backup og meta

7 Tanda Luka Sunat Tak Normal, Awas Jika Masih Belum Sembuh Lepas 2 Minggu!

7 Tanda Luka Sunat Tak Normal, Awas Jika Masih Belum Sembuh Lepas 2 Minggu!

Prosedur bersunat atau berkhatan bukan kewajipan tetapi keperluan yang mampu mendatangkan banyak manfaat pada kesihatan alat sulit. Namun, prosedur ini juga akan menyebabkan luka yang memerlukan masa untuk sembuh. Persoalannya, bagaimana luka sunat yang normal?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

Sunat, apa individu perlu tahu tentangnya?

Untuk pengetahuan anda semua, sunat atau khatan merupakan prosedur membuang lebihan kulit pada alat kemaluan individu dalam usaha memastikan ia lebih bersih dan sihat.

Alasannya, alat kelamin manusia – zakar untuk lelaki dan faraj untuk wanita adalah anggota badan yang sudah tentu agak ‘kotor’ lantas biasa menjadi habitat mikrob membiak serta merebak.

Disebabkan perkara di atas, ramai individu yang memilih untuk membuang lebihan kulit pada alat kelamin di mana kulup zakar dan kelentit faraj akan dipotong dengan prosedur pembedahan minor.

luka sunat yang normal
Luka lepas sunat tidak normal.

Pun begitu, prosedur sunat yang turut boleh dibuat melalui teknik sunat laser atau sunat clamp ini tentu sahaja akan datang dengan kesan pada alat sulit yakni mengakibatkan luka yang memerlukan masa untuk sembuh semula seperti sediakala.

Bagaimana ciri luka sunat yang normal? Adakah kemunculan nanah, kuping dan parut itu bahaya? Berapa lama luka sunat tidak boleh kena air?

Bagaimana ciri luka sunat yang normal?

Selepas menjalani prosedur khatan, adalah normal jika alat sulit mengalami sedikit rasa geli, sakit, pedih dan ngilu terutama apabila ia tidak sengaja terkena atau tergeser pada fabrik seluar anda.

Pada beberapa hari pertama selepas prosedur itu berlangsung, mungkin bakal ada kesan luka kecil di sekitar kawasan lebihan daging yang dipotong namun bukan pada tahap kronik.

Pada waktu yang sama juga, anda mungkin akan mengalami situasi kencing berdarah berserta rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil. Ini adalah antara kesan luka sunat yang normal dan biasa.

lelaki disunat
Apakah kebaikan khatan kepada kesihatan?

Menurut Seattle Children’s, anda mungkin perlu lebih berwaspada kalau ada simptom berikut berlaku:

  • Alat sulit berubah warna kebiruan atau kehitaman
  • Alat kelamin bengkak dengan teruk dan berdenyut
  • Alat kelamin mula muncul nanah yang berbau
  • Sukar atau tidak boleh untuk kencing lebih 8 jam
  • Darah keluar banyak daripada bekas luka lebih 3 hari
  • Demam pada suhu yang sangat tinggi
  • Luka sunat terbuka dan terbiar
  • Luka pada alat kemaluan sakit dan tidak sembuh selepas 2 minggu

Jika ada salah satu atau semua di atas terjadi pada anda, segera dapatkan rawatan lanjut daripada doktor!

Berikut adalah ciri-ciri luka sunat sembuh!

Menurut National Health Service (NHS), luka sunat yang normal akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh 10 hari. Namun ia mungkin berbeza bergantung kepada individu dan bervariasi dari 7 ke 14 hari.

Bagaimana untuk tahu jika luka sunat yang normal sudah sembuh? Selain dinilai dari segi kehilangan rasa geli, sakit, ngilu dan pedih, ia juga boleh dilihat daripada pengelupasan kuping dan pembentukan parut yang dialami.

Dalam pada itu, anda juga sudah boleh menjalani kehidupan biasa yakni mampu mengeluarkan air kencing secara selesa di samping dapat melakukan hubungan seksual tanpa sebarang masalah.

Maka, teliti ciri-ciri luka sunat sembuh di atas sebelum melalui hidup seperti biasa semula ya?

Lakukan ini untuk luka anda cepat sembuh!

Sebenarnya, bersunat dengan cara gunting, sunat laser atau sunat clamp itu senang untuk luka sunat sembuh.

luka sunat yang normal
Luka lepas khatan tidak normal.

Dalam memastikan luka sunat yang normal itu sudah sembuh, beberapa tip penting dan mudah berikut mungkin boleh membantu:

  1. Ketika proses penyembuhan luka sunat yang normal, elak alat sulit daripada terkena atau tergeser pada fabrik seluar dengan penggunaan pakaian dalam yang sesuai.
  2. Ketika proses ini juga, elak daripada melakukan aktiviti fizikal yang terlalu berat lagi kasar di samping banyakkan berehat dan kurangkan bergerak.
  3. Jangan sapu sebarang produk ubat, pencuci atau pelembap pada alat kelamin terutama jika ia tidak mempunyai saranan, jaminan atau preskripsi doktor.
  4. Cegah daripada merendamkan alat kelamin di dalam air takungan seperti baldi, tab atau jakuzi. Sebaliknya, anda boleh membersihkan diri dengan air pancuran.
  5. Untuk bayi, sila ganti lampin dengan kerap agar alat sulit mereka tidak lembap dan kekal kering.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Circumcision, https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/16194-circumcision, Accessed Nov 3 2022.
  2. Circumcision Problems, https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/circumcision-problems/, Accessed Nov 3 2022.
  3. Complete Circumcision Care, https://www.childrensdayton.org/patients-visitors/services/urology/conditions/circumcision, Accessed Nov 3 2022.
  4. Circumcision, Care After, https://www.mountnittany.org/wellness-article/circumcision-care-after, Accessed Nov 3 2022.
  5. Post-Circumcision Care, https://www.chadkids.org/urology/post-circumcision-care, Accessed Nov 3 2022.

Versi Terbaru

20/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki, Ketika Bayi Atau Tunggu Besar Sikit?

Sunatkan Bayi Perempuan Masa Kecil, Bila Waktu Yang Sesuai? Parents WAJIB Ambil Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan