backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

Mengapa Wanita Tidak Subur Masih Perlu Ambil Pil Perancang, Ini Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/11/2021

    Mengapa Wanita Tidak Subur Masih Perlu Ambil Pil Perancang, Ini Sebabnya!

    Ada masalah kesuburan tetapi kenapa masih perlu ambil pil cegah hamil? Buat anda yang mengalami isu ketidaksuburan, ini penjelasannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Pil cegah hamil walaupun mengalami masalah kesuburan?

    Walaupun anda didiagnosis dengan masalah kesuburan, masih terdapat peratusan untuk mengalami kehamilan semula jadi. Umumnya, keadaan ini akan bergantung kepada punca ketidaksuburan yang anda alami.

    Paling penting, anda harus mengetahui perbezaan antara ketidaksuburan dan kemandulan.

    Ketidaksuburan didefinisikan sebagai ketidakupayaan untuk hamil setelah setahun hubungan seksual tanpa perlindungan berlangsung. 

    Dengan masalah kesuburan ini, peratus kemungkinan untuk hamil adalah lebih rendah daripada populasi umum. Tetapi masih ada peluang untuk anda mengandung secara semula jadi.

    Sebaliknya, masalah kemandulan adalah apabila anda tidak dapat mengandung atau menyebabkan pasangan hamil tanpa bantuan perubatan. 

    Sebagai contoh, jika kedua-dua tiub fallopio seorang individu wanita telah dikeluarkan atau tersumbat sepenuhnya, itu merupakan keadaan melibatkan kemandulan. 

    pil cegah hamil

    Manakala bagi individu lelaki, jika jumlah sperma adalah sifar atau dikenali sebagai azoospermia, bermakna dia mengalami masalah kemandulan. 

    Mustahil untuk berlakunya kehamilan dalam kedua-dua keadaan di atas tanpa bantuan perubatan.

    Rata-rata pasangan yang sukar hamil bukan tergolong dalam kategori kemandulan. 

    Cuma ia melibatkan kuantiti sperma yang sedikit atau fasa ovulasi lemah. Pun begitu, masih ada peluang untuk berlakunya kehamilan secara semula jadi walaupun peluangnya rendah. 

    Apakah kemungkinan hamil walaupun mengalami masalah kesuburan?

    Dalam satu penyelidikan, pasangan yang menjalani prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) diminta melakukan kajian soal selidik selepas 7 hingga 9 tahun.

     Soalan kaji selidik diberikan kepada pasangan yang mengandung selepas IVF dan tidak. 

    Daripada 1,320 pasangan yang hamil dengan rawatan IVF, sebanyak 17% (218 pasangan) terus hamil secara semula jadi dalam tempoh tersebut.

    Manakala daripada 814 pasangan yang tidak berjaya hamil selepas rawatan IVF, sejumlah 193 pasangan disahkan hamil secara spontan. 

    Hasil kajian tersebut, penyelidik mendapati bahawa mereka yang mempunyai masalah ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan serta mereka yang lebih muda cenderung untuk hamil tanpa bantuan perubatan selepas IVF. 

    Dalam kajian lain mendapati kadar kehamilan spontan berlaku terhadap 21.6% pasangan yang hamil tanpa rawatan kesuburan selepas bertahun-tahun menjalani IVF.

    Baca juga:

    Sebab perlunya pil cegah hamil selepas ketidaksuburan

    Memilih untuk melakukan kaedah kawalan kelahiran atau pil cegah hamil selepas disahkan mempunyai masalah kesuburan mungkin sesuatu yang sukar untuk diterima. 

    Doktor telah mengatakan anda mengalami isu ketidaksuburan, untuk apa lagi mencegah kehamilan secara aktif?

    Atau anda mungkin antara pasangan yang berdepan kesukaran untuk hamil, jadi mengapa perlu mencegah kehamilan sedangkan sudah lama berusaha mengandung?

    Ini penjelasannya:

    pil cegah hamil

    Bagi individu yang telah hamil sama ada dengan atau tanpa bantuan rawatan kesuburan, alasan untuk mengambil pil cegah hamil atau mencegah kehamilan secara aktif termasuklah:

    • Jarakkan kehamilan – pastinya anda tidak mahu mempunyai 2 orang anak kecil yang memerlukan perhatian dalam masa yang sama
    • Memutuskan untuk tidak menambah bilangan keluarga – sama ada anda hanya mahu mempunyai seorang atau 5 orang anak, pengambilan alat pencegah kehamilan adalah bantuan yang diperlukan
    • Berada dalam ketidakpastian – sekiranya anda masih tidak tahu sama ada inginkan anak yang ramai atau tidak, langkah pencegahan ini boleh membantu sehingga anda membuat keputusan
    • Keadaan perubatan terhadap kehamilan/ kelahiran – doktor mungkin menasihatkan anda untuk tidak hamil berikutan beberapa masalah kesihatan. Maka pengambilan ubat pencegahan pastinya dapat membantu walaupun anda disahkan tidak subur

    Manakala bagi pasangan yang belum hamil selepas disahkan mengalami masalah kesuburan, alasan untuk mencegah kehamilan dengan pengambilan pil cegah hamil adalah untuk:

    • Menenangkan diri – anda memerlukan masa yang banyak untuk pulih secara emosi daripada tekanan untuk mengandung. Ini terutamanya jika peluang kehamilan masih ada
    • Tidak mahu mempunyai anak – mungkin atas alasan peribadi, anda boleh memilih untuk menggunakan pencegahan kehamilan selepas disahkan tidak subur
    • Keadaan perubatan kehamilan/kelahiran – masalah kesuburan anda mungkin akan berubah. Tetapi doktor menyarankan anda untuk tidak hamil

    pil cegah hamil

    Berdepan masalah kesuburan 

    Perlu mengambil pil cegah hamil atau sebarang alat pencegah kehamilan selepas disahkan mempunyai masalah ketidaksuburan boleh menimbulkan rasa pelik dan aneh.

    Rata-rata pasangan akan berasakan mungkin anda harus membiarkan keadaan tersebut setelah banyak usaha dilakukan. Tidak kurang juga yang berasa bersalah kerana secara aktif mencegah kehamilan. 

    Anda tidak seharusnya berasa bersalah sama ada pencegahan yang dilakukan bersifat sementara atau selamanya.

    Ia pastinya keadaan yang lebih baik daripada berdepan kehamilan mengejut yang mungkin mendatangkan risiko kepada kesihatan diri anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan