Memahami Tentang Buta Warna

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bagi individu yang mengalami masalah penglihatan buta warna ini, ia bukanlah bermakna mereka kehilangan deria penglihatan. Kebanyakan individu buta warna ini dapat melihat beberapa warna dengan betul.

Masalah penglihatan ini lebih dihidapi individu lelaki berbanding wanita, dengan nisbahnya adalah 1 kepada 12 bagi individu lelaki berbanding 1 kepada 200 untuk individu wanita

Dua jenis utama

sumber WebMD

Terdapat dua jenis masalah buta warna utama yang biasa dihadapi:

  1. Kekeliruan untuk membezakan warna merah dan hijau
  2. Kekeliruan untuk membezakan antara warna biru dan kuning

Masalah penglihatan ini boleh terjadi dalam beberapa peringkat; ringan, sederhana atau teruk.

Bagaimana kita melihat warna?

sumber WebMD

Retina adalah lapisan di belakang bola mata yang sensitif kepada cahaya. Ia memiliki dua jenis sel, iaitu rod dan kon. Rod berfungsi dengan cahaya malap atau suram, manakala kon bertindak balas terhadap cahaya yang cerah. Keduanya bertindak balas terhadap warna.

Signal yang dikeluarkan keduanya akan melalui saraf optik ke otak, dimana keduanya akan bergabung untuk menghasilkan warna pelangi. Individu wanita mempunyai 12% lebih kon membolehkan mereka melihat 100 kali ganda warna berbanding lelaki.

Bagaimana buta warna terjadi?

sumber WebMD

Jika anda mengalami masalah penglihatan ini, ia bermakna ada masalah dengan sekurang-kurangnya satu jenis kon. Ia sama ada hilang atau mereka mungkin mengambil warna yang berbeza daripada yang sepatutnya.

Apa pun masalah yang berlaku, ini bermakna kon tidak menghantar maklumat yang betul ke otak. Masalah ini juga menyebabkan penglihatan anda menjadi kurang tajam atau tidak tepat.

Punca masalah penglihatan ini

  1. Gen

Kebanyakan individu mendapat masalah ini kerana dilahirkan bersamanya. Ia berpunca daripada gen yang diperolehi dari ibu bapa anda. Gen ini tidak memberikan arahan bagaimana menghasilkan pigmen warna biru, merah dan hijau untuk kon. Tanpa pigmen, kon tidak dapat mengenali warna.

  1. Penyakit

Buta warna boleh berlaku kepada individu yang tidak dilahirkan dengannya. Mempunyai penyakit mata tertentu turut boleh menyumbang kepada buta warna. Ia biasanya berlaku disebabkan penyakit seperti leukemia, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, anemia sel sabit (sickle cell anemia) dan penyalahgunaan alkohol.

  1. Ubatan atau bahan kimia

Pengambilan ubatan tertentu mungkin mempunyai kesan sampingan yang menjadi faktor menyumbang kepada masalah ini, termasuk beberapa ubatan yang merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, disfungsi ereksi, penyakit saraf, atau gangguan emosi. Buta warna juga boleh berlaku akibat terdedah kepada persekitaran bahan kimia seperti baja atau bahan pelarut.

Bagaimana mengenal pasti masalah ini?

Jika anak anda berdepan dengan masalah penglihatan ini, ia sukar untuk dikenal pasti sehinggalah dia mula belajar untuk mengenal warna atau mungkin ketika dia mengalami kesulitan di sekolah bagi peperiksaan atau kerja sekolah yang menggunakan bahan berwarna.

Ia adalah idea yang baik untuk menguji tahap penglihatan warna kanak-kanak pada usia sekitar 4 tahun. Jika terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai masalah ini, adalah lebih baik untuk mendapatkan pemeriksaan mata oleh doktor mata.

Kaedah diagnosis yang akan digunakan

Ujian Ishihara

Cara utama untuk mengenal pasti jika seseorang individu mempunyai masalah buta warna ini adalah melalui ujian warna Ishihara. Ia menggunakan imej titik dalam pelbagai warna. Jika anda dapat melihat setiap warna dengan betul, anda pasti dapat melihat nombor atau beberapa imej lain.

Bolehkan ia dirawat?

Jika anda mendapat buta warna ini disebabkan penyakit atau kesan sampingan daripada pengambilan ubatan, anda mungkin berpeluang untuk melakukan sesuatu mengenainya. Sebagai contoh, doktor anda mungkin dapat memberikan preskripsi ubat yang berlainan.

Tetapi jika masalah ini diwarisi daripada kedua ibu bapa, ia adalah sesuatu yang tidak dapat dirawat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan