Takut Masalah Kencing Kotor Melarat Jika Bersama Suami? Buat 5 Langkah Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Jangkitan salur kencing (UTI) merupakan satu keadaan kesihatan yang lazim dialami terutamanya dalam kalangan wanita.

Ini berikutan struktur anatomi sistem urinari mereka lebih memudahkan kuman untuk merebak masuk.

Mungkin anda tertanya-tanya, adakah kita boleh melakukan hubungan seks semasa alami penyakit UTI?

Secara ringkasnya, jawapan kepada persoalan tersebut adalah “BOLEH”. 

Namun, apabila kita mempertimbangkan beberapa faktor dan risiko, kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkan hubungan seks dalam kalangan mereka yang masih mengalami UTI. 

Ia bukan pada konteks “bolehkah”, tetapi lebih kepada “patutkah mereka yang mengalami UTI melakukan hubungan seks”.

Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu fikirkan sebelum membuat keputusan untuk bersenggama semasa mengalami UTI.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Rasa sakit dan ketidakselesaan berpunca daripada simptom penyakit UTI

uti

Selain daripada demam, mereka yang didiagnosis dengan masalah jangkitan salur kencing boleh mengalami simptom seperti berikut:

  1. Kekerapan kencing meningkat
  2. Sakit ketika kencing
  3. Sakit pada bahagian pinggul

Bagi wanita yang mengalami penyakit UTI, objek yang masuk ke dalam faraj termasuk jari atau penis semasa penetrasi boleh menyebabkan kesakitan.

Simptom ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa semasa melakukan hubungan seks.

Jika pasangan melakukan seks tanpa perlindungan, saluran kencing pada penis juga boleh mengalami proses iritasi akibat UTI.

Mungkin ada yang lebih cenderung untuk melakukan hubungan seks anal namun bukan semua selesa dengan teknik seks tersebut.

Seks oral juga boleh menyebabkan kuman seperti bakteria dan virus tersebar dari kemaluan ke mulut.

Jika anda ingin melakukan hubungan seks ketika menghidapi masalah UTI, pastikan anda memilih posisi seks yang boleh memberikan keselesaan kepada pasangan.

Sekiranya anda masih berasa sakit walaupun sudah mendapatkan rawatan, sila rujuk dengan doktor anda.

Jangkitan kuman masuk ke dalam tubuh badan

uti

Hubungan seksual merupakan salah satu daripada cara lazim jangkitan merebak masuk ke dalam tubuh badan manusia.

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 1999 oleh Fakulti Perubatan Kolej Virginia, 90% masalah jangkitan salur kencing adalah disebabkan oleh bakteria Escherichia coli (E-coli).

Memandangkan bakteria tersebut kebiasaannya hidup di dalam usus besar manusia, jangkitan boleh beralih daripada dubur, ke tangan dan kemudian ke kemaluan.

Penggunaan alat mainan seks juga boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Sekiranya anda sudah mempunyai penyakit UTI semasa seks penetrasi berlaku dengan individu berjangkit, jangkitan sekunder atau jangkitan baharu boleh berlaku.

Perkara ini menyebabkan masalah UTI sedia ada sukar untuk sembuh.

Penyebaran kuman UTI kepada individu lain

Walaupun secara teknikalnya UTI tidak dianggap sebagai penyakit berjangkit, ia boleh tersebar kepada pasangan.

Sebagai contoh, bakteria E-coli yang dibincangkan sebentar tadi. 

Ia boleh beralih daripada dubur ke kemaluan dan disebarkan kepada pasangan melalui seks tanpa perlindungan.

Ada juga kes UTI yang merupakan komplikasi kepada jangkitan kelamin (STI) seperti trichomoniasis.

Mereka yang mendapat STI juga berisiko untuk mengalami masalah jangkitan salur kencing.

Anda mungkin berminat:

Bagaimana jika saya masih mahu melakukan hubungan seks?

jangkitan salur kencing

Jika anda masih mahu bersenggama dengan pasangan walaupun sedang mengalami UTI, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan.

  1. Pastikan anda menggunakan perlindungan seperti kondom. Ia bagi mengelakkan sebarang jangkitan kelamin atau UTI berjangkit kepada pasangan.
  2. Kencing sebelum dan selepas anda melakukan hubungan seks. Walaupun nampak leceh dan tidak berapa romantik, ia boleh merendahkan risiko jangkitan UTI.
  3. Jika anda melakukan hubungan seks anal, pastikan anda membasuh kemaluan selepas melakukan hubungan seks.
  4. Jangan berselang seli di antara dubur dan faraj. Kuman dari dubur boleh beralih dan menyebabkan jangkitan di dalam sistem urinari.
  5. Pastikan anda mendapatkan rawatan jika didiagnosis dengan masalah UTI. Oleh sebab antibiotik dan ubat lain memerlukan preskripsi daripada doktor, jadi ia tidak boleh dibeli melalui pihak ketiga.

Konklusi

Walaupun penyakit UTI sering dipandang ringan, jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Sekiranya anda mengalami simptom berikut, sila dapatkan rawatan daripada doktor dengan kadar segera:

  • Kencing berdarah
  • Sakit pinggang teruk pada bahagian belakang
  • Keluar cecair asing daripada kemaluan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

Kencing terlalu kerap disebabkan oleh penyakit pundi kencing terlalu aktif. Klik artikel untuk tahu jenis makanan yang boleh membantu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Masalah Zakar Berbau? Ikut Petua Ini Untuk Hilangkannya! Pasti Si Isteri Tersenyum Kembali

Bukan sahaja wanita, kaum lelaki juga turut mempunyai masalah kemaluan berbau. Jika anda turut mempunyai masalah ini, ikuti petua hilangkan bau kemaluan ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 28/04/2020 . 3 minit bacaan

Isteri, Lepas Senggama JANGAN Terus Tidur! Ini 7 Perkara Anda Patut Buat Dulu

Apa yang biasa kalian lakukan selepas hubungan seksual? Terus tidur? Ini yang sepatutnya anda lakukan demi penjagaan kesihatan anda berdua.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

Mak Buyung, JANGAN Abaikan Jika Anda Alami Kencing Kotor! Boleh Efek Buah Pinggang

Kencing kotor semasa mengandung berbahaya buat ibu hamil. Oleh itu, jalanilah saringan air kencing yang disarankan oleh doktor di klinik terdekat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/03/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

buang air kecil

Tembak Asyik Miss, Jangan Biarkan Jika Kencing Bercabang, Ada Yang Bahaya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor

Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan
minum air

Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
buang air besar

Bukan Sebab Sedih Atau Sakit Saja, Berak Pun Boleh Buat Kita Menangis?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan