backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Berapa Kos Bersalin Bakal Ibu Di Hospital Kerajaan Tahun Ini? Sedia Awal Tak Kalut!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/11/2023

    Berapa Kos Bersalin Bakal Ibu Di Hospital Kerajaan Tahun Ini? Sedia Awal Tak Kalut!

    Bercadang untuk melahirkan anak di hospital kerajaan, tetapi berapa agaknya kos bersalin hospital kerajaan 2022 dan tahun 2023 ini ya?

    Untuk bakal ibu ayah yang sedang membuat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi, terutamanya berkaitan kos yang perlu disediakan, teruskan membaca perkongsian artikel ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Melahirkan anak di hospital kerajaan

    Sebelum anda mengetahui kos bersalin hospital kerajaan 2023, jom lihat dahulu apakah antara langkah penting yang perlu dilakukan.

    Dalam kesibukan melakukan persiapan bagi menyambut kelahiran si kecil – pakaian, katil dan buaian serta pelbagai barangan lain – anda juga harus memikirkan mengenai kos yang perlu disediakan untuk proses beranak nanti.

    Umumnya jumlah kos adalah berbeza mengikut pilihan sama ada untuk bersalin di hospital swasta atau kerajaan serta memilih kaedah kelahiran yang bakal dilalui nanti, seperti bersalin normal, caesarean atau kelahiran normal dengan bantuan.

    Melahirkan anak di private hospital pastinya menjadi idaman ramai bakal ibu kerana kelengkapan yang tersedia. Namun hospital kerajaan yang ada di Malaysia juga tidak kurang hebatnya – lengkap dengan segala peralatan perubatan dan kakitangan terlatih. 

    Kos bersalin hospital kerajaan 2022 & 2023 juga biasanya lebih murah berbanding swasta, justeru turut menjadi antara faktor utama pemilihannya sebagai lokasi untuk melahirkan anak. 

    Biasanya bakal-bakal ibu yang memilih untuk beranak di hospital kerajaan harus mempunyai buku pink atau buku Rekod Kesihatan Ibu – yang berfungsi merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.

    Baca juga:

    Jumlah kos bersalin hospital kerajaan 2022 

    Seperti yang dinyatakan pada awal-awal tadi, bayaran untuk bersalin di hospital kerajaan ini biasanya tidaklah begitu membebankan.

    Berikut dikongsikan anggaran kos yang perlu disediakan oleh bakal parents:

    Caj rawatan bersalin:
    Jenis rawatan kelas Satu kelas Dua Kelas Tiga
    Bersalin biasa RM 450 RM 150 RM 10
    Bersalin kembar RM 600 RM 200 RM 50
    Bersalin dengan bantuan (Forcep/songsang/vakum) RM 600 RM 200 RM 50
    Pembedahan Caesarean RM 1,200 RM 400 RM 100
    Caj bilik prosedur:
    Jenis rawatan Harga
    Bilik bersalin (setiap kemasukan) RM 120
    Dewan bedah (setiap kemasukan) RM 120
    kos bersalin hospital kerajaan
    Caj wad awam:
    Caj wad sehari per individu Bilik tidak berhawa dingin Bilik berhawa dingin
    Kelas Satu – Bilik 1 katil RM 90 RM 120
    Kelas Satu – Bilik 2 katil RM 60 RM 90
    Kelas Satu – Bilik 3 katil RM 45 RM 60
    Kelas Dua RM 25 RM 40
    Kelas Tiga RM 3 RM 3

    Apa yang dikongsikan di atas hanyalah anggaran kos bersalin di hospital kerajaan secara umum tidak termasuk caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal, harga sebenarnya akan dicaj kepada bakal parents mungkin berbeza mengikut hospital.

    Kos bersalin hospital kerajaan 2022: Fahami prosedurnya

    Kini anda sudah mengetahui kos bersalin yang perlu disediakan dan bolehlah untuk mula merancang hospital pilihan, seperti Hospital Shah Alam mahupun Hospital Sungai Buloh.

    Sebaiknya lokasi pilihan adalah berdekatan dengan kediaman anda.

    Tetapi sebelum itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu ibu hamil fahami. Berbeza dengan hospital swasta, di hospital kerajaan, bakal ibu hanya akan dibenarkan untuk masuk ke wad setelah terdapat tanda-tanda melahirkan anak.

    Jika di atas dikongsikan kos bersalin hospital kerajaan, ini pula prosedur yang perlu dilalui:

    Pendaftaran

    Bakal ibu boleh terus ke unit bersalin dan mendaftarkan diri. Selain daripada beg barangan anda,dokumen yang wajib dibawa bersama adalah:

    • Kad pengenalan atau passport
    • Buku pink
    • Surat rujukan doktor (jika ada)

    kos bersalin hospital kerajaan

    Pakaian hospital

    Selepas pendaftaran selesai, bakal ibu diberikan pakaian hospital berwarna pink dan akan diminta melakukan ujian air kencing.

    Pemeriksaan awal

    Beberapa prosedur pemeriksaan awal yang perlu dijalani seperti tekanan darah, suhu dan nadi. Anda juga mungkin akan ditanyakan mengenai simptom bersalin yang dialami oleh kakitangan perubatan.

    Pemeriksaan serviks

    Lebih dikenali dengan panggilan seluk faraj, tujuan ia dilakukan adalah untuk menentukan bukaan serviks – saluran kelahiran, kedudukan bayi dan sebagainya.

    Pada dasarnya, pemeriksaan vagina atau vaginal examination (VE) melibatkan doktor untuk memasukkan jari ke dalam faraj bagi mengetahui proses pembukaan serviks atau dalam bahasa mudah, bukaan rahim.

    Bagi ibu yang pertama kali melalui proses ini, anda mungkin akan berasa gementar dan ia adalah perkara normal. Sebaiknya, cuba untuk bertenang, okay?

    kos bersalin hospital kerajaan

    Fasa Kelahiran

    Anda akan memasuki fasa kelahiran apabila bukaan serviks mencapai bukaan kira-kira 10cm – keadaan ini dikenali sebagai pelebaran serviks – dilating – sehinggalah bayi selamat dilahirkan.

    Discaj

    Biasanya ibu dan bayi akan dibenarkan pulang selepas tempoh sehari, terutamanya bagi yang melalui prosedur bersalin normal serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

    Ketika inilah pembayaran kos bersalin hospital kerajaan perlu diselesaikan.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda disarankan untuk menghubungi terus hospital kerajaan yang menjadi pilihan lokasi bersalin bagi mendapatkan lebih kepastian. 

    Semoga persediaan anda untuk melahirkan anak nanti akan berjalan lancar!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan