Untuk seketika, makan boleh memberikan kelegaan, tetapi kelaparan secara emosi tidak dapat dipenuhi dengan makanan. Anda mungkin berasa teruk berbanding sebelumnya akibat jumlah kalori yang anda ambil.
Ini akhirnya menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk mengawal berat badan dan membuatkan anda merasa tidak berdaya untuk melawan keinginan dan emosi anda.
Berikut adalah 5 cara untuk memberhentikan tabiat tidak sihat ini:
Jaga diri
Makan mengikut emosi dapat mengurangkan rasa ketidakselesaan, yang membuatkan wujudnya rasa puas dan tenang apabila anda berasa teruk. Cara untuk mengakhiri corak ini adalah dengan tidak mengabaikan diri apabila anda berdepan dengan masalah emosi.
Sebaliknya, benarkan diri anda untuk merasai segala emosi yang hadir. Ingatkan kepada diri anda ia adalah sesuatu yang norma untuk menjadi individu yang beremosi. Selepas itu tubuh anda akan mula memahami bahawa ia tidak perlu untuk melindungi anda dari sebarang emosi. Mungkin anda turut akan mengetahui apa yang anda mahukan dan dapat membina hobi baru yang memberikan anda kepuasan.
Berikan ruang untuk berseronok
Makan mengikut emosi adalah satu cara tubuh untuk mengekalkan keseronokan. Berikan tubuh anda cara untuk merasa seronok seperti mendapatkan pakaian baru, bersenam atau mungkin meluangkan masa ke spa.