backup og meta

Alamak! Instagram Buat Anda Teringin Nak Makan Makanan Tidak Sihat?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/09/2020

    Alamak! Instagram Buat Anda Teringin Nak Makan Makanan Tidak Sihat?

    Tengah seronok melayari media sosial, anda ternampak pula rakan anda berkongsi gambar makanan tengah harinya. Tiba-tiba, anda juga teringin makan makanan yang sama. Adakah itu bermakna nafsu anda mudah terpengaruh?

    Media sosial mendatangkan pengaruh

    Berdasarkan kajian daripada Aston University, di Birmigham menunjukkan bahawa apa yang dimakan oleh rakan-rakan di media sosial Facebook turut akan mempengaruhi pilihan makanan kita. 

    Para penyelidik mengatakan seseorang individu akan mengambil lebih buah-buahan dan sayuran jika mereka berasakan rakan-rakan di Facebook turut melakukan perkara yang sama.

    Walau bagaimanapun, tabiat meniru tidak hanya terhad kepada pemakanan yang sihat semata-mata. Bahkan ia juga melibatkan peningkatan pengambilan makanan ringan.

    Kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Appetite ini melibatkan 369 pelajar universiti. Setiap responden diminta untuk menganggarkan jumlah buah, sayuran, kalori makanan ringan dan minuman manis yang diambil rakan Facebook mereka setiap hari.

    Analisis kajian tentang media sosial dan tabiat pemakanan

    Maklumat tersebut kemudiannya dirujuk silang (cross-referenced) dengan tabiat pemakanan responden sendiri. Maklumat yang dikumpul menunjukkan bahawa responden berasakan rakan sosial mereka ‘meluluskan’ makanan ringan dan akan mengambilnya dalam kuantiti yang lebih banyak lagi.

    Begitu juga dengan responden yang mempunyai rakan Facebook yang mengamalkan pemakanan sihat. Mereka akan turut terpengaruh untuk mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan.

    Keadaan ini sekali gus mewujudkan 1 persepsi dengan hanya melihat apa yang dikongsikan rakan-rakan mereka di media sosial. Ia juga mungkin mewujudkan 1 kesan umum terhadap aspek kesihatan secara keseluruhannya.

    Walau bagaimanapun, penyelidik menyatakan bahawa kajian yang dilakukan itu tidak menunjukkan 1 hubungan signifikan antara pengaruh tabiat pemakanan daripada media sosial dengan Indeks. 

    media sosial

    Bantu tangani tabiat pemakanan tidak sihat

    Melalui penyelidikan yang dilakukan, saintis berpendapat penemuan tersebut boleh digunakan untuk menangani tabiat pemakanan tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak yang menggunakan media sosial.

    Menurut ketua penyelidikan merangkap pelajar PhD dalam psikologi kesihatan, Lily Hawkins berkata, “Kajian ini menunjukkan bahawa kita mungkin dipengaruhi oleh rakan sosial lebih daripada apa yang kita sedari dalam aspek pemilihan makanan tertentu.”

    “Sekiranya kita melihat rakan-rakan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, secara tidak langsung kita juga akan cenderung untuk memakan buah-buahan dan sayuran juga.”

    “Dalam masa yang sama, apabila kita melihat mereka gembira sewaktu memakan makanan ringan dan minuman manis, ia secara tidak langsung seperti memberikan ‘lesen’ kepada kita untuk turut mengambil makanan yang tidak baik untuk kesihatan,” ujar Lily.

    Ini bermakna penggunaan medium sosial boleh mempengaruhi tindakan seseorang individu. Ia boleh digunakan sebagai alat untuk ‘memancing’ tabiat pemakanan individu dalam kelompok rakan-rakan sosial.

    Selain itu, berdasarkan kajian juga ia menunjukkan bahawa medium sosial boleh digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi aspek kesihatan awam. 

    Penyelidik kini sedang dalam usaha untuk melakukan penyelidikan lain berkaitan pengaruh sosial. Mereka mahu melihat sama ada pengaruh sosial berkaitan tabiat pemakanan boleh mendatangkan kesan jangka panjang terhadap berat badan individu atau tidak.

    Medium pemujukan yang berkesan

    Berdasarkan laporan daripada National Health Services (NHS) untuk England pada 2018, menunjukkan bahawa hanya 28% individu dewasa mengambil lima jenis hidangan sayuran dan buah-buahan yang disyorkan setiap hari. 

    Pakar pemakanan dan jurucakap bagi Persatuan Dietetik British, Aisling Pigott berkata, “Kajian seperti ini menunjukkan bagaimana mudahnya kita dipengaruhi oleh persepsi dalam talian tentang pemakanan individu lain.”

    Penggunaan media sebagai medium dilihat sebagai cara mempromosikan mesej kesihatan dengan memfokuskan kepada tabiat pemakanan yang sihat. Dalam masa yang sama ia boleh menunjukkan kaitan antara pemakanan dan badan, sekali gus mendorong individu untuk membuat keputusan positif berkaitan makanan yang akan dimakan. 

    “Walau bagaimanapun, dalam menggunakan media sebagai medium pemujukan, kita perlu mengaplikasikan tingkah laku positif  dalam campur tangan berkaitan kesihatan. Selain itu, kita juga perlu mengelak daripada mengelirukan individu dalam membuat pilihan makanan,” ujar Aisling.

    Bagi Pengarah Aston University’s Applied Health Research Group, Profesor Claire Farrow, “Hasil penemuan daripada kajian pastinya dapat membantu dalam membentuk campur tangan yang sesuai untuk belia mengamalkan tabiat pemakanan sihat pada usia muda.”

    “Keadaan ini sekali gus dapat membentuk 1 kebiasaan untuk diamalkan dalam kehidupan sepanjang hayat,” ujar Profesor Claire.

    media sosial

    Akhir kata

    Tidak dapat dinafikan kita mudah terpengaruh dengan apa yang kita lihat pada laman sosial, terutamanya jika ia melibatkan gambar yang menarik. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda boleh menerima bulat-bulat tentang apa yang anda lihat. 

    Anda seharusnya perlu menjaga aspek pemakanan dengan mengamalkan pemakanan sihat seperti saranan doktor dan bukan sekadar meniru apa yang anda lihat dalam paparan sosial semata-mata.

    Jadi sekiranya anda ingin mengetahui tabiat pemakanan yang sihat, anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan bertauliah. Mereka pastinya dapat memberikan maklumat yang anda perlukan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/09/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan