backup og meta

Tak Sangka Kos Rawatan Kanser Paru-Paru Antara TERMAHAL, Termasuk 5 Penyakit Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/01/2023

    Tak Sangka Kos Rawatan Kanser Paru-Paru Antara TERMAHAL, Termasuk 5 Penyakit Ini!

    Apabila bercakap mengenai kenaikan kos perubatan di Malaysia, perkara pertama yang terlintas di kepala pastilah soal duit atau wang. Begitu juga dengan kos perubatan penyakit. Ia tidak lari daripada isu “beban kewangan” yang perlu ditanggung.

    Mungkin ada yang kata, tidak perlu risau kerana mereka boleh mendapatkan rawatan bagi penyakit-penyakit yang dialami secara percuma daripada klinik-klinik atau hospital-hospital milik kerajaan. Tunggu sebentar!

    Adakah anda pasti bahawa kesemua rawatan boleh diperoleh secara percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan? Lihat apa yang kami sediakan di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

    kos perubatan

    Ada sesetengah rawatan sememangnya percuma atau hampir percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan, tetapi tidak semuanya begitu.

    Malah ada juga kos rawatan yang anda masih perlu bayar ribuan ringgit walaupun telah disubsidi oleh kerajaan Malaysia. Apatah lagi jika anda mendapatkan rawatan di fasiliti milik swasta yang kadarnya boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

    Kos perubatan tambahan yang juga perlu anda bayar

    Perlu diingat bahawa kos perubatan yang dinyatakan seperti di atas hanyalah untuk kos servis rawatan semata-mata. Anda masih perlu membayar kos-kos berkaitan yang lain seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, bayaran X-ray, ujian darah dan lain-lain lagi.

    Jika di hospital kerajaan, anda hanya perlu membayar RM1 bagi yuran konsultasi, tetapi anda perlu membayar antara RM30 hingga RM250 bagi perkhidmatan yang sama di hospital swasta.

    Bagi yuran pendaftaran kemasukan ke hospital, anda hanya perlu membayar antara RM15 hingga RM35 bagi kemasukan di hospital kerajaan.

    Manakala jika di hospital swasta, anda perlu membayar yuran kemasukan antara RM500 hingga RM2,000, atau 6% hingga 10% daripada kos keseluruhan pembedahan anda. 

    Jika anda perlu ditahan di wad hospital kerajaan, anda perlu membayar caj bilik wad antara RM3 hingga RM120 sehari bergantung kepada kelas wad tersebut.

    Manakala di hospital swasta, kadar yang perlu dibayar adalah antara RM80 hingga RM300 sehari, juga bergantung kepada kelas wad tertentu. Selain itu, ujian-ujian lain seperti X-Ray, ultrasound, ujian darah, CT scan dan MRI juga perlu dibayar dengan caj yang pastinya amat berbeza antara hospital kerajaan dan juga swasta.

    Mengapa terdapatnya perbezaan kos perubatan yang begitu besar antara hospital kerajaan dan swasta?

    Anda pasti tahu mengapa servis rawatan di hospital kerajaan adalah lebih murah. Ya, kerana ia telah disubsidi oleh Kerajaan Malaysia.

    Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu kos rawatan di hospital swasta lebih mahal kerana pada kebiasaannya, mereka menyediakan servis perkhidmatan dengan kualiti yang lebih baik. Tetapi ia tidak bermaksud bahawa rawatan perubatan di hospital kerajaan adalah kurang bagus.

    Terdapat dua perbezaan yang paling jelas antara kos perubatan hospital kerajaan dan juga swasta iaitu, penjagaan pesakit dan pelawat serta waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan.

    Selain itu, jika anda berkunjung ke hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh melihat kepada persekitaran yang lebih selesa dan mewah, pilihan makanan yang lebih enak dan berkualiti tinggi selain jenis ubat-ubatan yang digunakan.

    Anda juga boleh mendapatkan bilik peribadi yang lebih privasi dan selesa. Walaupun perkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan tidak semewah seperti di hospital swasta, kualiti servis rawatan yang diberikan sebenarnya adalah sama tinggi.

    Hanya disebabkan caj yang lebih murah dan berpatutan, ramai yang lebih gemar ke hospital milik kerajaan berbanding swasta melainkan anda dilindungi dengan insurans perubatan.

    Apakah langkah yang boleh saya ambil bagi mengurangkan tanggungan kos perubatan dan rawatan kesihatan?

    kos perubatan

    Pertama, amalkan gaya hidup sihat. Ia kedengaran amat mudah, tetapi ramai yang masih kurang memberikan perhatian terhadap perkara ini. Gaya hidup yang sihat bukan sahaja memberikan fizikal dan mental yang sihat, malah ia menjauhkan diri anda daripada risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik. 

    Kedua, dapatkan kad perubatan atau polisi insurans kesihatan daripada penyedia-penyedia insurans. Kad perubatan membantu anda untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu menunggu lama di hospital swasta.

    Selain itu, ia juga membantu menyediakan liputan yang mencukupi bagi sebarang rawatan yang memakan kos yang besar pada masa sekarang atau pada masa akan datang.

    Ketiga, gunakan kemudahan atau manfaat kesihatan yang disediakan oleh majikan atau syarikat tempat anda bekerja.

    Sesetengah majikan bukan sahaja menyediakan liputan perlindungan perubatan kepada pekerja mereka sahaja, malah kepada ahli keluarga terdekat pekerja tersebut. Rujuk kepada pengurusan syarikat anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Kesimpulan

    Masih ramai di antara kita yang mengabaikan konsep gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian selain tidak mengambil mana-mana polisi insurans perubatan.

    Kedua-dua ini sangat membantu diri anda dalam mengurangkan tanggungan kos perubatan dan juga risiko untuk mengalami penyakit-penyakit kronik. Kita pasti tidak mampu untuk menyediakan sejumlah wang yang begitu besar dalam masa yang singkat untuk membayar kos rawatan di hospital.

    Oleh itu, sediakanlah payung sebelum hujan. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan