Ada masanya, tabiat mengunyah setiap saat bukan kerana anda berasa lapar, tetapi anda makan akibat tekanan yang dialami.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ada masanya, tabiat mengunyah setiap saat bukan kerana anda berasa lapar, tetapi anda makan akibat tekanan yang dialami.
Jadi bagaimana cara untuk menghentikannya?
Duduk terperap di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adakalanya boleh menyebabkan stres. Lama-kelamaan apabila terlalu bosan dan berdepan tekanan, kebanyakan individu akan memilih untuk makan.
Namun, persoalan utama di sini, anda makan kerana lapar atau untuk menghilangkan tekanan? Pasti ada yang makan akibat tekanan bukan?
Walau bagaimanapun, pengambilan makanan dan tabiat mengunyah secara berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan. Malahan ia cenderung meningkatkan lagi tahap tekanan anda.
Apa bezanya makan disebabkan tekanan atau makan kerana rasa lapar?
Jadi bagaimana cara untuk menghentikan tabiat mengunyah yang akan menyebabkan rasa bersalah dan menyesal ini? Haaa…jangan risau, Hello Doktor ada caranya.
Hentikan tabiat mengunyah yang berpunca daripada tekanan dengan 9 cara ini:
Isu makan akibat tekanan sudah tentulah berpunca daripada bebanan stres yang anda hadapi. Jadi perkara utama adalah untuk mengatasi tekanan dalam diri anda.
Anda boleh cuba untuk mempelajari teknik pengurusan tekanan seperti mengamalkan yoga, meditasi atau melakukan pernafasan secara mendalam.
Cuba elakkan situasi yang boleh mewujudkan tekanan. Sebagai contoh, jika melakukan kerja pada waktu tengah hari akan menambahkan stres, ubah waktu kerja anda kepada waktu pagi atau malam.
Dalam tempoh PKP ini, yang penting anda tetap melaksanakan tugasan anda, bukan? Jadi fleksibelkan diri anda.
Dalam bahasa mudahnya, anda perlu menulis dan mencatatkan apa yang anda makan, berapa banyak, masa dan perasaan yang dialami apabila makan serta tahap kelaparan anda.
Ia mungkin sukar dilakukan, tetapi jika anda ingin mengubah tabiat pemakanan, ini yang perlu anda buat. Chaiyok!
Anda benar-benar lapar atau sebab tekanan? Jika anda baru makan dalam masa 2 3 jam dan perut tidak berbunyi, itu bermakna anda tidak lapar.
Cuba bertahan serta kawal keinginan tersebut. Biarkan rasa untuk makan berlalu. Ini pastinya dapat membantu mengatasi tabiat makan akibat tekanan.
Tabiat mengunyah akan muncul setiap kali dilanda kebosanan, maka anda perlu cuba atasi rasa tersebut. Bagaimana?
Mungkin anda boleh mewujudkan 1 hobi baru seperti melukis dan mewarna (menggunakan gajet pun boleh) atau anda boleh mengemas ruang kediaman anda seperti mengubah posisi perabot dan sebagainya.
Melakukan sesuatu hobi baru atau sebarang perkara pada masa lapang bukan sahaja dapat mencegah kebosanan tetapi mampu menghilangkan keinginan makan.
Terperap di rumah memberikan anda masa untuk fokus kepada kesihatan anda termasuklah berkaitan pengambilan air yang mencukupi.
Kekal hidrat adalah penting untuk kesihatan secara menyeluruh. Ia juga dapat mencegah tabiat mengunyah secara berlebihan kerana tekanan.
Apabila anda mengetahui di rumah terdapat makanan yang anda gemari, seperti coklat atau kek, pastinya ia boleh menyebabkan keinginan untuk makan membuak-buak walaupun tidak lapar.
Jadi elakkan daripada menyimpan makanan-makanan tersebut di dalam rumah. Sekiranya anda dalam keadaan marah atau tertekan, hindari daripada menuju ke kedai runcit atau pasar raya sehingga emosi anda kembali stabil.
Sekiranya masih sukar untuk mengawal tabiat mengunyah dan anda masih mahu makan, atasinya dengan memilih snek sihat.
Pilihlah buah-buahan, sayuran dicicah yogurt, kekacang atau bertih jagung tanpa mentega. Atau anda mungkin boleh memilih makanan kegemaran anda versi rendah kalori.
1 cara untuk mencegah makan secara berlebihan akibat tekanan adalah untuk tidak terlalu tegas atau mengehadkan pengambilan kalori secara keterlaluan.
Kadang kala apabila anda terlalu mengawal pemakanan kerana ingin cepat mengurangkan berat badan, ia hanya menyebabkan peningkatkan keinginan untuk makan – sebagai tindak balas emosi.
Untuk mengelakkan kesan negatif daripada makan akibat tekanan, anda perlu mengamalkan pemakanan sihat. Sekali sekala berikan diri peluang untuk makan makanan yang anda gemari seperti kek, coklat atau pizza.
Biasanya kalau makanan yang dibeli berada dalam bekas atau balang, anda akan cenderung untuk makan secara berlebihan.
Untuk mengatasi masalah ini, jika anda ingin memakan aiskrim, lebih baik letakkan di dalam bekas berbanding memakannya terus daripada bekas.
Ketika berdepan tekanan, perkara yang sentiasa harus diingatkan kepada diri adalah mengenai kesejahteraan dan kesihatan badan.
Makan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi adalah cara mudah memastikan diri dalam keadaan sihat dan gembira.
Dalam tempoh PKP ini, ia bukan masa yang sesuai untuk anda menambah tekanan dalam diri kerana ia hanya akan menyebabkan anda makan secara berlebihan. Kawal diri dan elakkan stres, okay?
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen