Tiba-tiba anda mengalami perubahan warna kulit pada bahagian tertentu di tubuh. Jom ketahui punca lebam pada tubuh dan adakah ia keadaan yang berbahaya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Definisi
Memahami punca lebam
Lebam adalah perubahan warna kulit yang biasa berlaku disebabkan salur darah kecil pecah dan mengeluarkan darah pada bawah kulit selepas kecederaan traumatik.
Darah dari salur darah yang terjejas di bawah kulit terkumpul pada bahagian berhampiran permukaan seperti apa yang dilihat sebagai tanda yang berwarna biru dan hitam. Tanda ini adalah dari perubahan warna kulit oleh sel darah merah dan kandungannya.
Adakah lebam sesuatu yang biasa?
Lebam merupakan satu perkara yang sangat biasa untuk berlaku kepada mana-mana individu pada sebarang peringkat usia. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya.
Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom
Apakah simptom lebam?
- Awalnya, punca lebam yang masih baru berwarna kemerahan. Kemudian ia akan bertukar kepada biru atau ungu gelap dalam tempoh beberapa jam, kemudian ia akan menjadi kuning atau hijau selepas beberapa hari apabila semakin sembuh.
- Lebam biasanya ‘lembut’, dan ada masanya ia menyakitkan untuk beberapa hari pertama, tetapi kesakitan itu akan beransur hilang apabila warnanya semakin pudar.
- Ini kerana tiada kulit yang terjejas pada lebam, dan tiada risiko jangkitan.
Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai keraguan mengenai simptomnya, sila berjumpa dengan doktor anda.
Punca
Apakah yang menyebabkan punca lebam?
- Punca lebam boleh terjadi pada individu yang kuat bersenam, seperti atlet dan angkat berat. Lebam ini adalah disebabkan pengaliran mikroskopik di dalam saluran darah di bawah kulit.
- Punca lebam yang tidak dapat dijelaskan yang muncul dengan mudah atau tanpa sebarang sebab mungkin sebagai petunjuk kepada gangguan pendarahan, terutamanya jika lebam itu disertai dengan pendarahan hidung atau pendarahan gusi yang kerap dan berulang.
- Selalunya, apa yang dianggap sebagai lebam yang tidak dapat dijelaskan pada kaki atau paha, sebagai contoh, adalah disebabkan pelanggaran tiang katil atau objek lain dan tidak dapat mengingati semula kecederaan yang berlaku.
- Lebam tanpa sebab pada individu lebih berusia kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis seiring usia. Tisu yang menyokong saluran darah menjadi lebih rapuh.
- Lebam merupakan perkara biasa kepada individu yang mengambil ubat untuk mencairkan darah.
- Lebam pada bahagian belakang tangan dan lengan – dipanggil actinic purpura atau solar purpura – terjadi kerana terjejas oleh cahaya matahari dan kulit yang nipis.
Faktor risiko
Apa yang meningkatkan risiko masalah lebam?
Terdapat pelbagai faktor risiko untuk mengalami lebam, seperti:
- Lebam boleh berlaku kepada individu yang kuat bersenam, seperti atlet atau angkat berat.
- Usia: lebam kepada individu berusia adalah lebih kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis. Tisu yang menyokong bahagian bawah saluran darah menjadi rapuh
- Kekurangan vitamin C – kekurangan asid askorbik atau scurvy
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
- Keadaan perubatan tertentu, termasuk leukemia, hemofilia, penyakit hati, penyakit Cushing, sindrom Marfan, sindrom Ehlers-Danlos, penyakit tisu penghubung, anemia kekurangan zat besi, atau anemia aplastik – boleh menyebabkan mudah lebam dan pendarahan
- Sesetengah individu mengambil ubatan yang menyebabkan lebih mudah lebam. Ubatan ini termasuk ubat antiradang nonsteroid (NSAID), seperti aspirin dan ibuprofen (Advil, Motrin), ubat mencairkan darah seperti warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix), dan heparin; steroid (prednisone); dan sesetengah ubatan untuk merawat kanser.
Diagnosis & rawatan
Bagaimana punca lebam didiagnosis?
- Jika kecederaan jelas adalah lebam dan doktor tidak mengesyaki sebarang tulang yang patah, doktor mungkin tidak akan melakukan sebarang pemeriksaan.
- Jika terdapat bengkak atau sakit yang teruk, doktor mungkin akan menjalankan pemeriksaan sinar-X pada bahagian tersebut untuk memastikan tiada tulang yang patah.
- Jika lebam kerap berulang dan tanpa sebab yang jelas, doktor mungkin akan menjalankan ujian darah untuk melihat jika terdapat gangguan pendarahan.
- Sesetengah lebam, coraknya dari masa ke masa dan pelbagai peringkat penyembuhan mungkin akan memberi isyarat kepada doktor kemungkinan berlaku penderaan fizikal.
Bagaimana punca lebam dirawat?
Doktor tidak mempunyai rawatan khas untuk merawat lebam di kaki atau lebam di tangan.
Jadi, bagaimana lebam ini biasa dirawat?
Teknik penggunaan pek ais atau haba panas dan ubat farmasi, klinik atau hospital boleh menghilangkan kesakitan dengan cara mengurangkan pendarahan yang menyebabkan lebam.
Individu yang disyaki menjadi mangsa penderaan domestik, akan dirujuk kepada pekerja sosial.
[embed-health-tool-bmi]