backup og meta

Terkini! Organ Rosak Teruk Sebab COVID-19, Pesakit Sembuh Lepas Jalani Pemindahan Peparu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/08/2020

    Terkini! Organ Rosak Teruk Sebab COVID-19, Pesakit Sembuh Lepas Jalani Pemindahan Peparu

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Seorang pesakit COVID-19 telah berjaya diselamatkan dengan pemindahan organ paru paru melalui prosedur double-lung transplant di Chicago.

    Prosedur ini merupakan yang pertama dijalankan di Amerika Syarikat. Sebelum ini, prosedur yang sama telahpun dijalankan di China ke atas 6 orang pesakit yang telah dijangkiti COVID-19.

    Menurut Huang Jeifu, Pengerusi Agensi Derma dan Pemindahan Organ China, hanya pesakit COVID-19 yang pulih namun mempunyai kerosakan organ yang serius sahaja akan diberi peluang untuk menjalani pemindahan organ.

    Sebelum baca dengan lebih lanjut, mari periksa statistik terkini COVID-19:

    [covid_19]

    Pemindahan organ paru paru COVID-19 pertama di Amerika Syarikat

    Pesakit tersebut dirawat di Northwestern Memorial Hospital, Chicago berumur dalam lingkungan 20 tahun dan telah bergantung kepada mesin sokongan hayat selama 6 minggu.

    Disebabkan virus COVID-19 telah merosakkan kedua-dua belah paru-parunya, doktor terpaksa melakukan double lung transplant untuk menyelamatkan nyawanya.

    Menurut Dr. Ankit Bharat, seorang pakar bedah kardiotorasik daripada Northwestern Memorial Hospital, pemindahan paru-paru merupakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan wanita tersebut.

    Menurutnya lagi, pembedahan yang dilakukan ke atas pesakit wanita itu merupakan pembedahan yang paling kompleks yang pernah beliau lakukan.

    Kerosakan pada paru-paru wanita tersebut merupakan yang paling teruk pernah beliau saksikan.

    pemindahan paru paru
    Paru-paru milik pesakit COVID-19. Kredit gambar @Northwestern Medicine)

    Selama dua bulan, wanita tersebut terpaksa ditahan di ICU dan bergantung nyawa kepada ventilator dan juga mesin EMCO, mesin yang mengepam dan menyalurkan oksigen kepada darah di luar badan.

    Walaupun pesakit tersebut telah bebas daripada virus korona, kerosakan yang telah terjadi kepada paru-parunya tidak dapat dipulihkan.

    Pada Jun lepas, keadaan wanita tersebut menjadi semakin tenat. Oleh itu, doktor mengambil keputusan untuk melakukan double-lung transplant dengan harapan nyawa wanita itu dapat diselamatkan.

    Anda mungkin berminat:

    Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

    Prosedur pemindahan organ paru paru sukar dan mencabar

    Menurut Dr Bharat lagi, prosedurnya sangat mencabar lebih-lebih lagi untuk pesakit yang telah dijangkiti COVID-19.

    Pesakit COVID-19 perlu disahkan negatif daripada penyakit tersebut sebelum layak menjalani prosedur pemindahan paru-paru.

    Menurut Mayo Clinic, pemindahan organ paru paru tidak akan dijalankan ke atas individu yang mempunyai jangkitan yang masih aktif.

    Ini kerana mereka perlu mengambil ubat yang bertindak mengurangkan respons sistem imun badan (immune-suppressing drug) selepas pembedahan.

    Dr. Beth Malsin berkata, wanita tersebut merupakan pesakit yang paling kritikal semasa berada di ICU dan mungkin di seluruh hospital.

    Menurutnya lagi, mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk menjaga wanita tersebut.

    Mereka juga memastikan supaya dia dapat meneruskan hidup dan kekal sihat sehinggalah sampai waktu untuk wanita tersebut menerima organnya.

    pesakit covid-19
    Imbasan X-ray milik pesakit COVID-19 sebelum pemindahan organ. (Kredit gambar @ Northwestern Medicine)

    Kedua-dua usaha inilah yang berjaya membantu wanita tersebut untuk kekal hidup walaupun dijangkiti COVID-19.

    Prosedur pembedahan mengambil masa 10 jam untuk disiapkan. Disebabkan paru-paru wanita tersebut melekat pada kawasan dinding dada, pembedahan jadi amat sukar untuk dilakukan.

    Semasa pembedahan, beliau mendapati tiada lagi bahagian paru-paru yang elok dan baik tinggal di dalam badan wanita tersebut.

    Anda mungkin berminat:

    • Risiko Masih Ada Biarpun Sembuh Dari Virus Korona? Pesakit Mati Lepas 5 Hari Negatif COVID-19

    • COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Muda bukan bermaksud bebas daripada COVID-19

    Jarang untuk wanita muda dalam lingkungan usia 20-an untuk dijangkiti COVID-19 dengan teruk. Lebih-lebih lagi apabila pesakit tersebut bukan daripada golongan yang berisiko.

    pemindahan organ

    Wanita tersebut juga tidak mempunyai penyakit lain yang boleh buatkan sistem imunnya terjejas.

    Malah, pesakit tersebut juga mempunyai kesihatan yang baik sebelum dijangkiti virus korona.

    Menurut Bharat lagi, wanita muda itu kini dalam keadaan stabil dan sedang berehat untuk proses pemulihan. Dia sudah mampu tersenyum dan menggunakan aplikasi Face Time untuk berhubung dengan keluarganya.

    Walau bagaimanapun, wanita tersebut masih lagi bergantung pada ventilator dan perlu makan ubat untuk elakkan badannya daripada menolak paru-paru yang baru dipindahkan.

    Tidak cukup penderma untuk pemindahan organ paru-paru

    Walaupun pemindahan paru-paru boleh menjadi penyelamat bagi pesakit COVID-19, tapi bukan semuanya layak untuk mendapatkan pemindahan.

    Pesakit yang berisiko seperti mereka yang mempunyai penyakit lain selain COVID-19 juga berkemungkinan besar tidak akan mendapat peluang untuk menjadi penerima organ.

    Hanya 15% daripada organ paru paru yang didermakan boleh digunakan untuk pemindahan. Bilangannya rendah kerana paru-paru yang rosak selalunya akan ditolak.

    Walau bagaimanapun, satu teknik yang dinamakan ex vivo lung perfusion boleh digunakan untuk memperbaiki organ tersebut.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 11/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan