Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020
Share now

Setiap malam anda susah nak pejamkan mata? Haaa…ini mungkin disebabkan oleh apa yang anda makan sebelum waktu tidur.

Ada 7 jenis makanan harus dihindari kerana boleh menjejaskan kualiti tidur, jom semak!

Menjejaskan kualiti tidur

Ada banyak perkara boleh mengganggu tidur anda. Namun, pastinya terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan untuk membantu anda tidur dengan lebih nyenyak setiap malam.

Antaranya mengamalkan tahap kebersihan tidur yang baik. Ia merujuk kepada amalan dan tabiat yang dilakukan untuk mendapatkan waktu tidur malam yang berkualiti.

Namun dalam penjagaan tahap kebersihan tidur, ada 1 amalan yang boleh menjejaskan kualiti tidur anda, iaitu tabiat diet pemakanan anda.

Kita semua tahu pemakanan yang seimbang penting dalam kehidupan seharian. Ia memberikan tenaga untuk melakukan tugasan harian, memperkuatkan sistem imun, meningkatkan fungsi kognitif dan pelbagai lagi.

Walau bagaimanapun, kita sering mengabaikan tabiat pemakanan sebelum tidur. Penting ke?

Semestinya ia adalah 1 perkara penting. Ia membantu mendapatkan tidur yang lebih baik dan nyenyak.

Tetapi macam mana untuk mengetahui sama ada makanan itu baik untuk diambil atau ia makanan yang harus dihindari sebelum tidur?

7 jenis makanan harus dihindari

Jangan bimbang, melalui perkongsian artikel ini, anda akan mengetahui jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan sebelum anda tidur.

Makanan harus dihindari sebelum tidur ini tidak semestinya tidak baik atau tidak sihat. Malah ada makanan yang disenaraikan baik untuk kesihatan.

Cuma ia adalah makanan yang TIDAK DISARANKAN dimakan sebelum anda masuk tidur kerana ia boleh menjejaskan kualiti tidur.

  1. Makanan dan minuman berkafein

Minuman berkafein seperti teh hijau atau kopi mahupun minuman tenaga adalah antara pilihan jika anda berdepan dengan keletihan dan ingin meningkatkan fokus untuk mengharungi hari anda.

Tetapi pengambilan minuman berkafein, khususnya pada waktu malam dan hampir dengan waktu tidur sangat tidak digalakkan.

Ini kerana ia boleh menjejaskan kualiti tidur dengan menjadikan minda ada lebih aktif dan akhirnya sukar melelapkan mata.

Makanan seperti coklat gelap juga antara makanan tinggi kandungan kafein, jadi elakkan daripada memakannya pada waktu malam atau lewat petang.

makanan harus dihindari

  1. Makanan pedas

Siapa yang tidak gemarkan makanan pedas? Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia gemarkan makanan yang pedas-pedas. Namun ia adalah makanan harus dihindari sebelum tidur.

Makanan yang pedas cenderung mengakibatkan masalah pedih ulu hati, ketidakhadaman dan asid refluks. 

  1. Alkohol

Biasanya dalam filem kita melihat individu yang mengambil alkohol akan menjadi mabuk dan lebih mudahkan mereka untuk tidur.

Tetapi hakikatnya minuman beralkohol boleh mengganggu tidur dan menyukarkan anda mendapat tidur yang nyenyak.

  1. Makanan berlemak

Makanan tinggi kandungan lemak dikaitkan dengan tidur yang terganggu. Lemak akan mencetuskan proses pencernaan dan menyebabkan pembentukan asid perut. 

Jika anda makan makanan berlemak seperti makanan segera dan berbaring selepas itu, asid perut boleh pergi ke bahagian kerongkong dan menyebabkan ketidakselesaan. 

Diet tinggi kandungan lemak juga boleh menjejaskan penghasilan orexin – 1 neurotransmitter yang membantu mengawal kitaran tidur/bangun bersama melatonin.

  1. Makanan berprotein

Ia sejenis makanan yang baik tetapi jika diambil hampir dengan waktu tidur, ia boleh menjejaskan kualiti tidur anda. 

Protein merupakan 1 nutrisi yang sukar untuk dicerna dan memerlukan badan bekerja dengan lebih untuk proses pencernaannya. Akhirnya akan menyukarkan anda melelapkan mata. Haaa…berjagalah sampai ke pagi!

  1. Makanan tinggi kandungan air

Memang sedap kalau dapat makan buat tembikai yang sejuk, bahkan ia adalah jenis buah-buahan diuretik semula jadi membantu ‘menolak’ air ke dalam saluran badan.

Tetapi dalam masa yang sama, ia boleh mengakibatkan anda kerap untuk ke bilik air untuk membuang air kecil. Jadi sudah tentu jenis makanan seperti ini harus dielakkan pengambilannya secara berlebihan.

  1. Hidangan berat

Kesederhana adalah kunci kesejahteraan hidup. Begitu juga dalam aspek pemakanan. Elakkan mengambil sebarang hidangan berat sebelum tidur atau tidur malam anda akan terganggu.

Jika berasa lapar pada waktu malam, dapatkan snek sihat yang ringan seperti buah epal atau beberapa kepingan biskut mahupun semangkuk cereal.

Jom tingkatkan kualiti tidur

7-makanan-menjejaskan-kualiti-tidur

Pastinya terdapat makanan yang boleh membantu meningkatkan kualiti tidur anda, antaranya:

  • Produk tenusu seperti susu dan keju
  • Makanan daging seperti ayam
  • Makanan laut contohnya salmon, tuna dan sardin
  • Kekacang seperti kacang gajus, badam dan walnut
  • Buah-buahan seperti pisang, avokado atau epal
  • Sayuran contohnya bayam, brokoli dan asparagus

Berikut pula jenis minuman yang membolehkan anda tidur dengan lebih nyenyak, seperti:

  • Susu suam/panas
  • Susu badam
  • Teh Chamomile
  • Teh buah markisa
  • Teh peppermint

Menjaga aspek pemakanan harian

Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti pada setiap malam, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan yang baik dan menghindari makanan yang boleh mengganggu tidur malam anda.

Elakkan amalan tahap kebersihan diri yang boleh menjejaskan kualiti tidur anda atau anda mungkin akan menderita akibat masalah gangguan tidur. Pilihan di tangan anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Risau Kesedihan Anda Jadi Kemurungan? 7 Tip Mudah Ini Bantu Melancarkan Hari Anda

    Jika anda mengalami kemurungan atau depresi sejak akhir-akhir ini, cuba lakukan 5 tip mudah ini yang boleh bantu anda jalani kehidupan dengan lebih lancar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    3 Pantang Larang Ibu Mengandung Yang Terbukti Oleh Sains, Ini Baru Boleh Percaya!

    Kita tidak mahu mengamalkan sesuatu pantang larang ibu mengandung tanpa mengetahui sebabnya, kan? Baca artikel ini untuk tahu berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

    Alkohol adalah minuman berbahaya yang akan membuat anda mabuk. Ia seterusnya akan mengundang bahaya terutamanya jika anda memandu di jalan raya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Teh Hijau Rendahkan Risiko Strok Dan Sakit Jantung, Kajian

    Pengambilan minuman teh hijau secara berkala dapat menurunkan risiko strok dan sakit jantung sebanyak 25%. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli