Untuk memahami hal ini, Alireza Delfarah, seorang pelajar siswazah di makmal Graham, menumpukan kepada satu proses yang dinamakan sebagai senescence. Senescence adalah satu proses semulajadi di mana sel-sel berhenti menghasilkan sel-sel baharu secara kekal. Proses ini adalah salah satu punca utama kemerosotan yang berkaitan dengan usia, yang pada akhirnya menyebabkan penyakit seperti arthritis, osteoporosis dan penyakit jantung. Menurut Delfarah, sel-sel senescent ini bersifat secara bertentangan dengan sel-sel stem, yang mempunyai potensi yang tidak terhad untuk memperbaharui diri atau pembahagian sel. Menurut beliau, sel-sel senescent tidak boleh dibahagikan lagi. Ia adalah satu keadaan yang tidak dapat dipulihkan daripada kitaran sel.
Pasukan penyelidik mendapati bahawa semasa penuaan berlaku, sel-sel senescent berhenti menghasilkan kelas bahan kimia yang dipanggil nukleotida, yang merupakan blok pembinaan DNA. Apabila sel-sel senescent ini mengambil sel-sel muda dan memaksa mereka berhenti menghasilkan nukleotida, sel-sel muda tersebut akan menjadi senescent atau berumur. Menurut Delfarah lagi, ini bermaksud bahawa penghasilan nukleotida adalah penting untuk menjaga sel-sel muda. Ini juga bermakna jika kita dapat menghalang sel-sel daripada kehilangan sintesis nukleotida, sel-sel mungkin menua secara lebih perlahan.
Pasukan penyelidikan menganalisi sel-sel muda yang semakin membesar dan memberi mereka molekul yang dilabelkan dengan isotop stabil karbon, untuk mengesan bagaimana nutrien yang digunakan oleh sel diproses menjadi laluan biokimia yang berbeza.
Scott Fraser pula bekerjasama dengan pasukan penyelidikan untuk mengembangkan imejan 3D bagi hasil kajian tersebut. Imej-imej yang dihasilkan telah mendedahkan bahawa sel-sel senescent sering mempunyai dua nukleus dan mereka tidak mensintesis DNA.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen