Guna Media Sosial Untuk Diagnosis Masalah Alat Sulit Atau STD, Ini Sebab Kenapa Ia Bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 mins read

Bagi penulis, masalah alat sulit adalah sesuatu yang sangat peribadi. Jadi, jika penulis ada sebarang kebimbangan mengenainya, penulis akan terus berjumpa dan berbincang dengan doktor.

Tetapi, ada juga individu yang menggunakan media sosial untuk berkongsi masalah alat sulit mereka sesama pengguna yang lain! Biar betul?

Trend yang merisaukan

Kini, sedang tular satu trend di mana individu yang ada masalah pada alat sulit akibat sexually transmitted diseases (STD) menggunakan sebuah forum di media sosial Reddit untuk mendapatkan ‘diagnosis’.

Apa yang merisaukan pakar adalah mereka yang mengepalai atau mengendali forum r/STD ini tidak mempunyai kelayakan kedoktoran.

Selain itu, media sosial Reddit ini juga telah digunakan untuk berkongsi gambar alat sulit, kononnya untuk bertanya dan berkongsi masalah yang dialami.

Ia adalah satu trend yang tidak sihat dan tidak senonoh. Sehingga kini, sudah lebih 10,000 orang menyertai forum r/STD ini.

Jumlah ini dijangka akan meningkat lagi dan sesuatu perlu dilakukan untuk membanterasnya.

Kajian dari Amerika

Menurut kajian yang dijalankan University of California, San Diego, sebanyak 16,979 kiriman pada forum r/STD di Reddit antara awal tahun 2010 sehingga Februari 2019 direkodkan.

Forum ini dikatakan telah menjadi lebih popular sejak 8 tahun kebelakangan ini, dengan jumlah kiriman bulanan berkenaan masalah alat sulit meningkat sehingga 500 kiriman.

Saintis mendapati 58% daripada kiriman ini adalah untuk meminta ‘crowd-diagnosis’ atau pandangan pengguna media sosial Reddit yang lain.

31% daripada kiriman akan mengandungi gambar alat sulit mereka. 79 peratus daripada kiriman pula akan mendapat jawapan dalam masa satu hari ia dikirim.

alat sulit

Apa kata pakar?

Dr John Ayers, salah seorang daripada saintis tersebut menyatakan bahawa ‘crowd-diagnosis’ mungkin bagus untuk mendapatkan pendapat dari pelbagai sudut pandangan.

Tetapi, ia mungkin akan mengundang kepada diagnosis yang tidak tepat atau salah.

Terrence Higgins, pakar kesihatan seksual juga menyokong dakwaan ini dengan menjelaskan bahawa nasihat kesihatan secara atas talian mungkin boleh membantu.

Tetapi, anda masih perlu berkunjung ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan doktor pakar.

Begitu juga pandangan daripada Liz Porter yang menyatakan bahawa internet sangat membantu dalam menyebarkan informasi kesihatan, tetapi ia tidak boleh memberi diagnosis.

Tidak kira di Reddit atau mana-mana media sosial yang lain, anda masih perlu berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat dan selamat.

Konklusi

Kesimpulannya, masalah alat sulit tidak boleh diselesaikan dengan media sosial! Ya, anda mungkin boleh mendapatkan pendapat dari pelbagai sudut pandangan.

Namun, ia bukan diagnosis yang anda perlu percaya seratus peratus.

Sebaiknya, berkunjung ke klinik atau hospital untuk membicarakan mengenai masalah alat sulit anda dengan doktor pakar yang berkelayakan, ya?

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Betul Ke Orang Gemuk Punya Saiz Zakar Kecil? Kena Kuruskan Badan Nampaknya Ni!

    Ada mitos yang mengatakan orang gemuk punya saiz zakar kecil. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu jawapan yang tepat lagi sahih ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 mins read

    Miliki Zakar Kecil? Ada 6 Punca, Tapi Betul Ke Saiz Penis Sebab Keturunan?

    Saiz zakar besar sering dikaitkan dengan kenikmatan hubungan seksual walaupun itu tidak benar. Apakah faktor yang menentukan saiz zakar lelaki?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 23/06/2020 . 3 mins read

    Jangan Pelik Sebab Ada Banyak Jenis Zakar & Semua Normal! Anda Yang Mana Satu?

    Di dunia ini, terdapat banyak jenis zakar yang wujud. Namun, kalian tidak perlu risau kerana kesemuanya adalah normal. Klik untuk tahu anda yang mana satu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 19/06/2020 . 3 mins read

    Penis Naik Susah Nak Turun, Adakah Tanda Penyakit? Buat 5 Perkara Ini Jika Ia Berlaku!

    Pernahkah anda sebagai seorang lelaki mengalami ereksi selama 4 jam tanpa henti? Penyebab ereksi sukar kendur ini mungkin petanda penyakit! Klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 16/06/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read
    kesan onani

    Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 mins read
    bahaya onani

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 mins read
    kenapa harus sunat

    Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 mins read