Ingin tahu apa kelebihan solat terawih? Baca sehingga akhir artikel ini untuk mengetahui jawapannya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.
Solat di bulan Ramadan
Solat merupakan satu kewajipan dalam agama Islam. Setiap muslim dewasa perlu melaksanakan solat 5 kali sehari. Ia merupakan rukun Islam yang kedua.
Di bulan Ramadan, solat tarawih disunatkan ke atas orang Islam. Setiap orang Islam sudah tentu merindui suasana solat berjemaah di masjid selain kelebihan solat terawih.
Tidak lupa juga selepas selesai solat, ada lagi satu “kewajipan” yang mesti ditunaikan. Moreh!
Solat tarawih dilakukan sama seperti solat fardu. Bilangan rakaatnya berbeza mengikut pandangan berbeza sama ada 8, 20, 28 dan bahkan sehingga 36 rakaat.
Namun di Malaysia, kebiasaannya masjid-masjid akan melaksanakan solat tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat. Sama ada 8 atau 20 rakaat, yang pastinya bukan 0 rakaat!
Tanpa diragui, solat tarawih mempunyai banyak manfaat dan kelebihan bukan sahaja dari sudut spiritual, tetapi juga baik untuk kesihatan fizikal dan psikologi.
Ini telah dibuktikan oleh banyak kajian dalam dan luar negara. Sudah tentu, Allah tidak akan mewajibkan ke atas seseorang perkara yang tidak bermanfaat ke atas dirinya.
Kelebihan solat Terawih terhadap psikologi
Solat adalah sejenis meditasi. Semua fokus harus diberikan dalam setiap pergerakan solat bermula dari takbiratul ihram sehingga salam. Antara manfaat psikologi solat tarawih ialah:
1. Membantu kesihatan emosi
Posisi paling lama di dalam solat adalah berdiri membaca atau mendengar bacaan Al-Quran.
Menurut kajian dari Zahedan University of Medical Sciences di Tenggara Iran, mendengar bacaan Al-Quran memberikan ketenangan dan membantu meningkatkan kesihatan emosi secara signifikan.
2. Meningkatkan daya fokus
Pandangan mata pada tempat sujud yang dilakukan sepanjang solat ditambah dengan fokus yang diberikan boleh membantu meningkatkan daya fokus.
Kelebihan solat terawih #3. Mengurangkan stres
Semasa stres, hormon kortisol akan meningkat. Ini akan menyebabkan masalah lain seperti pelepasan bahan kimia yang merangsang keradangan iaitu cytokines.
Ia seterusnya boleh mengganggu tidur, menyebabkan depresi dan kebimbangan, meningkatkan tekanan darah serta menyumbang kepada cepat penat dan fikiran yang berserabut.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa meditasi mampu mengurangkan kesan keradangan disebabkan oleh stres.
Selain itu, ia juga boleh mengurangkan keadaan kesihatan yang terkait dengan stres seperti sindrom usus rengsa dan gangguan stres pasca trauma.
4. Mengurangkan kehilangan memori yang berkait dengan umur
Peningkatan daya fokus dan pemikiran yang segar membantu mengekalkan minda yang muda. Masalah kehilangan memori seperti demensia dan Alzheimer boleh dikurangkan.
Anda jangan terkejut jika melihat seorang berusia 80 tahun tetapi memorinya persis orang berumur 20 tahun. Mungkin rahsianya adalah rajin solat!
5. Membantu melawan ketagihan
Disiplin mental yang dibangunkan melalui solat boleh membantu memecahkan kebergantungan dengan meningkatkan kawalan diri dan kesedaran terhadap perangsang ketagihan tersebut.
Solat mampu mengalihkan perhatian, mengawal emosi dan impuls serta meningkatkan kefahaman terhadap punca ketagihan tersebut. Ini akhirnya membantu melawan ketagihan.
Kelebihan solat Terawih terhadap fizikal
Selain psikologi, banyak juga kesan kesihatan fizikal dari solat tarawih.
1. Meningkatkan stamina
Solat adalah seperti satu senaman. Banyak pergerakan yang terlibat dalam setiap rukun solat. Berdiri tegak, rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud, semuanya adalah pergerakan yang memerlukan tenaga.
Lebih-lebih lagi solat tarawih yang mempunyai banyak rakaat, pastinya dapat membantu meningkatkan stamina. Bayangkan 20 rakaat setiap malam selama sebulan.
Tidakkah itu satu senaman yang baik?
Baca juga: