backup og meta

Alami Kesukaran Menelan? Haaa...Mungkin Anda Sudah Terkena Kanser Ini! Semak Sekarang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/07/2020

    Alami Kesukaran Menelan? Haaa...Mungkin Anda Sudah Terkena Kanser Ini! Semak Sekarang

    Anda seorang perokok dan kerap alami masalah kesukaran untuk menelan makanan? Itu mungkin petanda anda menghidapi masalah kanser esofagus. Jom fahami jenis dan punca kanser ini berlaku.

    Apa itu kanser esofagus?

    Kanser esofagus merupakan sejenis kanser yang berlaku di esofagus – tiub panjang, berongga yang menghubungkan kerongkong ke bahagian perut. Berfungsi untuk membantu mengerakkan makanan yang ditelan melalui tekak ke perut untuk dicerna.

    Kanser yang merupakan antara 10 kanser paling utama yang menyebabkan kematian ini biasanya bermula di sel-sel pada bahagian dalam esofagus. Ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian di sepanjang esofagus.

    Jumlah kes yang melibatkan kanser ini adalah berbeza mengikut lokasi geografi. Bagi sesetengah kawasan, kadar penghidap kanser ini lebih tinggi yang mungkin dikaitkan dengan penggunaan tembakau dan alkohol atau tabiat pemakanan tertentu dan obesiti.

    Pada tahun 2008, hampir 482000 kes kanser esofagus baru telah didiagnosis dan 407000 kematian berlaku secara global. Kanser ini lebih dihidapi oleh lelaki berbanding wanita dengan nisbah 2 hingga 4 kali ganda lebih tinggi.

    kanser-esofagus-lebih-menyerang-lelaki

    Jenis-jenis kanser esofagus

    Kanser ini dikelaskan mengikut jenis sel yang terlibat dan rawatan yang akan diberikan adalah berdasarkan jenis kanser yang dihidapi pesakit. Dua jenis kanser yang utama adalah:

  • Squamous cell carninoma
  • Sel skuamosa adalah sel-sel rata, nipis yang melapisi permukaan esofagus. Kanser jenis ini paling kerap berlaku di bahagian atas dan tengah esofagus.

    Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan tabiat merokok dan ketagihan alkohol

    1. Adenocarcinoma

    Kanser jenis ini berkembang dari sel-sel kelenjar. Paling kerang berlaku di bahagian bawah esofagus berhampiran perut. Bahagian bawah ini yang terdedah kepada asid dipercayai menjadi antara punca kanser jenis ini.

    Punca kanser ini berlaku turut disebabkan tabiat merokok. Namun, untuk ia turut dikaitkan dengan masalah pedih ulu hati untuk tempoh yang panjang. Biasanya ia disebabkan oleh berat badan berlebihan atau obes.

    Apakah simptomnya?

    Kanser esofagus ini pada awalnya tidak menunjuk atau menyebabkan sebarang simptom. Namun, apabila kanser semakin teruk, antara tanda-tanda yang boleh dilihat seperti:

    Faktor yang merangsang kanser ini

    punca kanser

    Kerengsaan kronik yang berlaku dalam esofagus boleh menjadi faktor yang meningkatkan risiko penyakit ini adalah termasuk:

    • Merokok atau penggunaan tembakau lain
    • Ketagihan alkohol yang keterlaluan
    • Penyakit refluks gastroesofagus (GERD); kandungan dan asid dari perut kembali ke esofagus
    • Mempunyai refluks hempedu
    • Berdepan dengan kesukaran untuk menelan
    • Mempunyai tabiat minum minuman yang sangat panas
    • Kurang pengambilan sayuran dan buahan
    • Melakukan rawatan radiasi pada dada atau bahagian abdomen atas
    • Esofagus Barrett; keadaan yang menjejaskan bahagian bawah esofagus dan boleh menyebabkan kanser. Masalah ini mungkin disebabkan oleh GERD. dari masa ke masa, asid dalam kerongkong boleh menyebabkan perubahan dalam sel yang meningkatkan risiko adenocarcinoma
    • Kumpulan individu tertentu seperti individu lelaki, berusia, mempunyai masalah berat badan. Risiko kanser adenocarcinoma lebih tinggi kepada individu lelaki kulit putih. Dan kanser jenis squamous cell carninoma lebih berisiko dihidapi individu lelaki terutamanya lelaki Asia.

    Apakah komplikasinya?

    Antara komplikasi yang boleh berlaku, pada tahap kanser semakin teruk adalah seperti:

    • Halangan pada esofagus. Ia mungkin menyebabkan anda sukar untuk menelan makanan atau minuman
    • Kesakitan
    • Pendarahan di kerongkong

    Langkah pencegahan

    kanser-esofagus-lebih-menyerang-lelaki

    Perubahan gaya hidup adalah antara langkah diambil untuk mengurangkan risiko kanser ini. Antaranya:

    • Berhenti merokok. Jika anda tidak pernah menggunakan tembakau, jangan pernah untuk mencubanya
    • Hadkan pengambilan minuman beralkohol
    • Perbanyakan pengambilan sayuran dan buahan dalam diet pemakanan setiap hari
    • Kekal berat badan yang sihat dan seimbang. Jika anda berdepan dengan isu berat berlebihan atau obesiti, dapatkan nasihat doktor untuk pelan penurunan berat badan. Sasarkan untuk mengurangkan berat badan secara perlahan dan sihat.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan