backup og meta

Alamak! Benarkah Paku Pakis Boleh Sebabkan Kanser Perut? Ini Jawapannya...

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/06/2023

    Alamak! Benarkah Paku Pakis Boleh Sebabkan Kanser Perut? Ini Jawapannya...

    Sedapnya makan lauk pucuk paku masak lemak, kena pulak dengan ikan goreng panas. Eh…orang cakap paku pakis adalah punca kanser? Kejap, apa bezanya dengan pucuk paku?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Paku pakis punca kanser?

    Sebelum ini pernah tular satu isu mengenai paku pakis yang dikatakan boleh menjadi punca kanser. Tetapi sebenarnya paku pakis yang dikatakan berbahaya itu adalah berbeza walaupun datang dari keluarga tumbuhan besar yang sama.

    Nama saintifik pokok paku yang wujud di negara kita adalah dikenali sebagai Diplazium esculentum dan keluarga Athyriaceae.

    Manakala pokok yang dikatakan berbahaya itu adalah Bracken Fern atau nama saintifiknya adalah Pteridium Aquilinum dan keluarga Dennstaedtiaceae.

    Ironinya Bracken Fern tumbuh dan hidup secara meliar di negara bermusim sederhana, contohnya negara empat musim, sub tropika dan sub artik. Ia tidak tumbuh di kawasan tropika seperti Malaysia. 

    paku pakis

    Tumbuhan ini sememangnya mengandungi Ptaquiloside, iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang disahkan bersifat karsinogen dan sememangnya banyak di dalam tumbuhan ini.

    Karsinogen itu pula adalah satu zat yang berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. 

    Secara keseluruhan terdapat enam jenis paku pakis dari keluarga Dennstaedtiaceae iaitu:

    • Pteridium aquilinum subsp. decompositum 
  • Pteridium aquilinum var. Feei
    • Pteridium aquilinum var. Lanuginosum
    • Pteridium aquilinum var. Latiusculum
    • Pteridium aquilinum subsp. Pinetorum
    • Pteridium aquilinum var. Pseudocaudatum

    Paku pakis vs pucuk paku?

    Penulis yakin ramai antara kita keliru apa bezanya antara kedua-dua nama ini, bukan?

    Sebenarnya kedua-dua tumbuhan ini adalah daripada keluarga tumbuhan yang sama.

    Cuma paku pakis adalah lebih kepada tumbuhan hiasan atau tumbuhan yang tidak dimakan manakala pucuk paku adalah tumbuhan yang dibuat masakan. 

    paku pakis
    sumber: resepibonda.my

    Seperti yang dinyatakan awal tadi, pucuk paku Diplazium esculentum, tumbuh di kawasan pantropika seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja dan Laos.

    Di Malaysia pucuk paku merupakan antara lauk masakan yang popular. Ia boleh dimasak bersama sambal belacan, masak lemak, dan sebagainya. 

    Sebatian semula jadi yang terdapat dalam pucuk paku merupakan kelas sebatian kimia yang jauh berbeza dengan ptaquiloside.

    Kebiasaannya pokok dari gen yang sama akan mempunyai kelas sebatian kimia yang sama bergantung dengan tempat tumbuhan itu hidup.

    Ptaquiloside, tingkatkan risiko kanser perut

    Panik yang tercetus, terutamanya bagi mereka yang gemarkan pucuk paku sebagai ulam sememangnya berasas.

    Walaupun terbukti bahawa tumbuhan tersebut tidak sama dengan spesis lain yang mengeluarkan bahan kimia ptaquiloside, ia memberikan gambaran akan kepentingan untuk lebih peka terhadap apa yang kita makan bagi mengelakkan kanser.

    Ptaquiloside yang terkandung di dalam spesis pucuk paku pakis seperti yang penulis sebutkan tadi adalah bahan karsinogen.

    Pengambilannya sering dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk didiagnosis dengan masalah kanser perut.

    Kanser perut adalah sejenis barah yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

    paku pakis

    Setiap tahun, lebih daripada 800,000 individu menghidap masalah kesihatan ini dan ia merupakan kanser kedua yang menyumbang kematian tertinggi di dunia.

    Selain daripada pucuk paku yang mengandungi ptaquiloside, haiwan ternakan yang memakan tumbuhan tersebut turut boleh menyalurkan bahan kimia itu ke dalam tubuh manusia.

    Dalam erti kata lain, apa yang diambil oleh lembu atau haiwan ternakan lain boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu yang memakannya.

    Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana hal itu jarang berlaku.

    Bahkan pengambilan susu haiwan ternakan seperti lembu boleh menghindarkan diri anda daripada didiagnosis dengan kanser perut.

    Anda mungkin berminat:

    Selamat dimakan

    Jadi paku pakis yang berbahaya dan boleh menjadi punca kanser tidak terdapat di Malaysia. Malahan tumbuhan ini menawarkan manfaat kesihatan jika diamalkan pengambilannya.

    Ini kerana ia mengandungi steroids, triterpenoids, phenols, flavones, flavonoids seperti myrcetin dan alphatocopherol. Bagi fungsi farmakologi pula, terdapat manfaat dari segi fungsi laxative, antiradang, antioksidan, anthelmintic, antimicrobial serta cytotoxic activities.

    Kesimpulannya

    Pucuk paku yang dimasak lemak atau sambal belacan adalah selamat untuk dimakan tanpa sebarang keraguan.

    Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang keraguan, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan kepastian daripada individu yang lebih pakar.

    Jangan memandai-mandai sebarkan cerita palsu, okay? Nanti boleh menyebabkan kekeliruan pula. Kalau tidak pasti rujuk pakar dan bukan sekadar bertanyakan kepada Google semata-mata.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan