backup og meta

Saintis Kata Ubat Anti Radang Boleh Terukkan Simptom COVID-19, Tapi…

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/04/2020

    Saintis Kata Ubat Anti Radang Boleh Terukkan Simptom COVID-19, Tapi…

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Hari demi hari, kita mengharapkan saintis dan golongan berpelajaran tinggi untuk tampil dengan kaedah rawatan bagi wabak virus korona baharu (COVID-19) yang kelihatan semakin serius.

    Berikut adalah statistik terkini penularan COVID-19 di negara kita:

    [covid_19]

    Namun, ia tidaklah semudah seperti yang kita sangkakan. Buat masa ini, rawatan hanya tertumpu kepada simptom COVID.

    Pelbagai jenis kajian telah menunjukkan sifat unik yang dimiliki oleh virus ini sebelum ia diisytiharkan sebagai jangkitan pandemik.

    Artikel berkaitan:

    Antaranya adalah virus ini boleh hidup di luar badan manusia selama 9 hari dan ia boleh menyebabkan kadar kematian tinggi dalam kalangan pesakit kronik.

    Terbaru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan supaya pesakit yang mengalami simptom COVID untuk menjauhi ubat anti radang seperti ibuprofen.

    Menurutnya, pengambilan ubat tersebut boleh menyebabkan kesan virus menjadi bertambah teruk.

    Nak tahu kenapa? Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

    Elakkan ubat anti radang, ambil paracetamol untuk rawat simptom COVID

    simptom covid

    Ubat seperti ibuprofen tergolong dalam pengelasan ubat anti radang bukan steroid (NSAID) yang sering digunakan bagi merawat simptom COVID seperti demam atau sakit badan.

    Berikut adalah simptom dan komplikasi COVID-19:

    mengelakkan anak menyentuh muka

    Kita tahu demam bukanlah satu keadaan yang memberikan keselesaan terutamanya jika ia hadir bersama dengan simptom lain. Oleh sebab itu, jika suhu badan anda panas, anda akan diberikan ubat anti demam atau anti radang bagi mengurangkan tahap keterukan simptom tersebut.

    Walau bagaimanapun, baru-baru ini, pihak berkuasa Perancis dan WHO telah mengeluarkan kenyataan supaya mereka yang mengalami simptom COVID untuk elak ubat anti radang.

    Ia berdasarkan satu kajian terbitan Lancet pada 11 Mac 2020 yang diterajui oleh Lei Fang, George Karakiulakis dan Michael Roth.

    Dalam kajian tersebut, mereka membuat hipotesis bahawa punca kematian utama kepada kebanyakan kes COVID adalah kecenderungan untuk sel badan menghasilkan reseptor yang dikenali sebagai angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2). 

    Reseptor tersebut kebiasaannya dihasilkan oleh sel epitelial pada organ paru-paru, buah pinggang dan salur darah. Virus korona yang menyebabkan simptom COVID berupaya untuk menjangkiti individu melalui reseptor tersebut.

    Penggunaan ubat angiotensin-converting enzyme inhibitor (ACE-i) yang sering diambil oleh mereka yang menghidap penyakit hipertensi dan masalah jantung boleh meningkatkan jumlah reseptor ACE2.

    Ini membuatkan golongan yang menghidap penyakit kronik berisiko tinggi untuk mendapat simptom teruk.

    Mereka yang mengambil ubat anti radang seperti ibuprofen dan aspirin juga mempunyai risiko yang sama. Semakin tinggi jumlah reseptor ACE2, semakin banyak virus yang boleh menjangkiti. Ia seterusnya akan menyebabkan simptom yang lebih teruk.

    Menurut jurucakap WHO, Christian Lindmeier, pakar daripada Agensi Kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) sedang mengkaji akan kebenaran hipotesis kajian tersebut. Namun, buat masa sekarang, ambil paracetamol dan elakkan ibuprofen.

    Sekadar hipotesis dan tiada penemuan saintifik yang sah

    simptom covid

    Walaupun WHO telah mengeluarkan kenyataan larangan sebagai langkah berjaga-jaga, namun ramai pakar yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

    Ibuprofen merupakan ubat yang agak terkenal dan telah digunakan selama lebih daripada 30 tahun bagi merawat simptom demam dan melegakan kesakitan badan.

    Setakat ini, kajian yang diterbitkan oleh Laman Jurnal Ternama, Lancet itu hanyalah hipotesis semata-mata. Tiada bukti saintifik yang mengaitkan penggunaan ubat ibuprofen dengan tahap keagresifan jangkitan COVID.

    Anda mungkin berminat untuk membaca:

    Perkara ini turut diutarakan oleh Dr Michele Barry yang merupakan Pengarah Pusat Inovasi Dalam Kesihatan Global di Universiti Stanford.

    Tiada data yang boleh dijadikan panduan ahli perubatan klinikal untuk menegah penggunaan ubat anti radang dalam kalangan pesakit COVID.

    Setakat ini, banyak organisasi berkaitan yang sedang bekerjasama dengan WHO, Agensi Perubatan Eropah (EMA) dan pihak berkuasa kesihatan lain bagi mengesahkan kebenaran di sebalik kenyataan tersebut.

    Sekiranya ia merupakan satu kajian yang sah dan disokong oleh kajian saintifik yang lain, kita mempunyai idea sedikit sebanyak berkenaan dengan hala tuju perubatan bagi mengurangkan kadar kematian COVID.

    Rawatan demam bagi melegakan simptom COVID. Baik atau memudaratkan?

    simptom covid

    Kita tidak perlu risau akan kemudaratan yang bakal disebabkan oleh ubat ibuprofen terhadap tahap keterukan simptom. Apa yang perlu kita fikirkan adalah tindakan melegakan simptom demam ketika sedang mengalami jangkitan virus korona baharu.

    Demam bukanlah satu mekanisme yang membantu perkembangan virus, ia merupakan sistem pertahanan badan yang direka untuk membunuhnya.

    Kenaikan suhu badan yang berlaku ketika jangkitan merupakan interaksi di antara pusat kawalan suhu di otak dan isyarat kimia yang dikenali sebagai pirogen (pyrogen).

    Pirogen seperti molekul interleukin 1 dirembeskan oleh sel darah putih apabila terdapat mikroorganisma yang cuba menembusi sistem pertahanan badan.

    Fenomena kenaikan suhu tersebut dianggap keadaan persekitaran dalaman yang ideal untuk sel darah putih membasmi virus korona.

    Berikut adalah cara terbaik untuk melawan COVID-19:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/

    Namun, persoalannya di sini, adakah kita patut memberikan ubat anti demam atau anti radang kepada pesakit? Bukankah ia akan mengganggu fungsi optimum sistem pertahanan badan? Jika dilihat pada konteks klinikal (praktikal), ini merupakan satu keputusan yang rumit. 

    Demam, walaupun baik untuk badan kadangkala boleh membunuh. Namun, pelbagai jenis kajian telah menunjukkan bahawa pengurangan suhu badan boleh menyebabkan seseorang itu berjangkit dalam satu jangka masa yang lama.

    Sistem pertahanan badan berfungsi lebih baik pada suhu badan tinggi. Bahkan kebanyakan haiwan yang sakit (terutamanya reptilia) pun akan menjemurkan badan mereka di bawah matahari untuk melawan jangkitan.

    Namun, peningkatan 1 darjah selsius lebih daripada suhu badan normal boleh menyebabkan kenaikan kadar proses metabolik badan setinggi 12%.

    Maka, sama ada pemberian ubat anti demam untuk pesakit yang mengalami simptom COVID itu perlu ataupun tidak bergantung kepada situasi klinikal dan perlu diakses oleh doktor yang berpengalaman.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    Setakat ini, tiada kajian saintifik yang menunjukkan data secara terang-terangan berkenaan dengan kesan ubat anti radang terhadap tahap keterukan simptom COVID.

    Jika anda disarankan oleh doktor untuk mengambil ubat yang berupaya menaikkan reseptor ACE2 seperti aspirin, ibuprofen dan ACE-i, patuhi arahan tersebut. Walau bagaimanapun, jika ada keraguan, tiada masalah untuk anda bertanya.

    Pengamalan sistem perubatan di Malaysia sentiasa berteraskan kajian saintifik yang terbukti memberikan kebaikan kepada komuniti sejagat.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan