Buat Suami, Ini Adalah Rahsia Untuk Bikin Isteri Klimaks!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Januari 9, 2020

Setiap kali di ranjang, pasti ada sahaja pasangan yang akan tewas awal. Kebanyakan kes sebegini akan berlaku kepada suami di mana isteri masih belum puas selepas melakukan hubungan seks sedangkan suami sudah lena dibuai mimpi setelah penat beraksi. Ini kerana wanita sememangnya lebih sukar untuk mencapai orgasma berbanding lelaki. Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh si suami demi klimaks si isteri? Sila ikuti artikel ini demi mengetahui teknik yang perlu suami lakukan untuk buat isteri klimaks.

Kesilapan suami dalam usaha buat isteri klimaks

Meskipun ia tidak semestinya salah lelaki, namun tanggungjawab dalam memastikan hubungan seks yang memuaskan terletak di bahu suami. Ini kerana si suami adalah nakhoda kapal, manakala si isteri pula cuma seorang penumpang yang hanya mengikut sahaja getaran dan hayunan ombak yang menghambat kapal itu.

Jadi, anda sebagai suami tidak perlu bersikap ego dan ambil tahu di mana silap anda dalam melayan isteri!

Menurut pengarang buku bertajuk “The Case of the Female Orgasm”, Elisabeth Lloyd, kira-kira 30% lelaki beranggapan bahawa penetrasi zakar merupakan cara yang paling bagus untuk bikin wanita klimaks. Ini adalah persepsi yang sama sekali tidak tepat dan perlu diubah dalam kadar segera.

Menurut beliau lagi, wanita yang mencapai orgasma bersama pasangan mereka akan lebih cenderung menghargai hubungan mereka. Sebenarnya, klimaks boleh dicapai dengan pelbagai cara berbeza mengikut keinginan wanita itu sendiri. Pun begitu, ada satu pedoman yang boleh lelaki gunakan iaitu, golden trio.

Golden trio

Menurut kajian bersama yang dilakukan oleh Chapman University, Indiana University dan Kinsey Institute terhadap 52,000 individu berusia di antara 18 hingga 65 tahun di Amerika, klimaks wanita sebenarnya bergantung kepada tiga kunci utama atau lebih dikenali sebagai golden trio.

Golden trio itu adalah:

  • Seks oral
  • Kucupan hangat
  • Rangsangan klitoris

Seperti yang kebanyakan kita tahu, seks oral merupakan salah satu cara yang paling cepat dan mudah untuk membuat seseorang individu itu mencapai orgasma, tidak kira lelaki atau wanita. Begitu juga dengan kucupan hangat atau french kiss, yang merupakan perkara paling penting dalam ringan-ringan atau foreplay.

Dalam pada itu, ada satu lagi teknik paling ajaib di antara golden trio iaitu rangsangan klitoris.

Rangsangan klitoris, teknik paling berkesan antara golden trio

Sebelum pergi lebih lanjut, lebih baik kita mengenali bahagian ini dengan sedalam mungkin terlebih dahulu.

Apakah itu klitoris? Klitoris atau lebih dikenali sebagai biji kelentit berada puncak vulva di atas uretra dan bukaan faraj. Untuk pengetahuan anda, ia sangat sensitif terhadap sentuhan. Ia boleh memberikan keseronokan yang hebat kepada wanita jika dirangsang pada bahagian ini. Namun, ramai individu di luar sana keliru di antara biji kelentit dengan G-spot wanita.

Apakah itu G-Spot? G-spot adalah sesuatu yang boleh dirasai melalui dinding hadapan faraj, tetapi tidak semestinya berada di dinding faraj. Dalam erti kata yang lain, ia bukanlah perkara fizikal tetapi ia lebih rumit daripada itu. Hakikatnya, ia boleh dikatakan sebagai satu ‘keghairahan’ apabila wanita disentuh pada bahagian dinding hadapan faraj, prostat dan kawasan klitoris.

Namun, anda juga perlu faham bahawa setiap wanita adalah tidak sama. Ini kerana setiap wanita mempunyai struktur dalaman yang berbeza bergantung kepada individu. Sekiranya anda sebagai wanita langsung tidak pernah mengalami klimaks, tubuh badan anda berkemungkinan distruktur dalam bentuk yang lebih khusus. Ini bermakna klitoris dan G-spot anda mungkin tidak dijadikan untuk sensitif terhadap rangsangan seperti orang lain.

Namun, anda tidak perlu risau. Ini kerana tahap sensitiviti terhadap rangsangan anda bergantung kepada bagaimana kawasan klitoris, uretra dan faraj anda distruktur. Wanita dengan kawasan tersebut yang lebih mungkin akan mencapai klimaks dengan lebih mudah. Saintis menjelaskan bahawa kawasan yang lebih luas bermakna lebih banyak saluran darah, otot dan kelenjar yang meningkatkan tahap sensitivitinya.

Namun, sekiranya anda tidak pernah mencapai klimaks selama anda mengadakan hubungan seks dengan suami, jangan risau. Ia tidak bermakna anda mengalami kecacatan atau kondisi kesihatan. Ia cuma bermakna anda adalah sedikit unik berbanding wanita lain. Jadi, sila berbincang secara terbuka dengan pasangan mengenai perkara ini dalam usaha mencapai kesejahteraan dalam kehidupan seks anda.

Lebih penting, jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai perkara ini, sila dapatkan khidmat dan nasihat dari doktor, ya?

Keajaiban rangsangan klitors

Jadi, apakah keajaiban rangsangan klitoris yang diperkatakan?

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Sex and Marital Therapy terhadap 1,000 wanita berusia di antara 18 hingga 94 tahun, 37% daripada jumlah itu bersetuju bahawa rangsangan pada klitoris merupakan kunci utama bagi mereka untuk mencapai orgasma. Manakala 36% daripada jumlah itu pula menerangkan bahawa bukan rangsangan klitoris sahaja yang perlu dilakukan untuk mereka mencapai orgasma, namun turut bersetuju bahawa ia akan memastikan seks lebih seronok dan puas.

Ketika ditanya secara spesifik pula mengenai gerakan sentuhan, dua pertiga daripada wanita tersebut lebih gemar sentuhan dari atas ke bawah pada klitoris mereka manakala 1 per 3 lagi lebih menyukai gerakan dari tepi ke tepi. 52 peratus daripada wanita tersebut pula lebih gemar sentuhan secara membulat. Dari segi tekanan pula, majoriti wanita lebih gemar tekanan yang sederhana sahaja manakala 11% lagi lebih menyukai tekanan yang kuat. 

Bagaimana pula dengan kawasan sentuhan? Menurut 69% daripada mereka, sentuhan pada kawasan ari-ari adalah lebih digemari. Manakala 29% daripada mereka pula sangat gemar jika kedua-dua bibir faraj mereka dipicit seperti sandwic. Akhir sekali, sentuhan pada kawasan sebelah kanan klitoris lebih digemari oleh 20% wanita tersebut manakala 19.2% lagi lebih menyukai sentuhan pada sebelah kiri klitoris. 

Berdasarkan statistik di atas, sang suami boleh mula mengatur strategi lantas mengorak posisi mereka dalam usaha memastikan isteri klimaks.

Konklusi

Kesimpulannya, pasangan suami isteri perlu tahu bahawa selain teknik-teknik perlakuan seks. Selain itu, ada satu lagi perkara lebih penting iaitu komunikasi. Kita semua berbeza, jadi kemahuan dan keinginan seksual setiap individu itu juga berbeza. Dengan komunikasi yang lebih kerap dan jelas, anda dan pasangan boleh saling meminta atau mengarah pasangan anda untuk melakukan sentuhan, gerakan atau rangsang mana-mana kawasan tubuh badan anda demi mencapai klimaks bersama-sama!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    JANGAN Basuh Vagina Dengan Sabun, Ada Cara Yang Lagi Selamat Nak Bersihkan Miss V

    Penjagaan faraj perkara penting perlu dititikberatkan oleh wanita. Adakah anda tahu cara membersihkan miss v yang betul atau anda main buat sahaja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Ada individu yang tidak berminat langsung untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta. Kenapa? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Apa Rasa Orgasma Ketika Hamil? Ini Jawapan Buat Mak Buyung! (Mengikut Trimester)

    Mesti ramai yang tertanya-tanya apa rasa orgasma jika main masa mengandung? Sila klik artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    cara mengatasi tekanan perasaan

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    hubungan seks

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 20, 2020
    bersama suami selepas bersalin

    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 19, 2020
    jimak setiap hari

    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 19, 2020