Anda Perasan Ada Perubahan Pada Buah Dada? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Tanda Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/04/2020

Kesihatan payudara adalah 1 aspek penting dalam kesihatan wanita, kerana wujud risiko untuk mengalami barah payudara. Jom ketahui simptom kanser payudara yang mungkin anda terlepas pandang.

Kesihatan payudara

Dari aspek kesihatan payudara, adalah penting untuk anda mengenali tentang bagaimana ia kelihatan dan apa yang dirasakan payudara anda.

Pengesanan awal kanser payudara seawal mungkin memberikan peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan rawatan awal yang lebih baik. Artikel ini akan membantu untuk mengenali simptom barah payudara yang perlu anda sedari.

Simptom kanser payudara

Melakukan ujian pemeriksaan dapat membantu mengenal pasti jika wujudnya kanser payudara pada peringkat awal, sebelum munculnya sebarang simptom yang kronik.

Simptom kanser payudara yang paling biasa dilalui adalah wujudnya ketulan atau jisim baru pada payudara. Ketulan ini biasanya tidak menyakitkan tetapi ada masanya ia juga boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan.

Beberapa simptom yang mungkin berlaku adalah seperti:

Adakah ia kanser payudara?

Banyak simptom kanser payudara, seperti kesakitan pada payudara atau munculnya benjolan, sama ada disebabkan perubahan payudara normal atau disebabkan keadaan payudara yang tidak berbahaya – bukan kanser.

Namun, seandainya anda menyedari terdapat sebarang perubahan, adalah penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor anda secepat yang mungkin.

Kemunculan sebarang simptom kanser payudara tidak akan mengakibatkan berlakunya sebarang simptom lain seperti rasa keletihan, kurang tenaga ataupun penurunan berat badan, ia cuma berlaku perubahan yang melibatkan payudara anda sahaja.

Jadi, walaupun anda berasa sihat, tetapi berlaku perubahan pada payudara anda, jangan mengganggap ia sebagai 1 perkara remeh. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rundingan.

  • Perubahan pada saiz atau bentuk payudara

simptom kanser payudara 1

  • Benjolan atau wujud bahagian tertentu yang dirasakan lebih tebal dari bahagian payudara yang lain

simptom kanser payudara 2

  • Perubahan pada tekstur kulit sekitar payudara – seperti kulit oren

masalah kanser 3

  • Kemerahan atau ruam pada kulit atau sekitar puting

simptom 4

  • Puting anda seperti ditarik atau kelihatan berbeza, contohnya, berlaku perbezaan pada bentuk atau posisinya

simptom kanser payudara 5

  • Keluar cecair dari payudara tanpa diramas

payudara 6

  • Berasa sakit pada payudara atau ketiak sama ada kadangkala atau setiap masa

simptom kanser 7

Bengkak pada bahagian ketiak atau sekitar tulang selangka

kesihatan payudara

Lakukan pemeriksaan

Kanser payudara boleh menyebabkan wujudnya simptom atau tanda seperti perubahan pada kulit atau sekitar payudara.

Walaupun terdapat keadaan lain yang boleh menjadi kepada berlakunya perubahan pada payudara seperti sista, jangkitan, ekzema, dan dermatitis, anda tidak seharusnya memandang remeh risiko simptom kanser payudara.

Berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan diagnosis dapat membantu sama ada perubahan yang berlaku itu sesuatu yang membimbangkan atau tidak.

Pengesanan dan pemeriksaan awal pastinya dapat memberikan lebih banyak pilihan rawatan dan peluang untuk sembuh, jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Nak Elak Kanser Serviks? Buat Ujian Pap Smear Sekarang!

    Wanita perlu menjalani ujian pap smear bagi menyaring risiko untuk mendapat kanser serviks. Bagaimana prosedur tersebut dilaksanakan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

    Bagaimana aktiviti menyusu badan kepada anak boleh sebabkan seseorang wanita hilang keinginan lakukan seks? Susu badan anak pun boleh bagi kesan sebegini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Ada 8 jenis pemanis buatan yang sering digunakan dalam industri makanan, malah lebih manis dari gula. Namun, benarkah gula buatan ini sebabkan kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020
    kanser prostat

    6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020
    ini-5-makanan-punca-barah-rahim

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    lelaki suka payudara

    Kenapa Lelaki Suka Payudara? Tiada Jawapan Mudah Untuk Persoalan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/05/2020