Impak Kerap Melakukan Hubungan Seks Bersama Pasangan Terhadap Kesihatan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Pasangan suami isteri perlu kerap melakukan hubungan seks bersama pasangan mereka. Ingin tahu mengapa? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

8 Impak Kerap Melakukan Hubungan Seks

#1. Ia membantu melegakan demam dan selesema

Menurut pakar, pasangan suami isteri yang kerap melakukan hubungan seks akan menghasilkan immunoglobulin A – antibodi yang membantu melawan infeksi demam selesema – dalam air liur mereka.

#2. Ia membantu mengeluarkan hormon positif

Semasa suami isteri melakukan hubungan seks, hormon dopamine dan oksitoksin – hormon yang dirembeskan ketika berasa seronok – akan dikeluarkan. Hormon-hormon ini akan menyebabkan individu lebih merasai perasaan kasih sayang bersama pasangan. Namun begitu, hormon-hormon ini tidak akan kekal lama dalam badan selepas melakukan hubungan seks.

#3. Ia membantu meningkatkan kesuburan

Menurut sebuah kajian yang pernah dilakukan, kandungan bahan kimia dalam air mani yang dikeluarkan ke dalam faraj pasangan wanita akan membantu meningkatkan kesuburan mereka dengan memperbaiki kondisi dan struktur faraj. Selain itu, ia juga membantu wanita mempunyai mood yang baik.

#4. Ia membantu mengosongkan otak

Setiap tahun, 7 daripada 100,000 individu akan mengalami global transient amnesia – kehilangan memori yang sementara namun bukan disebabkan oleh kondisi neurologi. Salah satu punca ia berlaku adalah kerap melakukan hubungan seks bersama pasangan. Ia menunjukkan betapa seks mampu membantu anda mengosongkan otak dan anda tidak perlu risau kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan sampingan.

#5. Ia membantu melegakan kesakitan

Jangan sesekali bertangguh untuk melakukan hubungan seks jika ada sedang sakit kepala. Menurut kajian yang dilakukan di Jerman pada 2013 terhadap individu yang mempunyai migrain, menunjukkan seks mampu melegakan simptom tersebut. Menurut kajian lagi wanita yang terangsang pada g-spot akan mengalami kelegaan daripada segala kesakitan.

#6. Ia membantu menenangkan fikiran

Hubungan seks sememangnya mampu membantu pasangan suami isteri menenangkan fikiran dan menyingkirkan tekanan mereka. Ia disebabkan oleh seks mampu mengurangkan tekanan darah dalam badan.

#7. Ia adalah senaman yang bagus

Ya, seks sememangnya adalah senaman yang bagus kerana ia mampu membakar sehingga 207 kalori dalam masa 30 minit. Selain itu, ia juga adalah senaman yang bagus bagi otot paha dan otot punggung.

#8. Ia membantu memperbaiki kesihatan jantung

Paling penting, kerap melakukan hubungan seks bersama pasangan mampu memperbaiki kesihatan jantung anda. Ia kerana seks mampu melatih jantung dan sistem kardiovaskular anda dan pasangan agar menjadi lebih kuat dan sihat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut