backup og meta

Lebih 25x Ganda Risiko Hidap Penyakit Jantung, Ini BAHAYA Sebenar Serangan Strok!

Lebih 25x Ganda Risiko Hidap Penyakit Jantung, Ini BAHAYA Sebenar Serangan Strok!

Strok bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat kita. Salah satu punca angin ahmar atau strok adalah halangan atau luka pada saluran darah yang menuju ke otak. Serangan strok mempunyai kesannya yang tersendiri terhadap fizikal dan mental pesakit.

Salah satu kesan strok yang mungkin ramai tidak tahu ialah risiko penyakit jantung yang akan meningkat secara mendadak selepas serangan.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Stroke, lelaki dan wanita yang sebelum ini tidak mempunyai penyakit jantung, didapati mengalami risiko sakit jantung yang lebih tinggi selepas serangan strok.

Ini bermakna kecederaan jantung itu boleh disebabkan oleh strok secara terus dan bukannya disebabkan faktor risiko yang sama untuk kedua-dua penyakit.

Risiko penyakit jantung meningkat untuk penghidap angin ahmar

angin ahmar

Kajian ini telah dijalankan ke atas 93,000 individu dari Ontario, Canada. Kesemua peserta kajian ini berusia 66 tahun ke atas.

Selain itu, hampir 12,000 wanita dan 9,500 lelaki di dalam kajian ini pernah diserang strok iskemia.

Tidak ada seorangpun daripada peserta kajian menghidap penyakit jantung yang jelas.

Namun, setelah mengalami serangan strok pertama, risiko untuk mengalami penyakit jantung 30 hari kemudian adalah 25 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita dan 23 kali ganda untuk lelaki!

Setahun selepas serangan strok, lelaki dan wanita berikut mempunyai risiko 2 kali ganda untuk mengalami serangan jantung atau kegagalan jantung berbanding orang lain yang sebaya mereka namun tidak pernah diserang angin ahmar.

Menurut pengarang utama kajian ini, Dr. Luciano Sposato, Profesor Madya di Schulich School of Medicine and Dentistry, London, mereka sudah lama tahu terdapatnya kaitan antara strok dan penyakit kardiovaskular.

Tambah beliau lagi, dua penyakit ini mempunyai faktor risiko yang sama seperti hipertensi, diabetes dan amalan merokok.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika pesakit strok mempunyai risiko yang sama banyak untuk menghidap penyakit jantung pada masa akan datang.

Pemantauan yang lebih rapi selepas serangan strok

angin ahmar

Dr. Cheryl Bushnell, Profesor Neurologi dari Wake Forest School of Medicine turut menyatakan kebimbangan beliau mengenai risiko penyakit jantung yang dihadapi selepas strok.

Beliau mencadangkan agar pesakit strok melakukan pemeriksaan susulan secara lebih kerap untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dr. Sposato turut bersetuju dengan kenyataan Dr. Bushnell. Tambah beliau lagi, pekerja kesihatan haruslah sedar akan risiko ini dan cuba untuk memantau simptom penyakit jantung dalam kalangan pesakit strok dengan lebih rapi.

Beliau juga terlibat dalam sebuah kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal pada tahun 2009. Kajian ini menunjukkan strok boleh menyebabkan inflamasi dan juga fibrosis pada organ jantung.

Walaupun mereka tahu ada kaitan antara angin ahmar dan juga penyakit jantung, punca sebenarnya masih belum diketahui.

Jika puncanya dapat dikenal pasti, tidak mustahil saintis boleh mencari jalan untuk mengelakkan serangan jantung terhadap pesakit strok pada masa yang akan datang.

Cara terbaik mengelakkan serangan angin ahmar

angin ahmar

Angin ahmar dapat dielakkan dengan cara mengamalkan pemakanan yang sihat, bersenam dengan kerap, elakkan merokok dan juga kurangkan mengambil minuman keras.

Semua perubahan dari segi gaya hidup ini dapat mengurangkan risiko anda untuk menghidap masalah seperti:

  1. Aterosklerosis – Arteri tersumbat dengan lemak.
  2. Tekanan darah tinggi.
  3. Kolesterol tinggi.

Jika anda pernah mengalami strok, semua perubahan ini dapat mengurangkan risiko strok kedua pada masa hadapan.

Bukan itu sahaja, pesakit strok juga perlulah mengambil ubat-ubatan mengikut jadual untuk memastikan kondisi ini dapat dikawal dengan baik.

Walaupun perubahan dari segi gaya hidup dapat mengawal angin ahmar, namun pengambilan ubat-ubatan juga memainkan peranan yang penting.

Tanpa ubat-ubatan, punca angin ahmar mungkin tidak dapat sembuh dengan sepenuhnya.

Kecederaan yang pesakit alami selepas strok boleh menyebabkan kecacatan kekal. Walaupun ada pesakit yang mampu sembuh dengan cepat, ada juga yang memerlukan sokongan sepenuh masa sebelum mampu berdikari semula.

Proses ini bergantung kepada simptom pesakit dan juga keseriusan strok yang dialami. 

Pesakit strok selalunya akan dipantau di hospital dan pemantauan ini akan berterusan di rumah sehinggalah pesakit sembuh.

Selain itu, pesakit juga mungkin akan mengalami masalah psikologikal seperti depresi dan kegelisahan.

Malah, rasa marah, kecewa dan putus asa juga merupakan perasaan yang lazim dialami oleh pesakit strok. 

Sama seperti simptom fizikal, simptom emosional ini juga perlu dirawat oleh pakar. 

Oleh sebab itu, jika anda atau jagaan anda mengalami masalah emosional disebabkan strok, jangan malu untuk mendapatkan khidmat ahli psikologi untuk terapi atau kaunseling.

Kesimpulan

Penyakit jantung merupakan masalah yang amat lazim selepas serangan strok. Oleh sebab itu, pesakit strok perlulah berhati-hati dan perlu dipantau untuk penyakit seperti serangan jantung, aritmia ataupun kegagalan jantung.

Jika anda merupakan pesakit strok, pastikan anda mengikut nasihat doktor dan mengambil ubat-ubatan seperti yang dijadualkan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa akan datang. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Accessed May 20, 2021. https://www.heart.org/en/news/2020/01/09/after-stroke-an-astounding-risk-of-heart-problems.
  2. CDC. 2020. Types of Stroke. January 31. Accessed May 20, 2021. https://www.cdc.gov/stroke/types_of_stroke.htm.
  3. Inova. n.d. What’s the difference between a heart attack and stroke? Accessed May 20, 2021. https://www.inovaheart.org/smarthearts/heart-attack-vs-stroke.
  4. Mayo Clinic. 2021. Stroke. February 9. Accessed May 20, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stroke/symptoms-causes/syc-20350113.
  5. NHS. 2019. Stroke. August 15. Accessed May 20, 2021. https://www.nhs.uk/conditions/stroke/recovery/.

Versi Terbaru

19/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan