backup og meta

5 Ubat Kayap Cara Kampung Anda Boleh Cuba, Ramai Tak Sangka Yang Pertama Berkesan!

5 Ubat Kayap Cara Kampung Anda Boleh Cuba, Ramai Tak Sangka Yang Pertama Berkesan!

Seringkali dianggap sebagai cacar, penyakit kayap bukan sesuatu kondisi yang boleh dipandang remeh. Kaedah rawatannya perlu diberi lebih perhatian sama ada melalui ubat kayap cara kampung atau moden!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Ubat kayap di farmasi anda perlu ambil

Kayap (shingles atau herpes zoster) merupakan keadaan kulit gara-gara jangkitan virus varicella-zoster yang juga menyebabkan cacar air atau mungkin lebih dikenali dengan nama chickenpox.

Ia akan mengakibatkan kulit individu mengalami ruam atau lepuh yang boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh badan termasuk muka, dada, belakang badan, tangan, kaki malah di kawasan mata.

ubat kayap cara kampung
Jenis-jenis vaksin untuk warga emas.

Bagi mengawal atau merawat masalah kulit ini, beberapa ubat kayap di farmasi berikut pasti boleh membantu:

  • Ubatan antiviral – Ubat oral dari kaunter dengan preskripsi doktor iaitu cyclovir, valacyclovir dan famciclovir biasa diberikan dalam tempoh lebih kurang seminggu untuk dilihat kesannya
  • Ubatan antibakteria/ antikulat – Bergantung kepada komplikasi di mana terdapat bakteria atau kulat pada jangkitan kulit itu, penggunaan ubatan seperti antibiotik mungkin akan diperlukan
  • Ubatan antiradang – Ubat topikal seperti potassium permanganate boleh digunakan bagi mengeringkan dan menyembuhkan gelembung-gelembung air yang muncul pada kulit akibat kayap
  • Ubatan tahan sakit – Ubat bukan steroid (NSAIDs) termasuk acetaminophen, diclofenac atau ibuprofen pula akan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami pada kulit anda

Ubat kayap cara kampung anda boleh cuba

Dalam masa yang sama, anda juga mungkin boleh menggunakan kaedah alternatif yakni dengan mengamalkan ubat kayap cara kampung. Di bawah adalah antara ramuan yang kalian boleh cuba:

#1. Berbekam

Buat anda yang belum tahu, berbekam merupakan terapi tradisional bagi menyingkirkan darah kotor dalam badan!

Menurut pelbagai kajian klinikal, dipercayai rawatan ini mampu mengurangkan ruam pada kulit. Kajian meta-analisis pula mengatakan ia lebih berkesan berbanding penggunaan ubat sintetik moden.

ubat kayap cara kampung
Bekam biasa digunakan sebagai cara tradisional merawat kayap.

#2. Daun sirih ubat kayap

Kedua, penggunaan ekstrak daun sirih pula dipercayai mampu mengurangkan kegatalan pada kulit akibat kayap. Ini kerana ia mengandungi sifat antiradang dan antiseptik bagi menghapuskan mikrob.

Ia juga popular sebagai penawar kepada pelbagai lagi masalah kulit seperti jerawat atau reaksi alergi. Namun, kaedah tradisional ini masih memerlukan kajian lanjut bagi benar-benar pasti tentangnya.

#3. Bawang putih ubat kayap

Ketiga, penyapuan ekstrak bawang putih juga dipercayai boleh melegakan kesakitan pada kulit angkara kayap. Seperti bahan di atas, ia turut memiliki karakteristik antiradang dan antiseptik yang bagus.

Tetapi, kaedah tradisional yang sangat popular sebagai rawatan panau ini juga masih menimbulkan tanda tanya. Sama ada ia baik bagi menyembuhkan kayap atau tidak, kajian lanjut masih diperlukan.

#4. Serbuk penaik @ baking soda

Mungkin tiada siapa yang sangka bahawa serbuk penaik ini juga termasuk di dalam ubat kayap cara kampung bukan?

ubat kayap cara kampung
Serbuk penaik juga biasa digunakan untuk merawat kayap.

Sebenarnya, bahan ini biasa digunakan bersama tepung jagung untuk dijadikan pes. Dipercayai pes ini disapukan di kawasan kulit yang terkena kayap untuk mempercepatkan gelembung kayap hilang.

Sebagai nota tambahan buat kalian, ketahuilah bahawa baking soda ini adalah bahan yang boleh menghakis kulit. Ia mengandungi sifat menghakis yang begitu tidak sesuai dikenakan kepada kulit anda.

#5. Kunyit ubat kayap

Terakhir, senarai ini tidak akan lengkap jika tiada serbuk kunyit. Ini kerana ia digunakan secara turun-temurun sejak zaman nenek moyang kita lagi sebagai herba alternatif untuk masalah-masalah kulit.

Jangan terkejut, ramuan yang tinggi kandungan kurkumin ini juga boleh dijadikan antara ubat kayap cara kampung. Ini kerana ia mungkin boleh membantu meredakan kerengsaan dan keradangan kulit.

Pun begitu, ketahuilah bahawa bahan-bahan dapur di atas lebih sesuai untuk masakan dan bukan rawatan kesihatan. Ia mungkin hanya akan membantu namun bukan untuk merawat.

Kesimpulan

Sila berjumpa dan berbincang dengan doktor segera jika anda ada masalah kayap agar dapat lebih cepat pulih ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Shingles, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11036-shingles, Accessed Nov 3 2023.
  2. Shingles, https://familydoctor.org/condition/shingles/, Accessed Nov 3 2023.
  3. Shingles, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/shingles, Accessed Nov 3 2023.
  4. Shingles (Herpes Zoster), https://www.nfid.org/infectious-disease/shingles/, Accessed Nov 3 2023.
  5. Shingles: Diagnosis And Treatment, https://www.aad.org/public/diseases/a-z/shingles-treatment, Accessed Nov 3 2023.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jerawat Tumbuh Belakang Badan? Pakar Kulit Kongsi 5 Cara Efektif Rawat Akne

Rimas Tengok Ketuat Pada Badan? Ini Cara Nak Buang, Hanya Perlu Buat Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan