backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Guna Media Sosial Untuk Diagnosis Masalah Alat Sulit Atau STD, Ini Sebab Kenapa Ia Bahaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/12/2020

    Guna Media Sosial Untuk Diagnosis Masalah Alat Sulit Atau STD, Ini Sebab Kenapa Ia Bahaya!

    Bagi penulis, masalah alat sulit adalah sesuatu yang sangat peribadi. Jadi, jika penulis ada sebarang kebimbangan mengenainya, penulis akan terus berjumpa dan berbincang dengan doktor.

    Tetapi, ada juga individu yang menggunakan media sosial untuk berkongsi masalah peribadi mereka sesama pengguna yang lain! Biar betul?

    Trend diagnosis alat sulit atas talian yang merisaukan

    Kini, sedang tular satu trend di mana individu yang ada masalah pada alat sulit akibat sexually transmitted diseases (STD) menggunakan sebuah forum di media sosial Reddit untuk mendapatkan diagnosis.

    Apa yang merisaukan pakar adalah mereka yang mengepalai atau mengendali forum r/STD ini tidak mempunyai kelayakan kedoktoran atau bidang perubatan yang berkaitan.

    alat sulit

    Selain itu, media sosial seperti Reddit ini juga telah digunakan untuk berkongsi gambar alat sulit, kononnya untuk bertanya dan berkongsi masalah yang dialami.

    Ia adalah satu trend yang tidak sihat dan tidak senonoh. Sehingga kini, sudah lebih 10,000 orang menyertai forum r/STD ini.

    Jumlah ini dijangka akan meningkat lagi dan sesuatu perlu dilakukan untuk membanterasnya.

    Kajian kiriman masalah alat sulit dari Amerika

    Menurut kajian yang dijalankan University of California, San Diego, sebanyak 16,979 kiriman pada forum r/STD di Reddit antara awal tahun 2010 sehingga Februari 2019 direkodkan.

    Forum ini dikatakan telah menjadi lebih popular sejak 8 tahun kebelakangan ini, dengan jumlah kiriman bulanan berkenaan masalah alat sulit meningkat sehingga 500 kiriman.

    Saintis mendapati 58% daripada kiriman ini adalah untuk meminta crowd-diagnosis atau pandangan pengguna media sosial Reddit yang lain.

    31% daripada kiriman akan mengandungi gambar alat sulit mereka. 79 peratus daripada kiriman pula akan mendapat jawapan dalam masa satu hari ia dikirim.

    alat sulit

    Apa kata pakar?

    Dr John Ayers, salah seorang daripada saintis tersebut menyatakan bahawa crowd-diagnosis mungkin bagus untuk mendapatkan pendapat dari pelbagai sudut pandangan.

    Tetapi, ia mungkin akan mengundang kepada diagnosis yang tidak tepat atau salah.

    Terrence Higgins, pakar kesihatan seksual juga menyokong dakwaan ini dengan menjelaskan bahawa nasihat kesihatan secara atas talian mungkin boleh membantu.

    Tetapi, anda masih perlu berkunjung ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan doktor pakar.

    Begitu juga pandangan daripada Liz Porter yang menyatakan bahawa internet sangat membantu dalam menyebarkan informasi kesihatan, tetapi ia tidak boleh memberi diagnosis.

    Tidak kira di Reddit atau mana-mana media sosial yang lain, anda masih perlu berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat dan selamat.

    Konklusi

    Kesimpulannya, sesetengah masalah seperti alat sulit tidak boleh diselesaikan dengan media sosial! Ya, anda mungkin boleh mendapatkan pendapat dari pelbagai sudut pandangan.

    Namun, ia bukan diagnosis yang anda perlu percaya seratus peratus.

    Sebaiknya, berkunjung ke klinik atau hospital untuk membicarakan mengenai masalah alat sulit anda dengan doktor pakar yang berkelayakan, ya?

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan