Benarkah Sista Ovari Boleh Kembali?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019
Share now

Apakah itu sista ovari?

Sista ovari adalah kantung berisi lendiran yang terdapat di dalam ovari. Saiz dan bentuknya bergantung kepada individu. Di dalam kantung ini, terdapat lendiran yang cair, likat, keras atau pejal juga bergantung kepada individu. Sista ovari ini kerap berlaku dalam kalangan wanita muda dan malangnya kebanyakan mereka tidak menyedari bahawa mereka mengalaminya.

Terdapat beberapa jenis sista ovari, iaitu:

  1. Simple cyst

Sista jenis ini merupakan yang paling biasa didiagnosis dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Sista jenis ini terjadi apabila folikel pada ovari kian membesar sejurus telur dilepaskan pada ovari.

  1. Dermoid cyst

Sista jenis ini disebabkan oleh sel-sel yang menghasilkan telur dalam ovari bercampur dengan lemak dan rambut.

  1. Endometrioma

Sista jenis ini disebabkan oleh sel-sel yang sepatutnya terdapat di dalam rahim, berada di luar rahim.

Apakah simptom-simptom sista ovari?

Kondisi ini boleh dikesan dengan melihat kepada beberapa perubahan atau keadaan yang berlaku terhadap tubuh badan anda. Berikut merupakan simptom-simptomnya:

  • Sakit atau tidak selesa pada bahagian perut.
  • Sakit semasa melakukan hubungan seks.
  • Bahagian ari-ari terasa berat.
  • Kerap atau sukar untuk kencing.
  • Muntah-muntah dan loya.
  • Sukar untuk mengandung akibat daripada endometriosis.

Apakah punca-punca terjadinya sista ovari?

Kondisi ini terjadi disebabkan oleh beberapa punca utama. Berikut merupakan punca-puncanya:

  • Masalah hormon: sista mungkin terbentuk disebabkan rembesan hormon atau ubat-ubatan yang anda gunakan untuk membantu proses ovulasi.
  • Kehamilan: sista akan terbentuk ketika awal kehamilan untuk membantu menyokong kandungan sehingga terbentuknya plasenta. Kadangkala, sista ini akan kekal berada di dalam ovari dan perlu dibedah.
  • Infeksi pada pelvik: Infeksi boleh merebak ke dalam ovari dan tiub fallopio lalu menyebabkan sista.
  • Endometriosis: Wanita yang mengalami kondisi ini cenderung membentuk sista di dalam ovari yang dinamakan endometrioma. Sista ini mengakibatkan kesakitan ketika wanita itu sedang haid atau sedang melakukan hubungan seks.

Apakah kesan-kesan berlakunya sista ovari?

Kondisi ini merupakan satu kondisi yang membimbang kerana akan mendatangkan beberapa kesan terhadap tubuh badan dan sistem reproduktif anda. Berikut merupakan kesan-kesannya:

  • Ovari terbelit: selain mengalami kesakitan yang teruk, wanita yang mengalami kondisi ini akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan atau menyelamatkan tisu ovari yang masih sihat.
  • Jangkitan: sista yang pecah di dalam ovari akan mengakibatkan jangkitan yang boleh membawa maut.
  • Kanser: Walaupun sangat jarang didiagnosis, sesetengah sista boleh mengakibatkan kanser.

Adakah sista ovari boleh kembali?

Menurut Dr. Andrew Weil yang merupakan pengasas dan pengarah Arizona Center for Integrative Medicine, University of Arizona, sekiranya anda pernah mengalami sista ovari, tidak mustahil untuk anda mengalaminya sekali lagi. Malahan itu, peluang untuk anda mengalaminya sekali lagi akan meningkat lebih tinggi.

Tuntasnya, anda tidak boleh mengelak daripada berlakunya sista ovari ini selagi tubuh anda masih berovulasi. Jika kondisi ini menjadi semakin parah, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi pil perancang untuk menghentikan proses ovulasi yang berlaku secara semula jadi dalam tubuh anda. Namun begitu, anda disarankan untuk berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat rawatan yang terbaik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Ovarian Cysts. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/ovarian-cysts. Accesed December 17, 2018

    Ovarian Cyst. https://www.drweil.com/health-wellness/health-centers/women/ovarian-cyst/. Accesed December 17, 2018

    Sista Ovari: Adakah Berbahaya & Perlukah Dibuang? – Dr Muhammad Izzat. http://www.mmgazette.com/sista-ovari-adakah-berbahaya-perlukah-dibuang-dr-muhammad-izzat/. Accesed December 17, 2018

    Pentingnya checkup tahunan: Wanita ini kongsi pengalaman cyst dalam ovarinya!. https://my.theasianparent.com/kesan-cyst-dalam-ovari-kepentingan-checkup/. Accesed December 17, 2018

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tegas & Garang Itulah Sifat Anak Ke-3 Tapi Dalam Diam Manja, Nak Tahu Fakta Menarik Lagi? Baca Ini

    Mesti anda pernah terbaca mengenai fakta anak ketiga. Adakah ia benar atau tidak? Jom ketahui keperibadian anak nombor 3 yang mungkin tidak disedari.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

    Ada perokok tegar yang mula beralih daripada rokok biasa kepada rokok gulung kerana sangka ia lebih baik. Klik untuk tahu bahaya rokok gulung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid