Kebanyakan wanita selepas bersalin akan mengalami perubahan tubuh khususnya kenaikan berat badan. Malah, baru-baru ini tular di laman sosial mengenai pendedahan diet puasa yang diamalkan oleh pelakon terkenal Lisa Surihani.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Kebanyakan wanita selepas bersalin akan mengalami perubahan tubuh khususnya kenaikan berat badan. Malah, baru-baru ini tular di laman sosial mengenai pendedahan diet puasa yang diamalkan oleh pelakon terkenal Lisa Surihani.
Atas permintaan pengikutnya di Instagram, beliau mendedahkah empat tip diet yang diamalkannya iaitu bertukar kepada beras herba ponni, kurangkan gula dalam makanan dan minuman, amalkan intermittent fasting dan melakukan senaman. Walau bagaimanapun, intermittent fasting telah menarik perhatian orang ramai. Jadi, untuk mengetahui mengenai intermittent fasting atau diet puasa, baca artikel ini.
Diet dengan cara mengehadkan makanan tertentu seperti diet rendah lemak atau rendah karbohidrat sering kali gagal kerana biasanya itu bermakna anda perlu menghindari makan yang anda gemari. Cara diet itu juga menyebabkan anda cenderung untuk mudah berasa lapar kerana kurang pengambilan makronutrien yang merupakan sumber tenaga. Jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa perlu meninggalkan makanan kegemaran anda, cuba menguruskan pola pemakanan anda dengan kaedah diet puasa atau intermittent fasting.
Intermittent fasting atau diet puasa/puasa berselang adalah kaedah untuk menguruskan pola pemakanan dengan cara berpuasa makan untuk tempoh tertentu, namun anda masih boleh meneruskan pengambilan minuman. Jika dibandingkan dengan istilah “diet”, biasanya ia merujuk kepada pengurangan atau mengehad makanan tetapi kaedah intermittent fasting lebih kepada mengatur kebiasaan pemakanan anda.
Kaedah ini tidak mengatur makanan apa yang anda harus kurangkan atau harus ambil, namun ia lebih kepada waktu anda harus dan berhenti daripada makan. Kebiasaannya kaedah ini mencadangkan untuk puasa makan selama 16 jam. Bagaimanapun, waktunya anda boleh tentukan sendiri.
Pada asasnya, puasa sendiri mempunyai peranan yang balik dalam kesihatan, dan dengan cara berpuasa sudah diketahu sejak lama untuk bertahan hidup. Amalan pemakanan seharian anda mungkin tiada peraturan kerana sering makan di luar waktu makan atau melewatkan waktu makan.
Dengan kaedah intermittent fasting, anda dapat memperbaiki dan membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat. Ia juga melatih ketahanan tubuh supaya tetap dapat menjalankan fungsinya walaupun tidak mengambil makanan dalam tempoh tertentu.
Intermittent fasting juga membantu tubuh mengawal tekanan darah dan kolesterol kerana tubuh melakukan pembakaran lemak yang lebih efektif semasa berpuasa, serta membuatkan hormon insulin lebih sensitif terhadap makanan.
Ahli Biologi dari Salk Institute, California Satchidananda Panda (seperti yang diterbitkan livescience) mengatakan bahawa diet puasa (intermittent fasting) membantu tubuh untuk melakukan peremajaan dan pembaikan sehingga dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Ia juga mengatakan diet puasa menyebabkan tubuh bertindak balas terhadap pelbagai mekanisme atau tanda kerosakan tubuh dengan lebih baik. Keadaan puasa dapat membuatkan sel tumor kekurangan bahan makanan untuk berkembang, memperbaiki inflamasi dan menghilangkan sel yang rosak dari dalam tubuh.
Intermittent fasting mempunyai pelbagai peraturan untuk mengurangan pengambilan makanan. Pada umumnya, kaedah ini hanya ditentukan dalam masa seminggu, bila-bila sahaja waktu untuk berpuasa. Puasa yang dimaksudkan ini adalah hanya berpuasa makan sahaja, namun anda masih boleh mengambil minuman. Semasa tempoh berpuasa, anda perlu mengambil makanan dalan jumlah paling sedikit atau tidak makan sama sekali.
Terdapat berbagai cara untuk melakukan intermittent fasting, berikut adalah beberapa kaedah yang popular:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen