7 Perkara Perlu Elak Semasa Hujan Lebat & Ribut Petir!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/01/2020 . 4 minit bacaan

“Eni! angkat kain jemuran, hujan dah turun!”. Dialog ikonik dalam cerita Pendekar Bujang Lapok ini sudah pasti akan membuat kita ketawa hingga kering gusi, kan? Sebenarnya, dialog ini sangat sesuai diungkapkan oleh masyarakat kita kini kerana musim tengkujuh sedang melanda.

Hakikatnya, musim hujan adalah musim yang sangat tidak disukai oleh orang ramai. Ini kerana ia akan mengehadkan setiap aktiviti seharian kita. Dalam pada itu, ada beberapa perkara yang kita perlu elak semasa ribut petir melanda. Nak tahu apa perkara tersebut? Jom baca artikel ini!

Perkara perlu elak semasa hujan lebat & ribut petir

Selain mendapat penyakit seperti demam dan selesema, kita perlu mengelakkan diri dari hujan lebat dan ribut petir agar kita tidak terkena renjatan elektrik!

Untuk pengetahuan anda, renjatan elektrik terhadap manusia adalah berbahaya kerana ia boleh mendatangkan maut. Pernah lihat kartun di televisyen yang memaparkan watak animasi terkena renjatan elektrik lalu terenjat dan menjadi abu? Ya, gambaran ini mungkin ada benarnya. Kecuali bahagian di mana mereka bertukar menjadi abu dan ajaibnya, masih hidup. Namun, kita masih perlu berhati-hati okay?

Menurut panduan mengenai bahaya elektrik yang diterbitkan oleh Occupational Safety and Health Administration (OSHA), arus elektrik yang berukuran 1 milliamps (MA) boleh mengakibatkan sensasi sesemut dan sekiranya arus tersebut mencecah sehingga 75 MA, ia boleh menyebabkan serangan jantung, lantas membawa maut.

Perkara ini boleh terjadi ekoran pergerakan arus tersebut menuju ke jantung. Sekiranya seseorang itu terenjat, kebiasaannya sukar untuk mereka melepaskan punca renjatan tersebut kerana otot mereka alam mula mengecut dan tangan mereka akan menggenggam dengan lebih kuat lagi.

Buat anda yang belum tahu, renjatan elektrik ini akan menjadi lebih bahaya sekiranya ada kehadiran air. Disebabkan itu, ramai pakar tidak menggalakkan anda untuk menyentuh segala peralatan elektrik semasa tangan sedang basah, begitu juga ketika sedang banjir.

Bagaimana pula ketika hujan lebat dan banjir kilat? Hakikatnya, ada beberapa perkara yang anda perlu elak sekiranya cuaca sebegini menimpa tempat tinggal anda. Menurut The Center for Disease Control and Prevention (CDC), berikut adalah perkara yang diperkatakan:

#1. Berlegar di luar rumah

Perkara paling penting yang anda perlu lakukan ketika ribut petir adalah berlindung di dalam rumah. Jangan sesekali berada di kawasan terbuka seperti jalan raya, padang, taman atau pangkin. Sebaik sahaja terdengar atau terlihat kilat sabung-menyabung, segera masuk ke dalam rumah untuk berlindung.

#2. Mandi menggunakan shower

Jika rumah anda disambar kilat ketika anda sedang mandi menggunakan shower, maka anda dalam bahaya! Ini kerana voltan yang terhasil daripada ribut petir ini boleh mengalir melalui saluran paip air. Rancangan Myhtbuster pernah melakukan eksperimen mengenai perkara ini dan akibatnya, shower yang digunakan meletup dan terbakar. 

#3. Menyentuh struktur konkrit

Setiap struktur konkrit seperti bangunan, dinding atau lantai mempunyai wayar besi di dalamnya. Sama seperti paip air, voltan juga boleh mengalir melalui besi-besi ini. Jadi, jangan sentuh apa-apa sahaja struktur konkrit yang berada berdekatan ketika ribut petir sedang melanda untuk mengelakkan anda terkena renjatan.

#4. Menggunakan telefon berwayar

Telefon berwayar tidak lagi relevan kini. Jika anda masih mempunyainya, elakkan daripada menggunakannya ketika ribut petir kerana voltan boleh mengalir melalui sistem elektrik dan menyambar apa-apa peranti yang bersambung dengannya. Jika anda menggunakan smartphone pula, pastikan ia tidak bersambung dengan wayar pengecas, ya?

#5. Berbaring

Mungkin ramai dalam kalangan kita tahu bahawa kilat akan menyambar sesuatu yang tinggi terlebih dahulu. Pun begitu, berbaring adalah pilihan yang kurang tepat kerana kilat yang telah menyambar permukaan bumi masih berbahaya kepada anda. Posisi yang lebih tepat adalah anda perlu duduk bertinggung dengan kepala ditundukkan dan tapak tangan menekap telinga.

#6. Berlindung di bawah pokok

Jangan berlindung di bawah pokok semasa ribut petir kerana pokok terutamanya yang tinggi berisiko tinggi disambar petir. Dalam pad itu, kilat tersebut boleh melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Disebabkan manusia adalah konduktor elektrik yang baik, maka kilat tadi mungkin akan melompat kepada anda. Menakutkan, bukan? 

#7. Segala perkakas elektrik

Paling penting, anda perlu jauhkan diri daripada segala perkakas elektrik seperti televisyen, radio, pemain dvd, permainan video dan sebagainya. Ini kerana kilat sudah pasti boleh melalui kabel perkara elektrik seperti ini. Anda mesti pernah lihat kotak suis rumah anda menendang dan rumah anda blackout seketika, bukan? Ia bertujuan untuk melindungi isi rumah dari renjatan kilat.

Sekiranya terkena renjatan kilat, apa perlu dilakukan?

Sudah tentu, orang yang terkena renjatan pasti tidak mampu berbuat apa-apa. Jadi, individu yang berada dekat dengan mereka perlu memainkan peranan. Berikut merupakan langkah utama yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa:

#1. Jangan menyentuh mangsa

Jika anda terlihat ada individu yang cedera akibat renjatan kilat atau elektrik, jangan segera menghampirinya kerana mangsa mungkin masih mempunyai arus elektrik di dalam badan, atau anda juga akan menerima padahnya.

#2. Jauhi sumber elektrik

Selain menjauhi kilat semasa ribut petir dengan berlindung di dalam rumah, anda juga perlu menjauhkan diri dari segala sumber elektrik yang lain seperti wayar atau bahan pengalir elektrik seperti besi, dawai dan lain-lain. Pastikan anda menjauhinya kira-kira jarak 6 meter (20 kaki).

#3. Hubungi talian kecemasan

Jangan panik, dan seterusnya terus hubungi talian kecemasan 999. Tunggu sehingga bantuan tiba okay?

#4. Pastikan mangsa berada pada kedudukan yang betul

Ini adalah langkah yang berisiko, jadi pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda bakal buat sebelum melakukannya. Sementara menunggu bantuan tiba, anda perlu alihkan sumber tenaga elektrik dari mangsa secepat mungkin. Anda boleh mematikan kuasa utama di kotak fius. Sekiranya tidak berhasil, cuba pintas sumber tenaga elektrik ini menggunakan bahan penebat seperti kayu atau getah.

#5. Jangan tinggalkan mangsa

Sementara menunggu bantuan tiba, jangan tinggalkan mangsa. Ini kerana anda masih perlu memantau keadaan mereka kerana renjatan yang dialami mungkin akan menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai electroporation, di mana sel dalam badan pecah lalu mematikan tisu. Lebih menakutkan, ia juga mungkin menyebabkan luka terbakar, otot rosak serta tulang patah.

#6. Guna RCD

Apa itu RCD? Ia adalah alatan yang dapat melindungi anda dari kejutan elektrik akibat kilat semasa hujan ribut petir. Jadi, Hello Doktor sangat mencadangkan agar setiap rumah memasang alatan di dalam rumah bagi melindungi anda sekeluarga.

Konklusi

Kesimpulannya, berlindung di dalam rumah anda adalah jalan yang terbaik untuk mengelakkan kilat menyambar anda atau segala yang berdekatan dengan anda. CDC turut menyarankan anda untuk gunakan peraturan 30-30 untuk menghadapi ribut petir. Jika anda terdengar atau terlihat kilat di langit, mula kira hingga 30 saat untuk anda memasuki rumah. Hadkan aktiviti anda sekurang-kurang 30 minit selepas kilat yang terakhir.

Jadi, jika ibu anda minta untuk angkat kain jemuran di luar rumah apabila ribut petir sedang melanda, lakukannya secepat mungkin dalam masa 30 saat, jika boleh.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hati-hati Melancong Dengan Kereta Ketika Musim Banjir!

    Jika anda sedang dalam perjalanan melancong dengan kereta dan kawasan tersebut banjir, apa yang anda perlu lakukan? Klik artikel untuk tahu selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 24/10/2019 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Bau Hujan BOLEH Kurangkan Stress? Ini 5 Bauan Lain Yang Berkesan!

    Selalunya kita akan rasa leceh atau renyah kalau hujan, apatah lagi dalam musim hujan sekarang ini. Tetapi tahu tak bau hujan boleh mengurangkan stres?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Rider Jalan Raya, Ini 6 Tip Menunggang Semasa Hari Hujan!

    Buat rider di luar sana, ada perkara yang anda perlu tahu jika anda perlu menunggang motosikal semasa hari hujan. Klik artikel untuk tahu lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/10/2019 . 4 minit bacaan

    10 Cara Bertahan Semasa Musim Selesema dan Flu

    Menurut kajian, orang dewasa boleh dijangkakan menghidap sebanyak dua atau tiga kali selesema dalam setahun dan lebih kerap semasa musim selesema

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 01/06/2018 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Bahaya Fenomena Hujan Asid, Ia Boleh Sebabkan Individu Alami Radang Paru-paru?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/01/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan mitos

    Jangan Percaya Mitos Perubatan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
    elektrik

    Elak Terkena Renjatan Elektrik Semasa Musim Banjir

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019 . 2 minit bacaan
    banjir kilat

    Alamak! Terperangkap Dalam Kereta Ketika Banjir Kilat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 24/10/2019 . 2 minit bacaan