Oleh itu, pesakit strok kemungkinan tidak menyedari keadaan saluran darah mereka yang semakin sempit sehingga serangan strok berlaku. Jadi, sangat penting untuk mengenali punca strok agar pencegahan awal dapat dibuat.
7 Punca Strok Yang Anda Tidak Sedar
1. Tekanan darah tinggi
Hipertensi adalah punca strok yang utama. Jika tekanan darah melebihi 140/90, risikonya adalah tinggi. Tekanan yang tinggi boleh membuatkan salur darah pecah menyebabkan strok hemoragik.
Dalam jangka masa panjang, keadaan kesihatan ini juga mampu merosakkan dinding salur darah. Kecederaan pada dinding salur darah mengganggu fungsi normalnya. Ini boleh membawa kepada penebalan pada dinding sehingga menjadikan ia sempit.
2. Diabetes

Pesakit diabetes adalah 1.5 kali lebih berisiko mendapat strok berbanding orang biasa. Tambahan pula, kebiasaannya pesakit diabetes juga mempunyai tekanan darah tinggi dan terlebih berat badan, menjadikan mereka lebih berisiko tinggi.