backup og meta

Betul Ke Guna Pil Perancang Sudah Ketinggalan Dan Satu Kaedah Lama?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 05/05/2023

    Betul Ke Guna Pil Perancang Sudah Ketinggalan Dan Satu Kaedah Lama?

    Adakah pil pencegah kehamilan atau kontraseptif oral merupakan alternatif terbaik berbanding dengan metod kontrasepsi lain? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Kontraseptif oral adalah kaedah lama

    Kaedah lama tidak bermaksud ia tidak efektif. Pil perancang telah digunakan sejak bertahun lamanya dan sering menjadi pilihan pasangan untuk merancang kehamilan.

    Namun di luar sana, terdapat pelbagai jenis teknik pencegah kehamilan yang dapat diberikan kepada mereka yang menginginkannya yang mungkin lebih berkesan atau senang dalam konteks penggunaannya.

    Mengikut statistik penggunaan kontrasepsi dalam kalangan wanita di UK, 59% daripada mereka tidak berpuas hati dengan apa yang diberikan kepada mereka pada waktu tersebut.

    Ini berikutan kesan sampingan ubat yang terpaksa ditanggung oleh pengguna dalam mencapai kesan yang diingini seperti mual, kenaikan berat badan dan masalah kesihatan mental.

    kontraseptif oral

    Kaedah yang lebih baru yang dipanggil sebagai long-acting reversible contraceptives (LARCs) seperti suntikan progesterone dan implan kontrasepsi, dapat memberikan kesan yang lebih efektif dan tidak perlu diambil setiap hari.

    Ini dapat meningkatkan kepatuhan pengguna terhadap kaedah tersebut dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan penggunaan pil.

    Kadar keberkesanan pil boleh turun sehingga 91% disebabkan oleh ketidakpatuhan penggunaan dan kesan sampingan seperti muntah dah cirit-birit yang mampu menurunkan keberkesanan ubat tersebut. 

    Kemahuan pengguna

    Jika dilihat pada konsep pemberian pilihan kontrasepsi, pengguna perlu diberikan pendidikan secukupnya berkaitan pencegahan kehamilan dan kesan sampingannya sebelum mereka boleh membuat pilihan.

    Ini kerana, pemilihan ini akan menentukan tahap kepatuhan pengguna, seterusnya keberkesanan pil kontraseptif tersebut.

    Baca juga:

    Pil perancang atau kontraseptif oral telah diperkenalkan 60 tahun yang lalu dan sehingga kini ia merupakan kaedah yang paling tinggi digunakan dalam kalangan wanita di United Kingdom (UK).

    Adakah ia disebabkan oleh pilihan pesakit itu sendiri ataupun adakah mereka tidak diberikan peluang untuk memilih? 

    Terdapat beberapa faktor risiko dan keadaan kesihatan yang boleh mendedahkan pesakit kepada risiko kesan sampingan yang serius.

    Individu yang tidak akan dipreskribkan dengan pil perancang adalah:
    • Berusia 35 tahun dan keatas serta merokok melebihi 15 puntung sehari
    • Banyak faktor risiko untuk mendapat penyakit jantung seperti usia lanjut, merokok, kencing manis dan hipertensi.
    • Hipertensi (tekanan darah sistolik ≥ 160 mmHg atau diastolik ≥ 100 mmHg)
    • Sejarah angin ahmar
    • Sejarah penyakit jantung
    • Venous thromboembolism
    • Penyakit injap jantung yang kompleks (hipertensi pulmonari, atrial fibrilasi, jangkitan kuman pada jantung)
    • Kanser payudara
    • Penyakit hati yang serius
    • Kanser hati
    • Migrain
    • Kencing manis untuk tempoh masa 20 tahun dan ke atas atau kencing manis bersama masalah mata, buah pinggang dan saraf.

    Sebahagian wanita dapat bertahan dengan kesan sampingan sedia ada, namun buat sebahagian lagi, kaedah lain perlu diberikan.

    Kontraseptif oral boleh menyebabkan kelesuan dan sakit pada bahagian payudara kerana kesan pil tersebut bersifat sistemik (mempengaruhi sistem lain).

    Disebabkan itulah kebanyakan wanita agak gembira dengan kaedah kontrasepsi implan yang kebiasaannya mensasarkan kesan setempat dan kebiasaannya tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius.

    Namun, apakah faktor yang menghalang mereka daripada memilih kaedah ini? 

    kontraseptif oral

    Beza harga kontraseptif oral dan kaedah lain

    Harga memainkan peranan penting dalam pemilihan jenis kontrasepsi.

    Kebanyakan pil perancang boleh dibeli dengan harga yang sangat murah berbanding dengan kaedah suntikan atau implan.

    Doktor perlu menyesuaikan kemahuan pengguna dengan kadar kemampuan mereka untuk mendapatkan bekalan ubat atau penukaran implan pada masa akan datang supaya kesan farmakologikal itu dapat dikekalkan. 

    Sebilangan wanita di UK (38%) yang berumur di antara 35 ke 49 tahun tidak menggunakan kaedah kontrasepsi pil, sebaliknya menggunakan teknik kontrasepsi ritma seperti mengira waktu subur dan waktu tidak subur.

    kontraseptif oral

    Ini berikutan ketidakmampuan untuk memberikan komitmen kewangan terhadap kaedah implan yang kian mahal. Mereka juga tidak mahu menanggung kesan sampingan dan komitmen harian untuk mengambil pil perancang.

    Konklusi

    Walaupun terdapat pelbagai jenis kaedah untuk mencegah kehamilan seperti kontraseptif oral, pilihan anda merupakan faktor penting yang akan menentukan jenis kaedah kontrasepsi yang akan anda gunakan.

    Tanyalah kepada doktor anda berkenaan dengan pilihan kontrasepsi yang ada dan pastikan anda faham berkenaan dengannya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 05/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan