Masalah Zakar Berbau? Ikut Petua Ini Untuk Hilangkannya! Pasti Si Isteri Tersenyum Kembali

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 28/04/2020

Kemaluan berbau bukan masalah wanita semata-mata.

Kaum lelaki juga mempunyai masalah kemaluan berbau, namun mungkin tidak ramai yang ingin bertanya atau berkongsi masalah yang dialami.

Masalah berkaitan alat sulit ini seringkali tidak diberikan perhatian. Ini juga bukan topik yang terlalu terbuka untuk dibincangkan.

Oleh sebab itu, ramai yang bertindak mencari petua hilangkan bau kemaluan melalui Google sahaja.

Punca kemaluan berbau

Untuk kaum lelaki, terdapat beberapa faktor yang memungkinkan anda mengalami masalah kemaluan berbau kurang menyenangkan.

Di sini, kami senaraikan beberapa punca kemaluan berbau dan petua hilangkan bau kemaluan yang boleh anda cuba.

#1. Smegma- Ini punca kemaluan berbau

kemaluan berbau

Smegma adalah 1 keadaan yang merujuk kepada pengumpulan minyak semula jadi dan juga sel kulit yang telah mati pada bahagian batang zakar.

Ia biasa berkumpul di bawah kulup hujung batang zakar jika anda tidak bersunat

Pada kebiasaannya, smegma bertindak melembapkan zakar selain melicinkan kulit pada zakar.

Tetapi, jika smegma ini banyak berkumpul pada hujung zakar, ia boleh menyebabkan munculnya bahan putih yang berbau busuk pada alat sulit.

Smegma ini biasa terjadi jika zakar tidak dicuci dengan bersih.

Petua hilangkan bau kemaluan yang disebabkan oleh smegma

Untuk menghilangkan smegma pada alat sulit, lakukan cara seperti berikut:

  1. Tarik kulup zakar ke belakang.
  2. Basuh zakar dengan menggunakan sabun dan air bersih.
  3. Bilas alat sulit anda.
  4. Keringkan zakar dengan menggunakan kain. Jangan sesekali menggosoknya. 
  5. Apabila smegma telah dibersihkan, tarik semula kulup ke hadapan menutupi kepala zakar.

Ulang langkah ini jika smegma kembali terbentuk untuk menghilangkan bau busuk daripadanya.

Punca kemaluan berbau #2. Jangkitan saluran kencing

Jangkitan saluran kencing atau ringkasnya UTI boleh berlaku apabila saluran kencing anda dijangkiti oleh bakteria mahupun virus.

Biasanya, jangkitan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti aktiviti seksual, kencing tidak lawas, batu karang, prostat yang membesar, diabetes dan menggunakan kateter kencing.

Antara simptom anda mempunyai UTI ialah:

Petua hilangkan bau kemaluan yang disebabkan oleh UTI

Sekiranya anda rasa dijangkiti UTI, segeralah berjumpa dengan doktor.

Anda juga boleh mendapatkan beberapa ubat di kaunter farmasi seperti phenazopyridine (Azo) untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Ubatan tersebut juga membantu mengawal jangkitan sebelum anda mendapatkan rawatan yang sepatutnya di hospital.

Jika anda dijangkiti, doktor akan memberikan ubat antibiotik bagi merawat jangkitan tersebut. 

#3. Balanitis

petua hilangkan bau kemaluan

Balanitis adalah 1 keadaan di mana kepala zakar anda mengalami keradangan.

Sekiranya kulup kepala zakar turut mengalami keradangan, keadaan tersebut digelar sebagai balanoposthitis.

Balanitis boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti melakukan seks yang berisiko, tidak menjaga kebersihan diri dengan baik, kewujudan smegma, jangkitan, sabun dengan kandungan pewangi atau mengalami penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema.

Antara simptom balanitis ialah kemerahan pada zakar, gatal-gatal dan juga adanya iritasi, pembengkakan, muncul cecair pada kulup zakar dan rasa seperti terbakar ketika hendak membuang air kecil.

Petua hilangkan bau kemaluan yang disebabkan oleh balanitis

Untuk mengurangkan rasa sakit atau keradangan yang dialami, mandi bersama garam Epsom.

Sekiranya simptom yang dialami berlarutan lebih daripada 1 atau 2 hari, segeralah berjumpa dengan doktor. 

Antara kaedah rawatan yang mungkin akan digunakan ialah:

  • Penggunaan antibiotik jika terdapat jangkitan
  • Sapu salap atau krim sekiranya berlaku iritasi
  • Letakkan krim antikulat bagi jangkitan kulat

#4. Jangkitan yis

Jangkitan yis yang juga disebut sebagai thrush boleh berlaku apabila kulat Candida tumbuh pada zakar anda tanpa kawalan.

Akibatnya, zakar akan mempunyai bau yang kurang menyenangkan seperti bau hapak kulat.

Antara tanda wujudnya jangkitan yis pada zakar ialah:

  • Kemerahan atau iritasi pada zakar
  • Gatal atau rasa terbakar
  • Adanya bahan berwarna putih yang mempunyai tekstur seperti keju pada zakar
  • Kelembapan yang tidak normal pada zakar

Jangkitan yis biasanya berlaku disebabkan oleh zakar yang tidak dicuci dengan bersih.

Selain itu, ia juga boleh terjadi disebabkan oleh aktiviti seks bersama pasangan yang mempunyai jangkitan ini.

Petua hilangkan bau kemaluan yang disebabkan oleh jangkitan yis

Jika anda rasa dijangkiti, berjumpalah dengan doktor untuk berbincang mengenai rawatannya.

Biasanya doktor akan memberikan ubat bagi merawat jangkitan yis ini. Ubat ini juga boleh didapati di farmasi.

#5. Uretritis bukan gonokokus (NGU)

petua hilangkan bau kemaluan

NGU adalah keadaan di mana saluran kencing mengalami keradangan.

Ia biasanya disebabkan oleh bakteria atau virus daripada jangkitan kelamin seperti chlamydia. 

Antara simptom sekiranya anda mengalami NGU ialah:

Sekiranya ia tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak ke testikel atau kelenjar prostat dan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Petua hilangkan bau kemaluan yang disebabkan oleh NGU

Sekiranya anda mengalami simptom seperti di atas, berjumpalah dengan doktor secepat mungkin.

Bagi jangkitan NGU ini, doktor biasanya akan memberikan ubat antibiotik bagi melawan jangkitan.

Sekali gus ia boleh menghilangkan masalah kemaluan berbau anda. 

Cara membersihkan kemaluan berbau

Petua hilangkan bau kemaluan yang pertama adalah mencuci kemaluan dengan bersih sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

Gunakan sabun pencuci yang bersifat lembut dan juga air suam.

Selepas itu, lapkan kemaluan dengan menggunakan kain yang kering terlebih dahulu sebelum mula memakai pakaian. 

Selain itu juga, terdapat beberapa petua hilangkan bau kemaluan lain yang patut anda lakukan. Antaranya ialah:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Apa Akan Terjadi Kepada Zakar Bila Usia Meningkat? Jangan Terkejut Bila Baca #5!

Buat seorang lelaki, akan berlaku beberapa perubahan pada zakar seiring pertambahan usia. Apakah perubahan tersebut? Klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Bukan Saja-saja, Ini 10 Sebab Kesihatan Lelaki Perlu Kerap BELEK ZAKAR

Lelaki perlu melakukan pemeriksaan kemaluan secara kerap bagi memastikan tahap kesihatan seksual berada pada tahap yang optimum.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

TERJAWAB, Rupa-rupanya Inilah 7 Sebab Mengapa Zakar Terasa Sakit Semasa Keluar Air Mani!

Ada lelaki yang akan rasa sakit ketika ejakulasi pada zakar dan sekitar alat kemaluan. Apa puncanya? Jom kita bongkar ia dengan klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid

Sering Rasa Pedih Pada Faraj? Ini 11 Puncanya – JANGAN Ambil Mudah!

Selalu berasa gatal dan pedih pada faraj? Adakah ia sesuatu yang membimbangkan? Jom ketahui 11 faktor yang mungkin menjadi punca faraj pedih.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

kanser prostat

6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
cara-pakai-kondom-wanita

Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020
klimaks lelaki

Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/05/2020
kesan melancap

Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/05/2020