Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

44 Individu MAUT Kerana Percaya 'Petua Cegah' COVID-19, Jangan Main Share Saja!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sekarang ini, macam-macam petua dan berita palsu COVID-19 tersebar dalam media. Malangnya, khabar angin tersebut adakalanya tidak sahih dan boleh mendatangkan impak negatif.

Setakat ini, di Malaysia, kes positif adalah berjumlah:

Kesan percaya berita palsu COVID-19

Akibat percayakan khabar angin tentang pengambilan minum alkohol dapat membantu menyembuhkan diri daripada jangkitan coronavirus, seramai 44 individu warga Iran menemui ajal.

Berdasarkan laporan agensi berita Islamic Republic News Agency (IRNA), kematian yang berlaku adalah disebabkan penyebaran berita yang mengatakan alkohol dapat merawat wabak korona.

covid

Tetapi malangnya minuman alkohol yang diproses secara haram itu menyebabkan keracunan.

Ramai mangsa terdesak untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan. Ia sekali gus mendorong mereka untuk mengambil minuman tersebut yang dibuat secara haram.

Iran merupakan antara negara Islam di Asia Barat yang terjejas terus akibat ancaman COVID-19 selain daripada China, negara pertama mencatatkan penularan wabak ini.

5 berita palsu COVID-19 perlu dihindari

Apabila kita berdepan dengan situasi terdesak, kita memang mudah mempercayai apa sahaja berita yang tersebar.

Walau bagaimanapun, sikap mudah percaya dengan sewenang-wenangnya sesuatu khabar angin tanpa usul periksa adalah berbahaya.

Berikut Hello Doktor kongsikan 5 berita palsu COVID-19 yang kononnya dapat membantu merawat mahupun mencegah penularan wabak ini.

Mungkinkah anda antara individu yang mempercayainya?

  1. Bawang putih

Berita Palsu COVID-19, Jangan Mudah PERCAYA

Jika di Malaysia, heboh khabar angin tentang lauk Singgang yang kononnya dapat membantu merawat virus korona, keadaan di luar negara juga tidak jauh bezanya.

Tular di media sosial Facebook yang mengesyorkan pemakanan bawang dapat mencegah jangkitan virus COVID-19. Adakah ia berita palsu COVID-19 atau fakta yang benar?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), walaupun ia adalah sejenis makanan yang terbukti mempunyai beberapa manfaat antimikrob, namun tidak terdapat sebarang bukti untuk mengesahkan bawang putih dapat melindungi individu daripada jangkitan COVID-19.

Dalam kebanyakan kes, pengambilan bawang putih sebagai cara untuk mencegah virus korona tidak akan membahayakan diri selagi seseorang individu itu mengikuti nasihat perubatan.

Tetapi ia mungkin akan mendatangkan beberapa risiko yang tidak diketahui untuk jangka masa panjang.

The South China Morning Post melaporkan kisah seorang wanita terpaksa menerima rawatan hospital untuk merawat kerongkongnya yang parah selepas mengambil 1.5 kg bawang putih mentah.

Tidak salah untuk mencuba kaedah rawatan semula jadi untuk mencegah jangkitan. Apatah lagi buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan. Tetapi jangan secara berlebihan atau ia mungkin menyebabkan masalah kesihatan lain, okay?

  1. Air ajaib

Seorang pemegang akaun YouTube yang mempunyai ramai pengikut, Jordan Sather mendakwa bahawa 1 suplemen mineral ajaib yang dipanggil MMS dapat menghapuskan virus corona.

Menerusi khabar angin ini, dia mengatakan MMS bukan sahaja berfungsi sebagai pembunuh sel kanser, tetapi turut membantu melawan jangkitan COVID-19. MMS tersebut mengandungi klorin dioksida – agen peluntur.

US Food and Drugs Administration (FDA) telah mengeluarkan amaran tentang bahaya pengambilan MMS kepada kesihatan. Tidak terdapat bukti produk tersebut dalam merawat sebarang penyakit.

Lebih membimbangkan, MMS bukan sahaja tidak dapat merawat jangkitan COVID-19, bahkan memberikan kesan bahaya lain seperti loya, muntah, cirit-birit dan masalah dehidrasi yang teruk.

Bahaya juga kalau berita palsu COVID-19 yang sebegini tersebar dan dipercayai dengan semudahnya tanpa usul periksa. Boleh bawa mudarat kepada kesihatan!

  1. Gel pembersih buatan sendiri

khabar-angin

Sama ada di drugstore, kedai runcit biasa atau di mana sahaja, isu kehabisan gel pembersih tangan (hand sanitizer) sudah lama berlaku sejak penularan wabak coronavirus.

Timbul pula khabar angin di media sosial tentang pembuatan gel pembersih sendiri. Tetapi boleh ke anda membuat gel pembersih tangan sendiri?

Anda pasti pernah mendengar tentang kandungan alkohol di dalam gel pembersih tangan, bukan? Biasanya jumlah alkohol dalam gel pembersih sebanyak 60 hingga 70% turut mengandungi emolien – berfungsi membuatkan ia lembut pada kulit.

Menurut seorang Profesor di London School of Hygiene and Tropical Medicine, Profesor Sally Bloomfield, sukar untuk individu menghasilkan produk gel pembersih di rumah mengikut kandungan alkohol yang disarankan.

  1. Minum air setiap 15 minit

1 post yang kononnya ditulis oleh seorang doktor Jepun menyatakan, meminum air setiap 15 minit akan dapat menyingkirkan sebarang virus yang memasuki mulut daripada badan.

Menariknya salinan hantaran versi Arab telah mendapat perkongsian lebih daripada 250,000 kali, banyak bukan? Tetapi betul ke?

Seorang Profesor di University of Oxford, Profesor Trudie Lang menyangkal dakwaan tersebut. Tiada mekanisme biologi yang dapat menyokong idea ini.

Jangkitan seperti virus korona akan merebak melalui saluran pernafasan, malah mungkin ada yang masuk melalui mulut. Tetapi kerap minum air tidak akan menghalang jangkitan tersebut.

Walau bagaimanapun, daripada aspek kesihatan lain, meminum air dalam jumlah yang diperlukan akan membantu badan kekal terhidrasi dan sudah tentu ia bagus untuk diamalkan. Tetapi jangan pula terlebih minum air, okay?

  1. Haba panas

Berita Palsu COVID-19, Jangan Mudah PERCAYA

Khabar angin paling tular yang kononnya dapat melawan jangkitan virus COVID-19 adalah berkenaan dengan cuaca panas. Hadir dalam pelbagai variasi, namun pucuk pangkalnya ramai yang mempercayai haba boleh membunuh virus ini.

Dalam 1 hantaran yang kononnya dibuat oleh UNICEF Cambodia dan mendapat perkongsian ramai pengguna sosial media menyatakan meminum air panas dan terdedah kepada cahaya matahari akan membunuh virus tersebut.

Namun, penularan khabar angin itu tidak sahih sama sekali. Ini kerana walaupun virus flu akan mati apabila berada di luar badan sewaktu cuaca panas, namun kesan haba kepada virus COVID-19 masih tidak dapat ditentukan lagi.

Semak kesahihan khabar angin

Jika anda mendengar sebarang khabar angin tentang COVID-19, cara terbaik sebelum mempercayai dan berkongsi dengan individu lain adalah untuk menyemak kesahihannya terlebih dahulu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 06/05/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x