‘Sugar Rush’: Tiada Istilah Tenaga Segera, Lebih Memburukkan Keadaan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

‘Sugar rush’? Anda mungkin pernah mendengar istilah ‘sugar rush’ atau keadaan dimana seseorang menjadi bertenaga atau hiperaktif apabila mengambil gula dalam kuantiti yang banyak. Tahukah anda, gula sebenarnya tidak memberikan tenaga segera kepada anada, malah pengambilan gula dengan kuantiti yang banyak hanya akan membuatkan anda lebih berasa keletihan. Gula tidak meningkatkan mood dan ia boleh membuat individu menjadi kurang berwaspada dan keletihan setelah penggunaannya, dan pernyataan ini berdasarkan satu kajian baharu oleh University of Warwick, Humboldt University of Berlin, dan Lancaster University.

Pasukan penyelidik menyiasat mitos ‘sugar rush’: adakah gula benar-benar meletakkan anda dalam mood yang lebih baik? Dengan menggunakan data yang dikumpul daripada 31 kajian yang telah diterbitkan yang melibatkan hampir 1300 individu dewasa, empat orang penyelidik iaitu Dr Konstantinos Mantantzis dari Humboldt University of Berlin, Dr Sandra Sunram-Lea dari Lancaster University dan Dr Friederike Schlaghecken serta Profesor Elizabeth Maylor dari Jabatan Psikologi, University of Warwick membuat penyiasatan mengenai kesan gula keatas pelbagai aspek mood, termasuklah marah, kewaspadaan, kemurungan dan keletihan.

Pasukan penyelidik turut mengkaji bagaimana faktor-faktor seperti kuantiti dan jenis gula yang diambil berkemungkinan memberi kesan terhadap mood, dan samada penglibatan dalam aktiviti-aktiviti mental dan fizikal akan mewujudkan sebarang perbezaan. Para penyelidik menemui hasil kajian seperti berikut:

  • Penggunaan gula hampir tidak mempunyai kesan terhadap mood, tanpa mengira berapa banyak gula yang dimakan atau penglibatan individu dalam pelbagai aktiviti selepas memakan gula
  • Individu yang memakani gula berasa lebih letih dan kurang berwaspada berbanding mereka yang tidak mengambil gula
  • Idea mengenai ‘sugar rush’ adalah sebuah mitos tanpa apa-apa kebenaran di sebaliknya.

Salah seorang penyelidik, Profesor Elizabeth Maylor menyatakan bahawa pasukan penyelidiknya berharap agar penemuan tersebut akan menghentikan mitos ‘sugar rush’ dan memaklumkan dasar-dasar kesihatan awam untuk mengurangkan penggunaan gula. Dr Konstantinos Mantantzis pula menyatakan, idea bahawa gula boleh mempengaruhi mood telah banyak berpengaruh dalam budaya popular, sehingga individu di seluruh dunia mengambil minuman manis untuk menjadi lebih berwaspada atau melawan keletihan dan kajian mereka sangat jelas menunjukkan bahawa dakwaan itu tidak dibuktikan, malah gula mungkin akan membuat kita berasa lebih teruk. Dr Sandra Sunram-Lee pula menambah, peningkatan kes-kes obesiti, diabetes dan sindrom metabolik sejak kebelakangan ini menyoroti keperluan kepada strategi diet berasaskan bukti untuk menggalakkan gaya hidup sihat sepanjang hayat. Penemuan mereka telah menunjukkan bahawa minuman manis atau makanan ringan tidak menyediakan ‘fuel refill’ yang pantas untuk membuat kita berasa lebih berwaspada.

Penggunaan gula perlu dikawal dengan kuantiti pengambilan yang sewajarnya tanpa berlebih-lebihan. Makan secara sihat tidak memerlukan kandungan gula yang banyak untuk tubuh, selain bagi mengelakkan daripada sebarang risiko untuk mendapat penyakit-penyakit berbahaya seperti obesiti dan diabetes.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut