Kencing Berdiri Boleh Buat Lelaki Lemah Syahwat? Kalau Tidak Percaya, Sila Baca #4!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/04/2020 . 2 mins read

Membuang air kecil atau kencing berdiri sememangnya sudah menjadi satu kebiasaan bagi lelaki. Mereka melakukan ini mungkin kerana ia lebih mudah dan cepat atau keadaan fizikal alat sulit lelaki yang membenarkan mereka untuk membuang air kecil secara berdiri.

Namun begitu, mungkin masih ramai lelaki yang tidak tahu akan bahaya lelaki kencing berdiri. Tahukah anda bahawa perbuatan ini juga boleh buat lelaki lemah syahwat? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya!

Bahaya kencing berdiri yang lelaki perlu sedar!

kencing berdiri

#1. Air kencing tidak keluar sepenuhnya

Sekiranya anda seorang lelaki yang kerap membuang air kecil secara berdiri, air kencing anda tidak akan keluar dengan sepenuhnya.

Ini adalah disebabkan pundi kencing anda tidak dapat ditekan dengan sempurna jika anda kencing berdiri.

Ini kemudiannya akan membuat anda berasa masih terdapat air kencing yang belum habis keluar lalu berulang-alik ke tandas berkali-kali untuk membuang air kecil yang masih tertinggal.

#2. Risiko batu karang meningkat

Selain perbuatan gemar menahan kencing, membuang air kecil secara berdiri juga mampu meningkatkan risiko batu karang terbentuk pada pundi kencing anda.

Ini kerana air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan mula membentuk asid yang keras seperti batu dan seterusnya akan memenuhi pundi kencing dan buah pinggang anda.

Ia adalah penyakit yang biasa berlaku pada lelaki dan jika ia berlaku pada anda, segera dapatkan rawatan doktor.

#3. Ada gas dalam badan yang tidak dikeluarkan

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat gas yang tidak diperlukan oleh badan dan akan keluar jika lelaki membuang air kecil secara duduk.

Namun jika mereka kencing secara berdiri, gas ini tidak akan keluar lalu berkumpul dalam badan. Ini seterusnya akan mengakibatkan pelbagai masalah dan ketidakselesaan kepada lelaki.

#4. Lemah syahwat akibat kencing berdiri

seks

Ini mungkin merupakan mudarat kencing berdiri yang paling berbahaya dan paling ditakuti oleh lelaki!

Anda perlu tahu apabila lelaki membuang air kecil secara berdiri, ia boleh mengakibatkan urat serta otot zakar menjadi lembik dan kendur lalu menyebabkan masalah lemah syahwat.

Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat ya?

#5.  Kencing berdiri tentu sahaja tidak bersih

Paling penting, membuang air kecil secara berdiri adalah tabiat yang kurang bersih. Ia akan menyebabkan air kencing terpercik semula ke pakaian anda.

Selain itu, ia juga akan menyebabkan air kencing tidak keluar habis lalu mula mengalir keluar pada pakaian ketika anda sedang melakukan aktiviti harian. Dalam pada itu lagi, perbuatan kencing berdiri akan membuat mangkuk tandas terutamanya jamban duduk berbau dan kotor.

Berhenti melakukannya sekarang juga!

bahaya kencing berdiri

Hakikatnya, kencing berdiri adalah satu perbuatan yang kotor dan tidak wajar dilakukan ekoran pelbagai kemudaratannya.

Sebagai lelaki yang ingin menjaga kesihatan dan kebersihan, anda perlu membuang air kecil secara duduk terutamanya bagi lelaki yang lebih berusia dan yang mempunyai masalah prostat.

Ini kerana kencing duduk dapat membantu mereka mengosongkan pundi kencing secara lebih efektif lalu mengurangkan risiko sista dan pelbagai komplikasi kesihatan yang lain.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 mins read

    Bukan Rambut Saja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal, Ini 5 Puncanya

    Rasa gatal pada misai dan janggut lazim dialami oleh lelaki. Jika serius ia boleh mengganggu produktiviti harian. Ketahui punca dan tip atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 01/07/2020 . 3 mins read

    Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

    Ramai yang tanya kenapa harus sunat? Ini kerana ia boleh mengelakkan jangkitan kuman, virus dan bakteria selain memberi impak positif selepas berkahwin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 mins read

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Ramai yang beranggapan usia emas adalah waktu untuk berhenti lakukan hubungan intim. Salah, ini panduan seks semasa menopaus anda boleh cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/06/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    kencing kotor

    Anak Dapat Kencing Kotor Jika Berendam Dalam Buih Sabun, Betul Ke? Ada Lagi 8 Punca UTI Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    zakar bengkok

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    yoga untuk lelaki

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
    uti

    Takut Masalah Kencing Kotor Melarat Jika Bersama Suami? Buat 5 Langkah Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 mins read