Luangkan15 Minit Pagi Ini Untuk Yoga & Lihat 7 Impak LUAR BIASA Ini Dalam Hidup Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tekanan mental, diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular adalah epidemik yang cepat berkembang berikutan perubahan gaya hidup seiring dengan globalisasi dan pemodenan.

Anda mungkin pernah mendengar mengenai pelbagai manfaat yoga terhadap kesihatan mental dan fizikal. Berikut manfaat 15 monit yoga setiap hari.

Mengurangkan tekanan

Mana-mana jenis yoga, walaupun dilakukan dalam tempoh yang pendek ia seharusnya melibatkan tiga elemen iaitu gaya (poses), pernafasan dan meditasi.

Kajian telah menunjukkan mereka yang kerap mengamalkan tiga elemen ini lebih mampu mengawal heart-rate variability (HRV).

Ini secara amnya bermakna kadar degupannya lebih rendah, memberikan tubuh keupayaan bertindak balas dengan tekanan dengan cara yang lebih fleksibel.

Selain itu, terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa yoga juga dapat mengurangkan rembesan kortisol, hormon tekanan primer. Satu kajian dengan melibatkan 24 wanita dengan tekanan emosi mendapat kesan luar biasa dengan yoga. 

Selepas program yoga tiga bulan, wanita mempunyai tahap kortisol yang jauh lebih rendah dan mereka juga mempunyai tahap tekanan, kegelisahan, keletihan dan kemurungan yang lebih rendah.

Pernafasan lebih baik

Pernafasan mendalam dan tenang adalah bahagian penting dalam setiap amalan yoga.

Teknik pernafasan yogic atau pranayama memberi tumpuan kepada usaha untuk melambatkan pernafasan dan bernafas sepenuhnya dari dalam perut ke bahagian atas paru-paru anda.

Kaedah ini akan membuatkan anda berasa lebih santai dan seimbang, dan akan membantu anda menghadapi hari ini dengan yakin dan tenang.

Ia juga mempunyai beberapa faedah sampingan yang luar biasa termasuk peningkatan kapasiti paru-paru dan lebih banyak jumlah pasang surut (jumlah udara yang dapat ditahan oleh paru-paru anda pada satu-satu masa).

Anda boleh menggunakan teknik ini apabila diperlukan dalam kehidupan seharian. Ia boleh membantu anda bertenang dalam keadaan kecemasan, berfikir lebih jelas dalam situasi yang tertekan dan boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan postur

Melakukan yoga setiap hari membantu meregang dan menguatkan otot tubuh anda. Gaya yang popular seperti plank akan bertindak secara serentak untuk meregangkan tangan, kaki, bahu dan perut anda.

Satu kajian 2013 mendapati bahawa amalan yoga boleh membantu meningkatkan keseimbangan dan pergerakan pada orang dewasa yang lebih tua.

Dengan hanya mempraktikkan 15-30 minit yoga setiap hari boleh memberikan perbezaan besar bagi mereka yang ingin meningkatkan prestasi dengan meningkatkan fleksibiliti dan keseimbangan.

Mengurangkan keradangan

Keradangan adalah tindak balas imun yang normal, tetapi keradangan kronik boleh menyumbang kepada perkembangan penyakit pro-radang seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser.

Kajian tahun 2015 membahagikan 218 peserta ke dalam dua kumpulan iaitu mereka yang mengamalkan yoga secara teratur dan mereka yang tidak.

Kedua-dua kumpulan kemudian melakukan latihan sederhana dan berat untuk menggerakkan tekanan. Pada akhir kajian, individu yang mengamalkan yoga mempunyai tahap penanda inflamasi yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak melakukannya.

Meningkatkan kesihatan jantung

Dari mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan tisu dengan nutrien penting, kesihatan jantung anda adalah komponen penting dalamkeseluruhan kesihatan.

Kajian menunjukkan bahawa yoga boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan beberapa faktor risiko penyakit jantung.

Satu kajian mendapati bahawa peserta berusia lebih 40 tahun yang mengamalkan yoga selama lima tahun mempunyai tekanan darah dan kadar degupan yang rendah berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Melawan depresi

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa yoga mungkin mempunyai kesan anti-depresi dan boleh membantu menurunkan simptom kemurungan.

Ini mungkin kerana yoga dapat mengurangkan tahap kortisol, hormon stres yang mempengaruhi tahap serotonin, neurotransmitter yang sering dikaitkan dengan kemurungan.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa tahap gamma-aminobutyric (GABA) otak lebih tinggi selepas latihan yoga. Tahap GABA yang lebih tinggi dikaitkan dengan tahap kemurungan dan kegelisahan yang lebih rendah.

Jadi dengan hanya 15 minit yoga setiap hari boleh mula mengubah kimia otak dan meningkatkan mood anda.

Mengurangkan kesakitan kronik

Kesakitan kronik adalah masalah berterusan yang menjejaskan berjuta-juta orang dan mempunyai pelbagai sebab yang mungkin, dari kecederaan kepada artritis.

Terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa latihan yoga boleh membantu mengurangkan banyak jenis sakit kronik.

Satu kajian pada 2005 menunjukkan bahawa yoga dapat membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi fizikal pada peserta dengan osteoarthritis lutut Walaupun lebih banyak kajian diperlukan, menggabungkan yoga ke dalam rutin harian anda mungkin bermanfaat bagi mereka yang mengalami kesakitan kronik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Emosi menimang cahaya mata baru memang bercampur-baur. Hati-hati para ibu, kesan kemurungan boleh memudaratkan perkembangan bayi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Ada sebab mengapa cuti hujung minggu diwujudkan dan ada juga sebab mengapa anda mesti elak kerja hujung minggu untuk kesejahteraan mental anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menyanyi dan menari

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    ketenangan diri

    Selalu Marah Tak Tentu Pasal? Itu Maksudnya Anda Perlukan ‘Me Time’ Untuk Seketika!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan