Jangan Pelik Sebab Ada Banyak Jenis Zakar & Semua Normal! Anda Yang Mana Satu?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan

Manusia diciptakan berlainan antara satu sama lain dari segenap aspek fisiologi termasuklah jenis zakar.

Ada lelaki yang mempunyai alat kemaluan bersaiz besar, sederhana, kecil dan pelbagai jenis yang berbeza.

Pun begitu, jangan pelik sebab ada banyak jenis zakar dan semua normal kecuali jika wujud kondisi kesihatan yang menyebabkan perubahan drastik pada alat sulit.

Ingin tahu anda tergolong dalam kategori yang mana satu? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Zakar, antara organ penting untuk lelaki

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita belajar serba sedikit mengenai alat kemaluan lelaki.

Zakar adalah sebahagian organ yang terlibat dalam sistem perkumuhan dan sistem pembiakan kaum Adam.

Organ ini mempunyai fungsi utama untuk membuang air kencing serta memancut air mani bagi tujuan melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Berikut merupakan gambar anatomi alat kelamin lelaki untuk anda faham dengan lebih jelas:

anatomi zakar

6 jenis zakar yang wujud di dunia

Menerusi artikel ini, kami tidak akan membicarakan mengenai sistem alat sulit lelaki secara spesifik namun akan hanya berfokuskan kepada penampilan sahaja.

Sebelum berbicara mengenai jenisnya, ketahuilah bahawa terdapat 2 kategori yang utama iaitu:

  • Bersunat
  • Tidak bersunat

Jika bersunat, bahagian kulit kulup di hadapan akan dibuang dan dijahit lantas menampakkan kepala zakar (glans) dan sebaliknya jika tidak bersunat.

Mungkin benar bahawa berkhatan adalah pilihan masing-masing namun ketahuilah bahawa terdapat banyak manfaat jika menjalani prosedur ini.

Berikut merupakan 6 jenis alat kelamin lelaki yang paling tipikal di dunia:

#1. Zakar lurus/tegak

Ini adalah jenis alat kelamin lelaki yang paling normal dan banyak dipunyai oleh lelaki di dunia ini.

Dari bahagian pangkal sehingga ke hujung, jenis ini langsung tidak mempunyai lengkungan atau bengkokan pada badan lantas menjadikannya sangat sesuai untuk pelbagai posisi seks.

#2. Zakar bentuk huruf ‘C’

Jika anda tergolong dalam kategori ini, alat sulit anda akan mempunyai lengkungan ke tepi sama ada ke kiri atau kanan seakan huruf ‘C’.

Namun kalian tidak perlu risau kerana air kencing atau air mani masih boleh dikeluarkan dengan normal tanpa wujud sebarang sekatan.

zakar

#3. Melengkung ke atas

Seakan buah pisang, ada lelaki yang mempunyai jenis zakar melengkung ke atas terutamanya ketika ereksi.

Ini sebenarnya adalah kelebihan buat anda kerana ia lebih mudah merangsang G-spot pada kawasan faraj wanita ketika melakukan projek asmara.

Jika kalian tergolong dalam kategori ini, usah khuatir dengan posisi seks yang sesuai kerana posisi klasik seperti missionary sahaja sudah memadai.

#4. Melengkung ke bawah

Jenis ini adalah lebih kurang sama sahaja seperti yang di atas tadi kecuali ia melengkung ke bawah.

Ketika melakukan hubungan seksual, sebenarnya tidak wujud banyak masalah kecuali kalian perlu memasukkannya dengan posisi yang sesuai.

Sebagai contoh, kalian boleh mengajak pasangan melakukan posisi seks seperti doggy style bagi merangsang G-spot dengan lebih baik.

#5. Kepala besar tetapi badan kecil

Dikenali dengan nama ‘hammer penis’, jenis ini menampilkan zakar yang kurus pada bahagian badannya tetapi besar pada bahagian kepalanya seakan sekaki cendawan.

Antara tip untuk melakukan hubungan kelamin dengan alat sulit jenis ini bersama pasangan adalah menggunakan pelincir bagi memudahkan proses penetrasi.

#6. Kepala kecil tetapi badan besar

Berbeza dengan jenis di atas tadi, jenis alat kemaluan lelaki ini menampilkan badan yang besar tetapi dengan kepala yang kecil menjadikannya berbentuk seakan sebuah kon.

Proses memasukkan zakar ke dalam faraj untuk bersenggama tentu sahaja lebih mudah pada permulaan namun minyak pelincir masih diperlukan untuk tujuan mendayung.

Bukan sahaja jenis, saiz dan panjang juga berbeza

zakar

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa terdapat 2 kategori dan 6 jenis zakar yang berbeza.

Namun kalian juga perlu tahu alat kelamin lelaki turut mempunyai saiz dan panjang yang pelbagai.

Berikut merupakan kategori saiz dan panjang zakar:

  • Kecil (Gherkin)
  • Pendek (Kielbasa)
  • Sederhana (Goldicocks)
  • Besar (Salami)
  • Panjang (Pencil)

Dari segi ereksi pula, terdapat 2 kategori iaitu:

  • Shower – Lebih kurang sama sahaja sebelum dan selepas ereksi
  • Grower – Adalah kecil sebelum ereksi namun besar selepas ereksi

Kesemua ini hanyalah variasi alat kemaluan lelaki dan ia normal!

Adakah jenis zakar akan beri kesan kepada lelaki?

Buat anda yang tertanya-tanya sama ada jenis, saiz dan panjang ini akan memberikan kesan kepada kesihatan anda, jawapannya adalah tidak.

Ini kerana kesemua jenis ini adalah normal dan sistem perkumuhan serta sistem pembiakan kalian sama sekali tidak akan terjejas.

Kecuali jika kalian mengalami kondisi kesihatan seperti disfungsi erektil (mati pucuk), phimosis (kulup tidak turun), priapism (ereksi tidak hilang) atau Peyronie’s disease (zakar membengkok ketika menegang).

Keadaan ini boleh menjejaskan prestasi di kamar tidur jika tidak dirawat.

Jadi, anda yang mana satu?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

Ramai yang percaya bahawa kesan onani terhadap hubungan seks adalah boleh menyelesaikan masalah tidak tahan lama dan sukar mencapai orgasma. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 minit bacaan

Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Rambut Saja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal, Ini 5 Puncanya

Rasa gatal pada misai dan janggut lazim dialami oleh lelaki. Jika serius ia boleh mengganggu produktiviti harian. Ketahui punca dan tip atasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

Ramai yang tanya kenapa harus sunat? Ini kerana ia boleh mengelakkan jangkitan kuman, virus dan bakteria selain memberi impak positif selepas berkahwin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mimpi basah

Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
zakar bengkok

Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 minit bacaan
yoga untuk lelaki

Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
sakit ketika bersama

Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan