Bukan Sekadar Kopi, Kenali Sumber Kafein yang Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019

Tahukah anda, variasi dalam genetik menyebabkan 70% daripada populasi dunia terkesan dengan ransangan kafein manakala selebihnya tidak. Kajian mendapati ini adalah disebabkan perbezaan pada gen ADORA2A yang dikaitkan dengan gangguan tidur kesan peningkatan pengambilan sumber kafein. Jika anda berada dalam golongan 70% tersebut, anda pasti tahu bagaimana rasanya kafein membantu anda kekal segar untuk memulakan kerja di pagi hari.

Pengambilan kopi atau teh merupakan sumber kafein yang paling popular di dunia, namun kafein sebenarnya bukanlah terhad kepada sebatian semulajadi ini sahaja. Terdapat beberapa makanan, minuman, dan juga ubat-ubatan yang mengandungi sejumlah besar kafein. Jika anda mengambilnya sebelum waktu tidur, ini mungkin akan mengganggu tidur anda. Bahkan “kopi tanpa kafein” sendiri mengandungi sekurang-kurangnya dua hingga 12 miligram kafein, yang cukup untuk meransang anda daripada melelapkan mata.

Oleh itu, kenali sumber kafein yang lain seperti makanan atau minuman berikut:

1. Coklat

coklat, kafein

Kafein secara semula jadi ditemui dalam biji koko, jadi kebanyakan coklat mempunyai kafein. Jumlah kafein dalam coklat berbeza-beza, bergantung kepada bahan-bahan bar coklat, tetapi secara amnya, lebih gelap coklat tersebut, lebih banyak kafeinnya. Satu bar coklat Hershey’s Special Dark, sebagai contoh, mempunyai kira-kira 31 miligram (jumlah yang hampir sama dengan satu tin minuman cola).

2. Aiskrim dan Yogurt beku

aiskrim

Jika anda menggemari aiskrim atau yogurt beku perisa coklat atau kopi, kandungan kafein dalam hidangan tersebut mungkin mencecah sehingga 30 ke 45 miligram.

3. Minuman Tenaga

minuman tenaga

Kebanyakan jenama minuman tenaga mengandungi 2 ramuan utama: gula dan kafein. Biasanya, satu tin minuman tenaga boleh mengandungi lebih daripada 80 miligram kafein

4. Bijirin Sarapan

bijirin sarapan, kafein

Bijirin sarapan yang berperisa coklat mungkin mengandungi sehingga 11 miligram kafein. Semak label makanan anda untuk mengenal pasti kandungan kafein tersembunyi.

4. Puding

puding, kafein, kopi

Jika puding adalah makanan kegemaran, anda mungkin terkejut mengetahui bahawa ia juga mungkin mengandungi kafein sehingga 10 miligram kafein, terutama jenis rasa coklat. Oleh itu, mengambil puding sebelum tidur mungkin bukanlah hidangan yang paling sesuai.

5. Minuman Koko panas

Dalam renyai hujan di waktu malam, menikmati minuman koko panas mungkin sangat menenangkan tetapi ia juga boleh membuat anda tidak dapat melelapkan diri. Campuran koko panas mungkin mengandungi sehingga 9 miligram kafein. Daripada menikmatinya di waktu malam, anda boleh menggantikan rutin pagi anda dengan hidangan ini yang kurang kandungan kafein, iaitu 1/10 sahaja daripada secawan kopi.

6. Ubat-ubatan PMS

ubat-ubatan PMS

Walaupun ubat-ubatan ini membantu melegakan sakit senggugut dan masalah haid yang lain, banyak jenama ubat PMS popular menggabungkan kafein ke dalam produk mereka. Panadol Menstrual, contohnya mengandungi sehingga 65 miligram kafein. Ini kerana kafein adalah diuretik (membuatkan anda kencing), jadi ia mengurangkan masalah kembung. Tetapi jika anda mengalami kesakitan pada waktu malam, ubat-ubatan ini mungkin menganggu tidur anda.

7. Ubat Tahan Sakit

panadol extra

Anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa kafein adalah bahan tambahan yang biasa dalam kebanyakan ubat sakit kepala. Kajian mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kesan kelagaan daripada aspirin dan acetaminophen. Tetapi kerana kafein bersifat sebagai perangsang, anda mungkin mahu memikirkan semula sebelum mengambilnya pada waktu tidur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Penggemar Kopi Segera? Baca Ini Dulu Sebelum Sediakan Minuman Berbuka Nanti!

    Anda mungkin gemarkan kopi 3 in 1 atau kopi segera seperti Nescafe atau Essenso. Namun, ada yang mengatakan kopi segera mungkin tidak begitu bagus. Mengapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Posisi tidur pasangan suami isteri boleh membawa 1001 maksud tersirat. Konflik di dalam rumah tangga dan kebahagiaan, semuanya boleh dilihat ketika tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Bulan Ramadan sudah tiba. Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan pada waktu bersahur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

    Anda mungkin pernah mendengar mengenai khasiat kombucha atau teh cendawan Mekah ini. Tetapi adakah anda tahu, teh kombucha juga mempunyai mudaratnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    pinggan viral

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    cara-meningkatkan-kecerdasan-otak

    Bukan Saja Badan, Otak Pun PENTING Untuk Dijaga. Bagaimana? Ini Caranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    pemanis buatan

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/05/2020