backup og meta

Sindrom Pra-Haid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/01/2022

    Sindrom Pra-Haid

    Sindrom pra-haid (PMS) dicirikan dengan simptom yang pelbagai, termasuk perubahan emosi, payudara sakit, mengidam makanan, keletihan, cepat marah dan kemurungan. Kira-kira 3 daripada 4 wanita mengalami sindrom ini sebelum putus haid.

    PMS menyebabkan perubahan pada emosi, tingkah laku, kesihatan fizikal, seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Sakit sendi atau otot;
  • Sakit kepala;
  • Keletihan;
  • Penambahan berat badan yang terkait dengan pengekalan cecair;
  • Kembung perut;
  • Payudara sakit;
  • Naik jerawat;
  • Sembelit atau cirit-birit;
  • Ketegangan atau kebimbangan;
  • Perasaan tertekan;
  • Perubahan emosi dan cepat marah;
  • Perubahan selera makan dan mengidam makanan;
  • Masalah tidur (insomnia);
  • Tidak mahu bersosial;
  • Fokus yang lemah;
  • Simptom dan tanda-tanda PMS boleh menyebabkan dari sedikit hingga ketidakselesaan yang teruk bagi wanita dengan PMS dan hilang dalam masa empat hari selepas permulaan haid bagi kebanyakan wanita tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, rawatan dan perubahan gaya hidup adalah diperlukan untuk membantu anda mengurangkan atau menguruskan tanda-tanda dan simptom-simptom sindrom pra-haid. Anda perlu menghubungi doktor anda jika simptom PMS menjejaskan aktiviti harian dan kesihatan anda.

    Dalam kebanyakan kes, perubahan gaya hidup boleh membantu mengurangkan simptom-simptom PMS, seperti: mengubah diet anda, memasukkan senaman ke dalam rutin biasa anda dan mengurangkan tekanan.

    Tetapi bergantung kepada tahap simptom anda, beberapa ubat-ubatan boleh diambil untuk mengurangkan simptom:

    • Antidepresan: digunakan untuk mengurangkan simptom mod.
    • Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) digunakan untuk mengurangkan kekejangan dan ketidakselesaan payudara.
    • Hormon pencegah kehamilan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan