Kutu Kepala

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Kutu Kepala?

Kutu kepala adalah serangga kecil yang hidup di kulit kepala manusia dan menjadikan darah manusia sebagai makanan mereka. Pediculosis capitis adalah nama bagi keadaan jangkitan kutu di kepala. Ia boleh merebak secara langsung dari rambut seseorang kepada rambut orang yang lain.

Apakah kebarangkalian Kutu Kepala?

Jangkitan kutu adalah sangat biasa. Ia biasanya melibatkan kanak-kanak. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kutu Kepala?

kutu kepala

Simptom jangkitan kutu kepala adalah:

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Kutu Kepala?

Kutu kepala sangat mudah menular. Anda boleh dijangkiti kutu kepala apabila serangga tersebut merangkak ke kepala anda. Kutu boleh dipindahkan antara satu sama lain dengan berus, sikat, klip rambut, cekak rambut, fon kepala, dan topi. Mereka juga boleh hidup buat seketika di atas perabot, katil, tuala, atau pakaian.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kutu Kepala?

Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan kutu kepala, seperti:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kutu Kepala didiagnosis?

kutu kepala

Anda atau penyedia penjagaan kesihatan anda boleh mendiagnosis kutu kepala dengan:

  • Memeriksa rambut dan kulit kepala anda untuk sebarang kutu dan telur;
  • Menggunakan sikat kutu bergigi halus bermula dari kulit kepala untuk menangkap kutu dan telur.

Bagaimana pesakit Kutu Kepala dirawat?

Kebanyakan rawatan perlu digunakan sebanyak dua kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Selepas seminggu hingga sembilan hari, rawatan kedua akan membunuh telur yang baru menetas. Di samping itu, jangan gunakan lebih daripada satu ubat atau guna ubat secara berlebihan.

  • Belian kaunter (OTC): Permethrin (Nix), Pyrethrin;
  • Preskripsi: losyen Benzyl alkohol (Ulesfia), Malathion (Ovide), Lindane..

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kutu Kepala?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi kutu kepala:

  • Basuh pakaian dan selimut dalam air panas (54°C) dan keringkan dengan api yang tinggi di dalam pengering.
  • Tutup pakaian, tempat tidur dan mainan fabrik di dalam beg plastik selama dua minggu.
  • Rendam rambut, sikat, klip, dan aksesori rambut lain dalam air panas (130 darjah Fahrenheit) selama lima hingga 10 minit.
  • Vakum lantai dan perabot fabrik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kutu Pada Rambut: Bagaimana ia Berlaku?

Berbicara tentang penjagaan rambut, pernahkah anda terfikir bahawa bayi atau anak anda mungkin dijangkiti kutu kepala?Terkejut? Ikuti artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 03/06/2019 . 8 minit bacaan

Kulit Gatal Gara-gara Gigitan Kutu? Ketahui Tip Menanganinya

Kutu adalah serangga kecil tanpa sayap yang bergerak dengan melompat dari satu tempat ke tempat lain. Jangkitan kutu kebiasaannya berlaku pada haiwan tetapi serangga ini boleh menggigit dan menjangkiti manusia juga ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 31/01/2019 . 2 minit bacaan

Penyakit Chagas: Jangkitan Parasit Bawaan Pepijat

Penyakit Chagas ialah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh parasit bernama Trypanosoma cruzi (T. cruzi), paling kerap berlaku di Mexico, Amerika Selatan, dan Amerika Tengah. Penyakit ini tersebar melalui ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 20/12/2018 . 2 minit bacaan

Anisakiasis: Jangkitan Cacing Parasit daripada Makanan Laut

Terdapat dua jenis penyakit disebabkan cacing parasit yang sering dikaitkan dengan pengambilan makanan laut secara mentah, iaitu diphyllobothriasis (jangkitan cacing pita) dan anisakiasis (jangkitan cacing bulat) ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/06/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kudis buta

Kudis Buta: Memahami Jangkitan Kutu Sarcoptes Scabiei

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 03/12/2019 . 8 minit bacaan

Ini Rupanya 4 Sebab Kenapa Tak Digalakkan Makan Babi, No #3 Paling Seram!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
air bukit

Pernah Nampak Orang Kumpul Air Daripada Tepi Bukit? Boleh Minum Terus Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 25/10/2019 . 2 minit bacaan
kutu rambut

Kutu Rambut Kanak-kanak: Adakah Satu Masalah Besar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/07/2019 . 8 minit bacaan