backup og meta

Herba Yang Biasa Digunakan Untuk Rawatan Kanser

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/10/2022

    Herba Yang Biasa Digunakan Untuk Rawatan Kanser

    Sejak dahulu lagi, daun herba telah digunakan bagi merawat pelbagai jenis keadaan perubatan.

    Walaupun kajian penyelidikan mengenai keberkesanan herba masih lagi terbatas, namun terdapat bukti yang menunjukkan bahawa herba mempunyai sifat antikanser yang ketara.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Rawatan Tradisional & Herba, sila dapatkannya di sini. 

    Daun herba yang bagus untuk merawat penyakit kanser 

    Echinacea

    Echinacea adalah tumbuhan aromatik yang tergolong dalam keluarga Asteraceae. Tumbuhan ini boleh dijumpai di Great Plain dan bahagian timur Amerika Utara dan Eropah.

    Ramuan herba menggunakan tiga spesies yang biasa: Echinacea purpurea, Echinacea angustifolia, dan Echinacea pallida. Echinacea purpurea adalah herba yang sering digunakan dalam penyelidikan dan rawatan.

    Echinacea juga dikenali sebagai purple coneflower, Kansas snakeroot atau Black Sampson.

    Kajian terhadap haiwan mendapati Echinacea purpurea mungkin berkesan dalam rawatan kanser. Flavonoid yang dijumpai di dalam Echinacea dipercayai dapat meningkatkan sistem imun.

    Ia juga berfungsi untuk melindungi tubuh daripada kesan sampingan radioterapi dan kimoterapi yang berbahaya.

    Echinacea boleh membantu memanjangkan jangka hidup seseorang pesakit yang menghidap tahap kanser yang progresif.

    Bawang Putih

    daun herba

    Bawang putih adalah herba yang digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Ajoene, sejenis bahan di dalam bawang putih yang mengandungi sulfur, dapat memperlahankan penghasilan sel kanser.

    Sifat antikanser bawang putih kebanyakannya berpunca daripada paras organik sulfide dan polisulfide yang tinggi. Para saintis percaya bahawa bahan di dalam bawang putih dapat membunuh sel kanser dan mengganggu metabolisme sel-sel tersebut.

    Ekstrak daripada bawang putih yang telah ranum boleh menghalang kesan negatif karsinogen terhadap DNA, menyokong sistem imun, menggalakkan penyingkiran karsinogen, dan meningkatkan keberkesanan enzim detoksifikasi.

    Bawang putih juga bagus bagi pesakit kanser kolon, perut, payudara, paru-paru, dan pundi kencing kerana ia dapat memperlahankan sel kanser daripada merebak.

    Kunyit

    Kunyit kaya dengan curcumin, sejenis ajen antioksidan dan antikanser. Ia dilaporkan berkesan dalam menghalang tumbesaran kanser paru-paru, payudara, kulit dan perut.

    Curcumin mengubah penghasilan eicosanoid (contohnya, prostaglandin E-2) dan melawan keradangan.

    Penyelidik mendapati bahawa curcumin boleh menghalang pertumbuhan kanser dalam semua tahap, termasuk permulaan, perkembangan, dan penyebaran.

    Kunyit juga mengganggu penghasilan nitrosamine, yang menyebabkan paras antioksida semula jadi di dalam badan meningkat.

    Teh Hijau

    daun herba

    Campuran polifenolik di dalam teh hijau memberikannya sifat antikanser. Pelbagai kajian telah terbukti bahawa teh hijau berkesan dalam melawan tumor dan mutasi genetik.

    Epigallocatechin (EGGG), sejenis polifenol yang dijumpai dalam teh hijau dapat melindungi sel daripada DNA rosak disebabkan oleh spesis oksigen reaktif.

    Kajian haiwan menunjukkan polifenol di dalam teh hijau bukan sahaja dapat menghalang sel kanser daripada membesar tetapi ia juga menyebabkan kerosakan dan membunuh sel tumor.

    Keberkesanan teh hijau dalam melawan tumor juga dapat dilihat pada pesakit kanser kolon dan perut.

    HelloHealth Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan