5 Khasiat Buah Naga

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Buah naga adalah sejenis buah tropikal daripada beberapa jenis pokok kaktus yang berasal daripada Amerika. Dikenali juga dengan nama pitaya, buah ini ditanam di banyak kawasan di Asia Tenggara, Florida dan Australia. Bukan sahaja cantik, ia juga sedap dan penuh khasiat.

Apakah khasiat buah naga?

1. Kaya dengan pelbagai nutrisi

Buah tropikal ini mengandungi rendah kalori tetapi penuh dengan vitamin dan mineral di samping kandungan serat. Ini termasuk protein, karbohidrat, serat, zat besi, magnesium, vitamin C dan E.

2. Membantu melawan penyakit kronik

Kaya dengan antioksidan, ia mampu melawan radikal bebas yang bertambah apabila semakin berumur. Radikal bebas ini terhasil daripada sel-sel yang rosak. Semakin tinggi kadarnya di dalam badan, semakin tinggi risiko mendapat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, kencing manis dan artritis.

Antara antioksidan terkandung di dalam buah naga ialah vitamin C, beta-carotene, lycopene dan betalain.

3. Mengandungi banyak serat

Seperti yang disebutkan di atas, buah ini kaya dengan serat. Tidak perlu disebutkan lagi bahawa serat merupakan komponen yang sangat penting dalam diet.

Serat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain itu, serat juga boleh mengurangkan kolesterol di dalam darah, seterusnya menurunkan risiko sakit jantung, strok dan kencing manis. Walaupun tiada kajian khusus bagaimana buah naga boleh memberikan manfaat ini, kandungan serat yang tinggi di dalamnya membantu anda memenuhi keperluan harian serat.

4. Merangsang sistem ketahanan badan

Pemakanan adalah salah satu faktor penting yang menentukan tahap ketahanan badan anda. Vitamin C dan carotenoids yang terkandung dalam buah naga boleh merangsang sistem imun anda dengan melindungi sel darah putih (yang bertanggungjawab dalam sistem imun badan) daripada mengalami kerosakan.

5. Membekalkan anda dengan zat besi

Tidak banyak buah-buahan segar yang mengandungi zat besi. Buah naga adalah antara yang mengandungi zat besi.

Zat besi memainkan peranan dalam proses membawa oksigen di dalam darah melalui sel darah merah. Ia juga penting dalam menguraikan makanan kepada tenaga. Jangan terkejut, ada kajian yang menemui bahawa 30% daripada populasi dunia tidak mengambil zat besi yang cukup.

Oleh itu, makanan kaya zat besi seperti daging, ikan dan kekacang harus diletakkan dalam diet harian. Buah naga juga merupakan pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut