Ingin tahu kafein itu apa? Tidak dapat dinafikan bahawa memang ramai individu yang hidup di dunia ini terlalu bergantung kepada minuman yang mengandungi kafein terutamanya kopi dan teh.
Kebanyakan mereka mengambil minuman seperti ini dengan alasan untuk kekal cergas dan cerdas sepanjang menjalankan sesuatu pekerjaan.
Ya, mungkin salah satu daripada kebaikannya adalah mampu membuat kalian berjaga pada waktu malam kerana ia boleh elak anda daripada rasa mengantuk.
Pun begitu, tahukah kalian bahawa ada kesan jika anda tiba-tiba sahaja berhenti daripada mengambil minuman berkafein? Jom ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan otak dan saraf, anda boleh klik di sini.
Kafein itu apa?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar perkara ini terlebih dahulu.
Buat anda yang mungkin belum tahu, kafein (caffein) adalah sejenis bahan perangsang yang biasa terdapat di dalam tumbuhan seperti biji kopi, daun teh serta buah koko.
Jika diambil melalui oral, ia akan merangsang otak serta sistem saraf sekali gus membuat anda kekal cergas dan cerdas di samping menghilangkan rasa mengantuk.
Cara ia berfungsi adalah dengan memasuki salur darah melalui perut dan kemudiannya beralih ke hati untuk diuraikan serta disebarkan ke semua organ tubuh badan.
Selepas itu, kafein kemudiannya akan menghalang efek adenosine – neurotransmitter yang menghantar isyarat kepada otak dan tubuh badan untuk berasa mengantuk.
Kebiasaannya, satu cawan minuman berkafein hanya memerlukan kira-kira 20 minit ke 1 jam untuk berfungsi secara total.
Sekarang kita semua sudah tahu kafein itu apa bukan? Mari kita beralih kepada contoh jenis minuman atau makanan yang mengandungi caffein pula!
Minuman yang mengandungi caffein?
Antara minuman yang sangat popular dengan kandungan kafein ini di seluruh dunia adalah kopi, teh dan koko.
Pun begitu, terdapat banyak lagi minuman yang sebenarnya mengandungi kafein antaranya:
- Espresso
- Yerba mate
- Soda
- Kola
- Susu coklat
- Minuman tenaga
- Minuman ringan
Namun jangan terkejut jika kami kata ada juga makanan, ubatan dan supleman yang mengandungi bahan perangsang ini ya!
Sebagai contoh, bar coklat seberat 1 auns mungkin mengandungi sekitar 1 ke 35 mg mengikut jenis buah koko yang digunakan dalam pembuatannya.
Manakala ubatan dan suplemen untuk merawat demam, selesema, alahan, tahan sakit serta pengurangan berat badan juga dipercayai mempunyai bahan ini.
Dalam erti kata yang lebih mudah, adalah agak sukar untuk kita mengelak daripada mengambil kafein dalam kehidupan seharian kita bukan?
Jika berhenti ambil kafein itu apa akibatnya?
Untuk pengetahuan anda, kafein itu apa yang boleh dikategorikan di dalam bahan ketagihan hampir serupa seperti rokok dan dadah.
Namun ketagihannya bukanlah seteruk seperti 2 lagi tabiat buruk yang kami nyatakan di atas tadi.
Pun begitu, ia masih akan mendatangkan kesan yang lebih dikenali sebagai nama ‘caffeine withdrawal‘.
Antara simptom-simptom gejala ini adalah seperti berikut:
- Pening kepala
- Keletihan
- Kegelisahan
- Sukar untuk fokus
- Mood tidak menentu
- Mudah rasa marah
Antara simptom-simptom yang dinyatakan di atas ini, gejala pertama iaitu pening kepala akibat tidak mengambil kafein adalah perkara yang paling perlu dibimbangkan!
Rawat pening kepala dengan cara ini!
Persoalannya, bagaimana perkara ini boleh terjadi hanya dengan tidak mengambil bahan perangsang ini?
Untuk pengetahuan anda, kafein itu apa yang akan menyebabkan salur darah di dalam otak menjadi sempit dan tanpanya salur darah akan menjadi lebar.
Ini seterusnya akan mengakibatkan darah masuk lebih banyak sekali gus mendalangi kondisi pening kepala.
Sekiranya ia berlaku kepada anda, cuba lakukan langkah-langkah berikut:
#1. Ambil kafein
Jawapan paling mudah untuk merawat kondisi ini adalah hanya dengan mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kafein.
Namun jangan terlalu berlebihan untuk elak komplikasi lain pula ya?
#2. Ambil ubatan daripada doktor
Jika masih kurang berkesan, anda juga boleh cuba ambil ubatan dengan preskripsi doktor termasuklah:
- Ibuprofen (Advil, Midol)
- Acetaminophen (Tylenol)
- Aspirin (Bayer, Bufferin)
#3. Sapu minyak topikal
Sapuan minyak topikal lada hitam dikatakan boleh menghilangkan pening kepala yang dialami akibatnya.
#4. Tuam pek ais
Sama seperti migrain, pek ais yang dituam pada kepala juga mungkin akan membantu anda melegakannya.
#5. Kekal berhidrasi
Minuman berkafein akan meningkatkan kadar air dalam tubuh badan sekali gus mengurangkan risiko anda mengalami pening kepala.
Ini bermakna jika kekurangan air dalam tubuh badan, risiko anda terkena pening kepala juga adalah lebih tinggi dari biasa.
Oleh itu, sentiasa kekal berhidrasi dengan mengambil air kosong ya?
#6. Rehat
Akhir sekali, berehatlah dengan berbaring dan cuba untuk tidur di kamar tidur sekiranya terkena pening kepala akibat tidak mengambil kafein.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai simptom-simptom ‘caffeine withdrawal‘ ini, segera berjumpa doktor.
Konklusinya, minuman berkafein mungkin bagus jika diambil dalam kadar yang sepatutnya.
Jadi, tidak salah untuk ambil cuma jangan terlalu berlebihan okay! Kini anda telah tahu kafein itu apa secara lengkap.
[embed-health-tool-bmi]