Selalu Guna Minyak Masak Berulang Kali? Mungkin Anda Patut Berhenti Buat Lepas Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/04/2020
Share now

Telah menjadi kebiasaan bagi orang-orang kita untuk menggunapakai minyak masak secara berulang kali. 

Sekiranya di kedai-kedai makan atau gerai-gerai pisang goreng, minyak masak untuk menggoreng akan digunakan berulang-ulang kali sehingga ia menjadi hitam. Kemudian, barulah minyak tersebut diganti dengan minyak baharu yang lain. Tambahan lagi dengan harga minyak ini yang telah meningkat sekali ganda, maka tempoh penggunaan minyak masak tersebut akan menjadi lebih lama. Tetapi tahukah anda, ada risiko kesihatan yang perlu anda hadapi sekiranya kerap menggunakan minyak untuk memasak ini secara berulang kali?

Pendedahan terhadap radikal bebas

Menurut Mrs Bibi Chia, pakar pemakanan yang berkhidmat di Raffles Diabetes & Endocrine Centre, Singapura, seseorang individu tidak sepatutnya mengguna semula minyak masak lebih daripada 2 kali penggunaan. Mengapa? Ini kerana penggunaan minyak ini secara berulang akan mendedahkan seseorang individu kepada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel tubuh. Menurut beliau lagi, antioksidan dan vitamin yang sensitif terhadap haba akan semakin berkurangan setiap kali penggunaan. 

Kandungan lemak trans

Pada suhu yang tinggi, kandungan lemak dalam minyak masak boleh bertukar menjadi lemak trans. Apabila minyak kembali digunakan berulang kali, jumlah lemak trans dalam minyak tersebut akan semakin meningkat. Kajian telah menunjukkan bahawa, jumlah lemak trans telah meningkat secara signifikan dalam minyak yang dipanaskan kembali. 

Pelepasan bahan toksik

Setiap kali minyak untuk memasak ini dipanaskan, molekul lemak minyak akan memecah sedikit. Ini menyebabkan minyak masak mencapai “titik asap”, iaitu satu tahap suhu dimana minyak mula berasap dan menghasilkan bau yang kurang enak. “Titik asap” ini akan berlaku dengan lebih cepat setiap kali minyak tersebut diulang guna. Sekiranya “titik asap” berlaku, bahan yang tidak sihat akan dilepaskan ke udara dan juga ke dalam makanan yang sedang dimasak.

Berapa kalikah saya boleh menggunakan minyak masak secara berulang?

Penggunaan minyak ini secara berulang perlu diperhatikan daripada segi jenis minyak tersebut, suhu yang diperlukan untuk ia dipanaskan, dan tempoh yang diperlukan untuk memanaskannya. 

Nasihat Mrs Bibi, seseorang perlu memerhatikan warna minyak sebelum kembali menggunakannya. Buang minyak tersebut sekiranya ia telah bertukar warna kepada warna yang lebih gelap atau hitam. Ia juga perlu dibuang sekiranya bau minyak telah bertukar menjadi tengik atau menjadi sangat likat dan melekit. 

Tanda minyak yang tidak elok

Terdapat beberapa tanda yang boleh anda perhatikan sekiranya minyak masak anda telah rosak. Antaranya: 

  • Minyak bertukar warna menjadi gelap disebabkan oleh molekul minyak dan makanan yang telah terbakar akibat haba yang tinggi
  • Minyak menjadi semakin likat apabila semakin kerap ia digunakan
  • Terdapat sedimen atau pemendapan pada dasar bekas minyak masak
  • Asap muncul sebelum suhu minyak mencapai 190 darjah Celsius
  • Minyak sudah berbau tengik atau berbau seperti makanan yang telah anda masak dengan menggunakan minyak tersebut

Pesan kepada mak-mak di kampung, berhenti gunakan minyak masak secara berulang kali kalau masih sayangkan kesihatan tubuh. Jika mereka mengeluh mengenai harga minyak untuk memasak yang mahal dan membazir jika diguna sekali dua, cakap pada mereka yang anda akan sponsor minyak masak mereka seumur hidup. Takkan minyak pun nak berkira dengan mak kan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    https://www.straitstimes.com/singapore/how-many-times-can-cooking-oil-be-reused

    https://www.radianthealthmag.com/health-wellness/frying-oil/

    https://www.iwacu-burundi.org/englishnews/risks-with-reusing-cooking-oil/

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

    Tahukah anda, mereka yang makan pakai tangan lebih menikmati makanan berbanding yang guna sudu? Ada banyak lagi dapatan kajian jika makan guna tangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Nak Panjang Umur? Amalkan Makanan Jepun Ini, Banyak Kebaikannya Buat Kesihatan!

    Jika anda biasa memakan ramen, anda tahu ia disirami dengan sup miso. Tetapi adakah anda tahu pes miso ini bantu panjangkan umur anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Tahu Ada Asid Borik Dalam Mi Kuning? Ini BAHAYANYA Jika Anda Termakan Ia!

    Selalu makan mi kuning kan? Anda tahu bahawa asid borik banyak digunakan dalam pembuatan mi kuning dan juga bebola ikan sebelum ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Makan secara sihat bukan sahaja untuk kecantikan fizikal, malah untuk kesejahteraan mental anda. Percaya atau tidak, makanan boleh mempengaruhi mood anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

    Duduk Rumah Mulut Asyik Nak Mengunyah Saja? Ini 9 Cara HENTIKAN Tabiat Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/04/2020
    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/03/2020
    JANGAN Ambil 9 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

    JANGAN Ambil 9 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2020