Usus Tersumbat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu usus tersumbat?

Usus tersumbat berlaku apabila usus kecil atau usus besar separa tersumbat atau tersumbat sepenuhnya. Sumbatan ini menghalang makanan, cecair dan gas daripada bergerak melalui usus dalam arah yang normal. Sumbatan ini juga menyebabkan kesakitan yang datang dan pergi.

Apakah kebarangkalian usus tersumbat?

Usus tersumbat bukanlah masalah biasa yang berlaku pada kebanyakan individu. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom usus tersumbat?

Simptom lazim usus tersumbat ialah:

  • Kejang abdomen yang datang dan pergi
  • Hilang selera makan
  • Sembelit
  • Muntah
  • Tidak boleh membuang angin
  • Bengkak abdomen

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Hubungi doktor sebaik sahaja anda mengalami kesakitan yang teruk dan berpanjangan. Ini bermakna saluran darah di bahagian usus anda telah terputus atau usus anda sudah berlubang. Ini dikira sebagai kes kecemasan.

Punca-punca

Apakah punca-punca usus tersumbat?

Ketumbuhan, tisu parut (melekat) yang berpusing atau sempit boleh menyebabkan usus tersumbat. Ini dipanggil sumbatan mekanikal.

Dalam usus kecil, tisu parut merupakan punca paling lazim. Punca lain seperti hernia dan penyakit Crohn’s, boleh meyebabkan usus terpusing atau menjadi sempit, serta ketumbuhan boleh menghalang usus anda. Sumbatan ini boleh berlaku jika salah satu bahagian usus terlipat seperti teleskop pada bahagian lain, yang dipanggil sebagai intussusception.

Dalam usus besar, kanser merupakan punca paling lazim. Punca lain adalah sembelit teruk akibat najis keras dan usus sempit disebabkan diverticulitis atau penyakit usus inflamasi.  

Faktor risiko

Apakah yang meningkat risiko saya untuk mendapat usus tersumbat?

Terdapat banyak faktor risiko bagi masalah usus tersumbat, antaranya ialah:

  • Pembedahan abdomen atau pelvik, yang menyebabkan usus melekat – usus tersumbat paling lazim
  • Penyakit Crohn, yang menyebabkan dinding usus menebal, dan menjadi sempit
  • Kanser pada abdomen, terutama jika anda pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan abdomen atau terapi radiasi

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang disediakan bukan sebagai pengganti kepada mana-mana nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah usus tersumbat didiagnos?

Doktor anda akan bertanya tentang simptom yang anda alami, masalah penghadaman yang anda alami dan sebarang pembedahan atau prosedur yang pernah terjadi pada bahagian tersebut. Doktor juga akan memeriksa perut anda untuk sebarang rasa sakit dan rasa kembung perut.

Doktor akan lakukan:

  • X-ray abdomen, boleh mengesan sumbatan dalam usus kecil dan usus besar
  • Imbasan CT perut, dapat membantu doktor anda untuk mengesan sumbatan tersebut secara separa atau keseluruhan

Bagaimanakah usus tersumbat dirawat?

Kebanyakan kes usus tersumbat adalah separa tersumbat di mana ia akan pulih dengan sendirinya. Sesetengah individu mungkin memerlukan rawatan lanjut. Rawatan ini termasuklah penggunaan air atau udara (enema) atau tiub kecil (stent) untuk membuka usus yang tersumbat.

Pembedahan selalunya dijalankan apabila usus tersumbat secara keseluruhan atau apabila bekalan darah terputus. Anda mungkin perlu menjalani kolonostomi atau ileostomi selepas pembedahan. Bahagian usus yang terjejas dibuang, dan bahagian usus berbaki dijahit pada kulit yang terbuka. Najis dibuang keluar daripada badan melalui bukaan tersebut dan dikumpulkan di dalam beg ostomi. Dalam beberapa kes, kolonostomi atau ileostomi hanyalah sementara sehingga anda pulih. Apabila anda semakin sihat, penghujung usus disambungkan semula dan ostomi dibaik pulih.

Jika usus tersumbat tersebut disebabkan oleh masalah kesihatan lain, seperti diverticulitis, sumbatan boleh terjadi semula jika masalah kesihatan tersebut tidak dirawat.

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan yang membantu saya menangani usus tersumbat?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi usus tersumbat:

  • Untuk membantu mencegah kanser kolorektal, amalkan makanan seimbang, rendah lemak serta banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan, jangan merokok dan berjumpa doktor anda untuk saringan kanser kolorektal setelah anda berusia 50 tahun
  • Untuk mencegah hernia, elak mengangkat barang-barang berat, yang akan meningkatkan tekanan di dalam abdomen dan mungkin menolak sebahagian usus anda ke bahagian dinding abdomen yang lemah. Sila hubungi doktor anda jika anda mempunyai benjolan tidak normal di bawah kulit abdomen, terutama berhampiran pangkal paha atau parut pembedahan
  • Tiada bukti untuk menghalang usus tersumbat akibat penyakit diverticulitis, tetapi sesetengah doktor percaya bahawa pesakit diverticulitis perlu patuhi diet tinggi fiber dan elakkan makanan yang mungkin tersumbat di dalam diverticula seperti bijian dan bertih jagung

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis dan rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Ada yang mengalami berak berdarah namun takut atau malu untuk berjumpa doktor. Jangan begitu, ia mungkin disebabkan oleh perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Kalian tahu apa itu kerak usus? Ada orang kata ia adalah punca sebenar perut boroi. Adakah ia fakta atau mitos? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Pendarahan Gastrousus

    Pendarahan gastrousus (GI) adalah satu simptom gangguan yang berlaku dalam saluran pencernaan anda. Ketahui lebih lanjut mengenainya disini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 09/12/2019 . 4 minit bacaan

    Guna Ubat Cuci Usus Untuk Cepat Kurus, Benarkah Berkesan Atau Mendatangkan Bahaya?

    Pernah dengar pasal produk cuci usus tak? Bila usus dah berkerak, itu punca gemuk. Jadi tak nak gemuk, kena cuci usus. Haaa...senang bukan? Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    usus tersumbat

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    usus kecil

    Selalu Buang Angin & Sakit Perut? Haaa… Itu Tanda Banyak Bakteria Dalam Usus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    perut masuk angin

    Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu hernia angin pasang

    Kerap Meneran Punca Angin Pasang? Awas Ya, Lelaki & Wanita Pun Boleh Kena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan