Keputihan: Apa yang Patut Anda Faham dan Tahu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Keputihan atau pelepasan faraj (vaginal discharge), adalah masalah yang sering dialami kebanyakan wanita. Ia adalah masalah yang paling kerap berlaku dan biasa berlaku. Malahan, boleh dikatakan kebanyakan wanita berdepan dengan masalah keputihan ini.

Pelepasan faraj ini sebenarnya memainkan fungsi peranan yang penting dalam sistem organ pembiakan wanita. Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam faraj dan serviks akan membawa keluar sel-sel mati dan bakteria. Ini sekali gus akan menjadikan faraj bersih dan membantu mencegah sebarang jangkitan.

Kajian menunjukkan majoriti daripada kaum wanita akan mengalami perkara tersebut terutamanya mereka yang sudah berkahwin. Ada sesetengah wanita yang tidak mampu membezakan antara warna keputihan yang normal dan tidak normal. Ini kerana ada yang menganggap perkara tersebut sebagai perkara yang normal terutamanya jika ia berlaku sebelum datangnya haid.

Secara umumnya, keputihan ini akan bermula selepas seseorang gadis mula mengalami kedatangan haid yang pertama. Secara semula jadi, ia mempunyai beberapa fungsi seperti memastikan faraj bersih dan memberikan pelinciran semasa melakukan hubungan seks.

Apa itu keputihan?

Keputihan adalah cecair yang mengandungi campuran rembesan faraj dan lendir serviks.

Kebiasaannya, keputihan ini adalah sesuatu yang normal. Jumlah yang terhasil adalah berbeza-beza, begitu juga dengan bau dan warna – berkisar dari warna jernih hingga putih –  bergantung kepada masa dalam kitaran haid anda. Sebagai contohnya, anda mungkin akan mengalami lebih banyak keputihan apabila berada dalam waktu subur atau ovulasi (ovulation), menyusukan atau sedang dalam keghairahan seksual. Ia mungkin mengeluarkan bau yang berbeza semasa anda mengandung atau ketika anda tidak menjaga kebersihan bahagian peribadi anda. Namun, setiap perubahan yang dilalui mungkin tidak mendatangkan kebimbangan.

Walau bagaimanapun, jika keputihan yang dialami mempunyai warna, bau atau konsistensi yang berbeza daripada biasa, ditambahkan dengan keadaan anda merasai kegatalan atau kerengsaan pada bahagaian faraj, anda mungkin berdepan risiko jangkitan atau masalah kesihatan lain. Kehamilan atau perubahan hormon juga boleh menjejaskan konsistensi dan jumlah pembuangan vagina.

Keputihan yang tidak normal mungkin berwarna kuning atau hijau, berketul dalam konsistensi atau mungkin mendatangkan bau busuk. Yis atau jangkitan bakteria biasanya menjadi faktor yang menyebabkan keputihan yang tidak normal. Jika anda melihat sebarang keputihan yang dirasakan luar daripada kebiasaan atau mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Keputihan Apa yang Patut Anda Faham dan Tahu 1

Jenis keputihan

Terdapat beberapa jenis keputihan. Jenis keputihan ini dikategorikan berdasarkan warna dan tahap konsistensinya. Beberapa jenis keputihan boleh dianggap keputihan yang normal. Beberapa jenis keputihan lain mungkin menunjukkan bahawa ia adalah berkaitan masalah keputihan yang tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan perhatian serta rawatan.

  1. Keputihan normal

Keputihan normal adalah biasanya berwarna jernih, mungkin likat atau cair dan biasanya tidak berbau. Namun, jumlah yang dihasilkan dan konsistensinya mungkin berubah apabila hampir dengan kitaran haidnya. Ia dikaitkan dengan hormon estrogen iaitu apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh kedatangan haidnya, lendir yang terhasil adalah lebih likat dan putih. Ia berfungsi untuk memelihara bakteria baik di dalam vagina dengan mengekalkan pH dan nutrien yang ada. Keputihan jenis ini tidak menyebabkan kegatalan ataupun kemerahan pada bahagian vagina serta mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab itu, perbuatan meruang ataupun memasukkan sesuatu untuk membersihkan faraj akan mengganggu fisiologi di dalam vagina. Bakteria baik akan mati dan ia boleh menyebabkan kemasukan bakteria yang jahat.

  1. Keputihan tidak normal

Ia disebabkan oleh jangkitan kuman. Sebarang perubahan terhadap keseimbangan bakteria baik dalam faraj boleh menjejaskan bau, warna, atau konsistensi keputihan. Selalunya ia akan menghasilkan cecair putih yang lebih likat dan kadang-kadang ia boleh menghasilkan warna hijau yang selalunya berbau busuk. Akibatnya menyebabkan kegatalan, iritasi dan keradangan pada kawasan faraj. Bagi jenis ini anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh mengganggu keseimbangan, antaranya adalah seperti:

  • Penggunaan antibiotik atau steroid
  • Vaginosis bakteria – jangkitan bakteria yang cenderung berlaku kepada individu wanita hamil atau wanita yang mempunyai ramai pasangan seksual. Ia akan mengakibatkan keputihan yang semakin banyak dan mempunyai bau yang kuat, busuk dan ada masanya ia mengeluarkan bau hanyir. Namun, dalam sesetengah kes, terdapat juga individu yang tidak mengalami sebarang simptom
  • Pengambilan pil kawalan kehamilan
  • Kanser serviks
  • Jangkitan kelamin – Jangkitan seperti Chlamydia dan Gonorrhea adalah jangkitan seksual (STD) yang menghasilkan pelepasan faraj yang tidak normal. Ia kebiasaannya berwarna kuning, kehijauan atau berwarna seakan kelabu.
  • Diabetes
  • Meruang (Douching),  penggunaan sabun yang mengandungi wangian atau mandi buih
  • Jangkitan pada serviks selepas pembedahan
  • Penyakit radang pelvis (PID) – jangkitan ini biasanya merebak disebabkan oleh perhubungan seksual. Ia terjadi apabila bakteria merebak ke faraj dan memasuki sistem pembiakan. Ia mungkin akan menghasilkan lendiran yang banyak dan berbau.
  • Trichomoniasis – merupakan sejenis jangkitan parasit yang menjangkiti apabila melakukan seks tanpa perlindungan. Ia disebabkan oleh protozoan, atau organisma bersel tunggal. Ia boleh merebak apabila melakukan hubungan seksual, tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh menjangkiti apabila berkongsi tuala atau pakaian renang. Ia akan menyebabkan keputihan yang berwarna hijau atau kuning yang mengandungi bau yang tidak menyenangkan. Kesakitan, kerengsaan dan kegatalan turut menjadi antara simptom biasa, walaupun terdapat kemungkinan sesetengah individu tidak akan mengalami sebarang simptom
  • Atrofi faraj – mengalami penipisan dan kekeringan pada dinding faraj semasa proses menopaus
  • Vaginitis – kerengsaan pada bahagian dalam atau sekitar faraj
  • Jangkitan yis – adalah jangkitan kulat yang menghasilkan keputihan seakan keju putih dan akan menyebabkan timbul kegatalan dan rasa terbakar. Kewujudan yis dalam faraj adalah normal, tetapi peningkatannya boleh menyebabkan ia menjadi di luar kawalan. Berikut adalah beberapa keadaan yang berkemungkinan meningkatkan jangkitan yis, iaitu tekanan, diabetes, penggunaan alat kawalan kehamilan, kehamilan, penggunaan antibiotik terutama untuk pengambilan yang melebihi 10 hari.

Keputihan Apa yang Patut Anda Faham dan Tahu 2

Warna keputihan

Terdapat pelbagai jenis pelepasan faraj berdasarkan konsistensi dan warna. Perubahan dalam warna, jumlah yang dihasilkan atau bau mungkin boleh menunjukkan simptom masalah yang mungkin wujud. Dalam sesetengah kes, sukar untuk membuat diagnosis berdasarkan pelepasan faraj sahaja. Simptom lain seperti kerengsaan, kegatalan atau rasa terbakar sering kali dianggap sebagai simptom keadaan kesihatan yang lebih baik.

Berikut adalah pelbagai jenis pelepasan faraj dan penyebabnya.

  1. Putih

Tidak semestinya tidak normal. Sedikit lelehan putih, terutamanya pada permulaan atau akhir kitaran haid anda, adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika pelepasan itu diikuti dengan gatal-gatal dan jika ia mempunyai konsistensi yang tebal dengan tekstur keju kotej, ia mungkin terdapat jangkitan yis. Lelehan putih susu boleh menjadi sesuatu yang lain daripada biasa jika berlaku rasa gatal, bau, atau sakit pelvis. Sekiranya mengalami simptom lain, ia boleh menjadi tanda vaginosis bakteria atau STI.

  1. Jenih dan berair

Kadang-kadang wanita mungkin mengalami lelehan yang jernih dan berair. Ini benar-benar normal dan boleh berlaku pada bila-bila masa dalam bulan tersebut. Ia mungkin banyak selepas berjalan-jalan.

  1. Jernih dan likat

Apabila lelehan faraj anda jelas dan licin atau kelihatan seperti mukus dan bukannya air, ia adalah tanda bahawa anda mungkin pengovulan. Ini adalah pelepasan yang sihat dan sempurna.

  1. Koko atau berdarah

Sekiranya anda mengalami lelehan coklat semasa haid atau menjelang hujung haid, ia mungkin normal. Lelehan akhir pada akhir haid anda kelihatan coklat bukan merah. Ini mungkin hanya beberapa darah dalam lelehan tersebut. Anda juga boleh melihat lelehan berdarah kecil di antara haid anda. Bergantung pada bila ia berlaku, ia juga dapat dilihat di antara haid. Sekiranya anda mengalami masa normal pada haid dan telah lama tidak melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, ia mungkin menjadi petunjuk bahawa anda mengandung. Mengesan lelehan berdarah pada fasa awal kehamilan boleh menjadi tanda keguguran. Jadi, sekiranya ia berlaku, segera berjumpa doktor.

  1. Kuning

Ini juga boleh menjadi normal, tetapi berpotensi menjadi tanda jangkitan. Secara amnya, apabila pelepasan kuning tebal, berketul atau mempunyai bau yang tidak menyenangkan adalah tidak normal. Bentuk lelehan ini mungkin merupakan petunjuk mengenai jangkitan trikomoniasis yang sering disebarkan melalui hubungan seksual. Walaupun ramai wanita yang mempunyai klamidia atau gonorrhea tidak mempunyai simptom sama sekali, mereka yang melakukan ini mungkin mengalami jenis lelehan ini.

  1. Hijau

Biasanya tidak normal dan mencetuskan jangkitan. Lelehan berwarna kuning atau hijau yang tebal, berketul dan busuk tidak normal. Ia boleh menjadi tanda penyakit kelamin seperti trichomoniasis.

Apakah perubahan yang boleh menjadi tanda kepada masalah?

Perubahan yang boleh menjadi tanda kepada masalah keputihan adalah apabila anda berdepan dengan peningkatan jumlah pelepasan faraj atau keputihan, perubahan warna atau mempunyai bau yang tidak menyenangkan serta merasai kegatalan, kerengsaan atau rasa terbakar pada sekitar atau dalam faraj. Keadaan ini dipanggil vagnitis. Manakala pelepasan faraj yang bercampur darah apabila anda tidak berada dalam tempoh kedatangan haid juga boleh menjadi tanda anda berada dalam masalah. Jika anda mempunyai masalah ini, anda harus berbincang dengan doktor anda.

Bila masanya untuk berjumpa doktor?

Keputihan bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan jika ia dihasilkan dalam jumlah yang terkawal. Anda perlu mendapatkan pemeriksaan atau berjumpa dengan doktor jika anda mengalami:

  • Keputihan yang terlalu banyak daripada kebiasaan
  • Pelepasan faraj yang berwarna hijau atau kuning
  • Berbau teruk atau kuat
  • Kegatalan atau kesakitan sekitar faraj
  • Kesakitan pada bahagian pelvik (bawah pinggang)
  • Kesakitan apabila melakukan hubungan seksual

Diagnosis keputihan tidak normal

Jika anda merasakan keputihan yang anda alami adalah tidak normal, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengetahui jika ia melibatkan sebarang keadaan kesihatan yang berbahaya. Doktor akan mengambil sejarah kesihatan dan bertanyakan tentang simptom yang anda alami. Berikut adalah antara soalan yang mungkin akan ditanya oleh doktor:

  • Bilakah keputihan tidak normal bermula?
  • Apakah warna yang dialami?
  • Adakah ia berbau?
  • Adakah anda mengalami sebarang rasa kegatalan, kesakitan atau rasa kerengsaan di dalam atau sekitar faraj?
  • Adakah anda mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual?
  • Adakah anda meruang?

Doktor mungkin mengambil contoh keputihan atau melakukan ujian Pap untuk mengumpul sel-sel dari serviks anda bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Apakah ujian yang mungkin dilakukan?

Jika anda disyaki berdepan dengan masalah keputihan yang tidak normal. Doktor mungkin akan melakukan ujian dan pemeriksaan untuk mencari punca masalah. Antara ujian yang mungkin adalah termasuk:

  • Ujian pelvik – doktor kesihatan anda akan melihat faraj dan serviks – bahagian uterus di atas faraj – dan menekan pada rahim dan ovari untuk memeriksa sebarang keabnormalan dalam tisu dan organ
  • Ujian pH – paras asid pada pelepasan faraj kerana jangkitan boleh menyebabkan perubahan dalam pH atau keasidan dari faraj
  • Wet mount sampel keputihan akan diperiksa di bawah mikroskop untuk memeriksa jangkitan yis, bakteria atau trichomonas yang mungkin menjadi punca kepada keputihan tidak normal
  • Ujian STDcontoh pelepasan faraj akan diambil dari faraj atau serviks dan dihantar ke makmal untuk menguji gonorrhea, chlamydia, trichomonas -STD yang menyebabkan  trichomoniasis – atau organisma lain yang menyebabkan keputihan tidak normal.

Bolehkah masalah ini dirawat?

Bagaimana anda merawat masalah keputihan ini adalah bergantung kepada apa yang punca atau faktor yang menyebabkan wujudnya masalah ini. Contohnya, jika ia adalah disebabkan jangkitan yis, masalah ini kebiasaannya akan dirawat menggunakan ubatan antifungal yang dimasukkan ke dalam faraj dalam bentuk krim atau gel. Manakala bagi masalah vaginosis bakteria, ia akan dirawat menggunakan ubatan antibiotik berbentuk pil atau krim. Trichomoniasis adalah biasa dirawat menggunakan ubatan metronidazole (Flagyl) atau tinidazole (Tindamax).

Berikut adalah beberapa tip untuk mencegah jangkitan farah yang cenderung mengakibatkan keputihan tidak normal, antara:

  • Pastikan faraj anda bersih dan dicuci menggunakan sabun lembut, ringan dan air suam
  • Elakkan daripada menggunakan sabun wangian dan produk feminin atau douche (meruang) Malah hindari dari menyembur sebarang semburan kepada bahagian faraj dan mandi buih
  • Selepas mandi, sentiasa pastikan anda mengelap dari bahagian hadapan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan bakteria memasuki faraj dan menyebabkan jangkitan
  • Sebaiknya gunakan seluar yang dibuat daripada kapas dan elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat

Dalam kebanyakan kes, jangkitan yis boleh dirawat dengan mudah dan berjaya. Antara rawatan di rumah yang boleh digunakan untuk merawat jangkitan yis adalah seperti:

  • Ubatan – pelbagai ubatan antikulat jenis krim boleh dibeli di farmasi atau kaunter ubatan. Ia tidak memerlukan preskripsi dan turut boleh dibeli secara dalam talian.
  • Minyak tea tree – bahan ini sememangnya terkenal dengan sifat antikulatnya. Kajian yang dilakukan dipercayai dapat mengesahkan keupayaannya untuk membunuh yis dan kulat. Walaupun rawatan topikal seperti ini akan mempunyai beberapa kesan sampingan seperti akan mengalami kerengsaan, manakala penggunaan ubatan oral pula berkemungkinan boleh menyebabkan intolenransi gastrousus, sakit kepala, ruam dan masalah fungsi hati yang tidak normal.
  • Suplemen probiotik – sesetengah suplemen probiotik menawarkan penyelesaian semula jadi untuk jangkitan yis. Ia boleh dibeli dari farmasi atau kedai kesihatan.

Aspek penjagaan

Seperti yang disebut di atas, pelepasan faraj atau keputihan adalah sesuatu yang biasa dan normal. Tetapi perubahan pada warna, jumlah yang dihasilkan atau tahap konsistensinya mungkin menunjukkan sebarang masalah berkaitan kesihatan, terutama kesihatan reproduktif dan organ pembiakan.

Jangkitan yis, STD, dan pelbagai keadaan lain boleh menyebabkan perubahan dalam pelepasan faraj. Dalam kebanyakan kes, masalah pelepasan faraj tidak normal dapat dirawat dengan baik dengan menggunakan kaedah yang betul. Mungkin anda boleh meminta pasangan anda untuk melakuan ujian untuk mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang jangkitan STD.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut