Apakah punca penyakit strok? Strok berlaku apabila salur darah di dalam otak tersumbat.
Sel-sel otak seterusnya tidak mendapatkan oksigen yang mencukupi sehingga menganggu fungsi otak.
Namun, keadaan ini tidak berlaku dalam satu malam.
Ia memakan masa bertahun-tahun sebelum saluran darah tersebut boleh tersumbat dan menyebabkan strok.
Oleh itu, pesakit strok kemungkinan tidak sedar akan keadaan saluran darah mereka yang semakin sempit sehingga serangan strok berlaku.
Jadi, sangat penting untuk mengenali punca penyakit strok agar pencegahan awal dapat dibuat.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.
7 punca penyakit strok yang anda tidak sedar
1. Masalah darah tinggi
Hipertensi adalah punca strok yang utama. Jika tekanan darah melebihi 140/90, risikonya adalah tinggi.
Tekanan yang tinggi boleh membuatkan salur darah pecah menyebabkan strok hemoragik.
Dalam jangka masa panjang, keadaan kesihatan ini juga mampu merosakkan dinding salur darah.
Kecederaan pada dinding salur darah mengganggu fungsi normalnya. Ini boleh membawa kepada penebalan pada dinding sehingga menjadikan ia sempit.
2. Kondisi kencing manis
Pesakit diabetes adalah 1.5 kali lebih berisiko mendapat strok berbanding orang biasa.
Tambahan pula, kebiasaannya pesakit diabetes juga mempunyai tekanan darah tinggi dan terlebih berat badan, menjadikan mereka lebih berisiko tinggi.
Punca strok 3. Merokok
Nikotin di dalam rokok meningkatkan tekanan darah.
Asap rokok juga menyebabkan lemak terkumpul di dalam salur darah, khususnya salur darah utama di tengkuk yang menghubungkan jantung dengan otak.
Selain itu, darah juga menjadi semakin likat dan mudah beku.
Berjaga-jaga dengan rokok secondhand. Ia juga boleh memberikan kesan yang sama.
#4 Berat badan yang berlebihan
Terdapat satu sindrom yang disebut sebagai sindrom metabolik. Antara ciri-cirinya adalah:
- Tekanan darah tinggi
- Glukosa darah tinggi
- Lemak berlebihan di pinggang
- Kadar kolesterol dan trigliserida tinggi
Mereka yang mengalami sindrom ini berisiko mendapat beberapa penyakit termasuk kondisi jantung, strok dan diabetes.
Punca strok 5. Ubat
Sesetengah ubat seperti pencair darah (contohnya heparin) yang digunakan untuk mencegah darah beku boleh meningkatkan risiko punca penyakit strok melalui pendarahan otak.
Kajian juga menemui bahawa terapi hormon untuk wanita menopaus meningkatkan risiko strok.
6. Umur
Meskipun strok boleh berlaku di semua peringkat umur, orang berumur lanjut lebih berisiko. Selepas umur 55, risikonya bertambah dua kali ganda setiap 10 tahun.
#7 Jantina
Secara amnya, lelaki lebih kerap mengalami strok berbanding wanita. Namun, wanita lebih cenderung mendapat strok pada usia lebih tua, menjadikan mereka lebih susah untuk sembuh.
Selari dengan peribahasa keramat di dalam perubatan am, “mencegah itu lebih baik daripada merawat,” mulakan langkah pertama untuk memanjangkan jangka hayat penyakit stroke hari ini!
[embed-health-tool-bmi]