan isteri duduk di atas suami. Kemudian, penetrasi boleh dibuat dengan isteri mengawal kadar dan kedalaman tusukan zakar. Posisi ini dikatakan dapat mencegah kehamilan kerana air mani yang terpancut agak lambat untuk sampai ke pangkal rahim lantas melambatkan proses persenyawaan.

#3. Show and tell

Posisi apakah ini? Sebenarnya, ia bukan satu posisi seks klasik yang ramai sudah sedia maklum seperti missionary, doggy style atau woman on top yang ramai sudah tahu. Akan tetapi, ia lebih kepada foreplay yang memerlukan anda untuk melakukan masturbasi.

Perbezaannya dengan perlakuan melancap adalah anda akan melakukannya bersama pasangan. Caranya, hanya berbaring sebelah pasangan sambil menghadap muka masing-masing. Kemudian, gunakan tangan untuk menyentuh dan merangsang pasangan.

Gunakan tangan atau mulut anda untuk mengeluarkan air mani dan pastikan ia pancut jauh daripada bibir faraj, ya? Kaedah romantik ini bukan sahaja boleh memuaskan nafsu malah juga akan merealisasikan hasrat anda dan pasangan untuk mencegah kehamilan.  

cara bersetubuh

Kaedah pancut luar

Pasangan suami isteri yang masih belum tahu, kaedah ejakulasi di luar faraj atau pancut luar adalah cara bersetubuh yang paling simple untuk dipraktikkan. Kaedah ini memerlukan suami menarik zakar keluar daripada faraj sebelum ejakulasi semasa melakukan hubungan seks demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam faraj.

Untuk pengetahuan anda juga, ia adalah cara kaedah perancangan keluarga yang semula jadi tanpa memerlukan bantuan sebarang alat atau ubat. Menurut kajian, kaedah ini mempunyai tahap keberkesanan sehingga 82% hingga 96% dan hanya 4 daripada 100 wanita yang menggunakan kaedah ini bersama pasangan mereka hamil.

Dalam erti kata yang lain, ia adalah cara bersetubuh paling efektif dan selamat tanpa sebarang kesan sampingan dalam usaha mencegah kehamilan. Pun begitu, kaedah ini hanya akan berjaya sekiranya dilakukan tanpa sebarang kesilapan. Ia juga mempunyai risiko untuk gagal disebabkan beberapa faktor, termasuklah:

  • Suami mengalami kondisi ejakulasi pramatang
  • Terdapat lelehan lebihan air mani yang terkeluar daripada zakar semasa orgasma
  • Terpancut air mani pada bahagian permukaan atau bibir faraj (vulva)

Dalam pada itu, kaedah ini juga mungkin tidak akan berjaya jika timing suami menarik zakar keluar daripada faraj tidak tepat. Ini kerana pasangan suami isteri yang baru berkahwin khususnya kurang pengalaman. Jadi, mereka mungkin tidak tahu waktu yang betul untuk mengeluarkan alat kemaluan mereka. 

Apa yang paling penting, segala alat kontrasepsi, kaedah dan posisi yang anda dan pasangan lakukan ini adalah satu percubaan yang tidak semestinya membuahkan hasil. Ini kerana kita hanya mampu merancang dan tuhan yang akan menentukan segalanya. Jika berlaku ‘accident dan anda mengandung, ia adalah anugerah yang seharusnya kita raikan.

Konklusi

Kesimpulannya, terdapat beberapa cara bersetubuh yang boleh pasangan suami isteri lakukan dalam usaha untuk mencegah kehamilan. Anda mungkin boleh gunakan alat kontrasepsi yang boleh didapati di mana-mana pusat kesihatan berdaftar di negara kita. Selain itu, terdapat juga posisi seks yang anda boleh praktikkan bersama pasangan atau kaedah yang boleh diamalkan seperti kaedah pancut luar.

Namun, artikel ini ditulis hanya tujuan untuk membantu dan mencadang cara bersetubuh yang boleh anda dan pasangan praktikkan untuk mengelakkan diri dari mengandung. Untuk lebih kepastian, sila rujuk pakar berdekatan dengan anda, ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 18, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Februari 20, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut