Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Hati-hati Dengan Penyebar Virus Dalam Diam!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Terdapat satu golongan yang perlu kita takuti sepanjang berada dalam musim wabak virus korona baharu (COVID-19). Mereka dikenali sebagai silent spreader atau penyebar virus dalam diam.

COVID-19 merupakan virus wabak yang agak licik. Jarak masa di antara jangkitan dan simptom (tempoh pengeraman) yang panjang membolehkan ia tersebar dengan mudah. 

Ini berikutan mereka yang tidak mempunyai simptom lebih cenderung untuk tidak memakai topeng muka, mengamalkan jarak sosial atau membasuh tangan secara kerap.

Jumlah kes positif COVID-19 global telah melebihi angka setengah juta dan angka kematian sedang merangkak naik, hampir mencecah 30,000 individu. Di Malaysia pula:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,970

Disahkan

6,531

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

Simptom tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi mengesan penyebar virus

penyebar virus

Penyebar COVID-19 yang tidak mempunyai simptom bukan sahaja terdiri daripada individu yang baru kali pertama dijangkiti oleh virus tersebut. Mereka yang telah sembuh juga boleh dijangkiti semula dan menjadi penyebar virus dalam diam.

Perkara ini telah disahkan oleh laporan pihak Hospital Wuhan yang menunjukkan kira-kira 5-10% pesakit yang telah disahkan sembuh, mendapat keputusan ujian saringan COVID-19 positif semula.

Mereka yang melalui fasa ini kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang simptom. Dapatan ini menunjukkan pengakhiran wabak sukar untuk berlaku dalam masa terdekat. Jika langkah pencegahan diabaikan oleh mereka yang sembuh, kita bakal berhadapan dengan lonjakan kes pada gelombang serangan ketiga.

Bagi individu yang dijangkiti terutamanya jika mereka mendapat jangkitan selepas sembuh, simptom tidak boleh dijadikan kayu ukur. Pengambilan suhu boleh dilakukan namun mereka biasanya tidak menunjukkan simptom demam dan masih berupaya untuk menyebarkan virus kepada individu lain.

covid

Apabila dilihat semua jarak masa di antara mereka disahkan sembuh daripada jangkitan COVID-19 hingga mereka disahkan positif semula, ia berbeza mengikut individu.

Ada yang disahkan positif selepas beberapa hari dan ada juga yang positif semula selepas beberapa minggu. Adakah ini bermakna jangkitan semula boleh berlaku kepada mereka yang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19?

Ahli virologi berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu telah sembuh daripada jangkitan COVID-19, kebarangkalian mereka untuk mendapat jangkitan kedua daripada virus yang sama amat rendah. 

Walau bagaimanapun, banyak yang kita tidak tahu berkenaan dengan jangkitan ini. Tindakan lanjut perlu diambil berdasarkan bukti klinikal yang ada. Oleh sebab golongan tersebut didapati positif semula, maka tindakan yang wajar adalah untuk mengkuarantinkan mereka.

Situasi di China, mungkinkah penyebar virus mendapat keputusan virus korona negatif palsu?

Apa yang berlaku kepada golongan yang disahkan positif semula selepas sembuh adalah satu perkara yang menakutkan. Ia seolah-olah virus tersebut hanya melalui tempoh dorman sebelum menular kepada individu lain melalui penyebar virus tanpa simptom.

Jika kita kenang kembali kisah Dr Li Wenliang, seorang pakar oftamologi (mata) yang memberikan amaran berkaitan dengan kluster jangkitan paru-paru seakan-akan sindrom pernafasan akut teruk (SARS), beliau telah disahkan negatif beberapa kali.

3 Perbezaan Novel Coronavirus Dan SARS Coronavirus Yang Anda Perlu Tahu!

Hanya pada 30 Januari 2020, Dr Li telah disahkan positif dan menghembuskan nafas terakhir pada 7 Februari 2020. 

Ini bermakna, berkemungkinan ujian asid nukleik yang dijalankan terhadap beliau memberikan keputusan negatif palsu sebelum beliau didiagnosis.

Menurut Pengarah Akademi Perubatan Sains di China, Wang Chen ketepatan ujian asid nukleik yang dijalankan untuk mengesan virus korona hanyalah pada kadar 30 hingga 50%. 

Mungkin ketika pesakit kelihatan sudah sembuh (tiada simptom), virus tersebut masih aktif di dalam badan pesakit. Mereka yang mendapat keputusan negatif palsu berisiko untuk menjadi penyebar virus dalam diam.

Mungkin anda ketakutan sekarang. Walau bagaimanapun, menurut Dr Jeffrey Shaman, seorang Profesor Sains Kesihatan dan Persekitaran dari Universiti Columbia, kita tidak boleh mengabaikan kemungkinan keputusan tersebut merupakan positif palsu.

Oleh sebab ujian yang dibuat ke atas sampel berupaya untuk mengutip serpihan kecil DNA virus terdahulu, ia boleh memberikan keputusan positif palsu.

Sebagai orang awam, kita tidak berapa memahami isu ralat klinikal yang boleh terjadi sepanjang pesakit dirawat di hospital. Jadi, langkah terbaik untuk elak daripada dijangkiti oleh penyebar virus dalam diam adalah dengan menggunakan pendekatan jarak sosial.

Tip Menjaga Social Distancing di rumah

Social distancing atau penjarakan sosial bukan je perlu dilakukan di luar rumah. Di dalam rumah juga perlu, terutamanya kalau ada ahli keluarga yang menunjukkan simptom.

Posted by Hello Doktor on Friday, March 27, 2020

Jarak sosial, langkah terbaik untuk hindar penyebar virus korona dalam diam

Virus yang menjangkiti sistem pernafasan akan masuk ke dalam sel sihat yang berada di hidung, tekak dan paru-paru. 

Ia akan menggunakan sel tersebut sebagai kilang untuk menghasilkan lebih banyak virus bagi menawan tubuh badan dan melawan sistem imun yang bekerja kuat untuk membasmi jangkitan kuman.

Apabila ujian saringan menunjukkan keputusan positif, ini bermakna anda boleh menyebarkannya kepada individu lain walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom. 

Penyebar virus dalam diam boleh dianggap sebagai sumber jangkitan virus yang seakan-akan halimunan. Tanpa sebarang ujian, kita tidak akan tahu keupayaan mereka untuk menjangkiti individu lain.

Oleh sebab jangkitan boleh berlaku melalui penyebaran titisan udara ketika pesakit batuk, bersin atau bercakap, amat penting untuk kita berada pada jarak yang bersesuaian dengan aktiviti sosial. 

MENGEJUTKAN! Virus Korona Boleh Merebak Melalui Udara?

Jika anda sedang bercakap dengan individu lain, pastikan anda berada pada jarak sekurang-kurangnya 1 meter. Kalau tiada interaksi sosial kekalkan jarak lebih daripada dua meter.

Dalam dunia yang masih tiada lagi ubat untuk merawat COVID-19 atau vaksin untuk menghindarkannya, kita perlu berhati-hati terutamanya dengan golongan penyebar virus yang tiada simptom.

Menurut kajian yang dibuat oleh Ruiyun Li et al, sebelum China mengenakan sekatan terhadap pergerakan antarabangsa pada penghujung Januari 2020, 86% daripada kes disebarkan melalui kes COVID-19 yang tidak didokumentasikan.

Ini bermakna mereka tidak menunjukkan sebarang simptom dan berkontak rapat dengan individu lain sehingga menyebabkan jangkitan. 

Kita perlu memahami bahawa, buat masa ini, senjata yang paling berkesan adalah dengan mengamalkan konsep jarak sosial selain daripada langkah pencegahan basuh tangan dan pemakaian topeng muka ketika sakit.

Konklusi

penyebar virus

Bagi membendung wabak COVID-19 yang kian agresif, kita perlu mematuhi arahan kawalan pergerakan terutamanya di kawasan zon merah.  

Penyebar virus dalam diam merupakan ancaman kepada tahap kesihatan masyarakat. Apa yang lebih menyedihkan adalah individu tersebut tidak tahu pun mereka merupakan punca kepada penyebaran tersebut.

Maka, pada waktu ini, eloklah kita mengawal gerak geri kita dan mengamalkan apa yang telah disarankan oleh pihak berkuasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

    Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

    Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

    Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

    Artikel lain untuk anda

    tempat kerja

    Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    ibu-hamil-positif-covid-19-kesannya-yang-perlu-diketahui

    Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    sakit kerongkong

    Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    kes terkini

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020