4 Tip Membersihkan Kahak Dari Tekak, TIADA LAGI Batuk Yang Menyeksakan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/04/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Apa itu kahak?

Apabila anda sakit, anda akan dapati bahawa di bahagian belakang kerongkong anda wujud sesuatu yang likat dan tebal. Itu adalah kahak.

Tidak ramai yang tahu bahawa lendir (mukus) ini sentiasa ada. Membran mukus merangkumi mulut, hidung, tekak, sinus, paru-paru yang bertanggungjawab menghasilkan kahak.

Sistem pernafasan anda boleh dilindungi dan disokong oleh kahak. Untuk memerangkap sesuatu seperti virus, habuk, alergen, mukus akan menjadi melekit.

Walau bagaimanapun, mukus tidak dapat dikesan semasa anda sihat. Apabila anda sakit, kewujudan mukus adalah lebih jelas kerana fungsinya untuk memerangkap bahan-bahan eksotik (berkaitan dengan sesuatu yang berasal dari luar atau bukan asli di sesuatu tempat).

Kahak memainkan peranan penting dalam sistem pernafasan anda. Walau bagaimanapun, jika kahak menganggu anda, anda mungkin ingin mencairkannya atau membersihkannya daripada kerongkong anda. Berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan kahak dari kerongkong anda.

1 – Berkumur dengan air garam

Anda harus berkumur air garam suam untuk mengeluarkan kahak yang berada di bahagian kerongkong anda. Di bawah pengaruh air garam, bakteria juga dapat dikeluarkan, dan sakit tekak anda dapat dikurangkan.

Air garam suam adalah pilihan terbaik kerana kemampuannya membubarkan garam dengan berkesan. Hirup sedikit campuran itu dengan menyondongkan sedikit kepala anda.

Kemudian, biarkan campuran itu mengalir ke dalam tekak tetapi tidak meminumnya. Perlahan-lahan meniup udara daripada paru-paru untuk berkumur.

Selepas setengah hingga satu minit, keluarkan air itu. Anda boleh mengulanginya jika perlu.

2 – Kekal terhidrasi

Pastikan anda mengambil cecair yang mencukupi, yang suam. Ini boleh mengalirkan mukus anda. Ini kerana air mampu mengusir mukus, ia boleh melembapkan kesesakan anda. Berikut adalah beberapa cecair yang perlu anda cuba, iaitu jus, air limau, teh tanpa kafein. Ia akan menjadi lebih baik jika dalam keadaan suam.

3 – Ambil bahan-bahan meningkatkan kesihatan pernafasan

Anda dicadangkan mengambil makanan dan minuman yang mempunyai limau, halia, dan bawang putih. Terdapat kepercayaan bahawa bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai rawatan yang berkesan untuk batuk, selsema dan mampu mengeluarkan mukus.

Selain itu, makanan pedas yang membawa kapsaisin adalah baik untuk membersihkan sinus dan mengeluarkan mukus.

Secara saintifik dipercayai bahawa anda juga boleh menghindari dan menyembuhkan penyakit pernafasan virus dengan makanan dan suplemen berikut:

  • Zink oral 
  • Buah beri
  • Teh jambu batu
  • Ginseng
  • Echinacea

4 – Ambil ubat bukan preskripsi (OTC)

Anda boleh menggunakan ubat OTC untuk mengeluarkan mukus. Decongestants adalah salah satu yang disyorkan OTC untuk mengurangkan mukus yang berasal dari hidung anda.

Ingat bahawa mukus ini tidak boleh dikelirukan dengan kahak. Walau bagaimanapun, mukus boleh menyebabkan kesesakan dada. Dengan decongestants, hidung boleh menghentikan pembengkakan dan laluan udara menjadi berangin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Umcka

    Kenali apa itu Umcka . Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Akalili Sukor
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 23/05/2018 . 3 minit bacaan

    Jangkitan saluran pernafasan (RTI)

    Kenali apa itu Jangkitan saluran pernafasan (RTI)?. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 23/05/2018 . 4 minit bacaan

    Gumweed

    KegunaanApakah kegunaan Gumweed? Gumweed adalah herba. Daunnya dikeringkan dan bahagian atas tumbuhan digunakan untuk membuat ubatan. Gumweed digunakan untuk: Batuk. Bronkitis. Keradangan hidung, sinus, dan tekak. Bagaimana ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hidung tersumbat

    Ada Masalah Hidung Tersumbat? Tak Perlu Cari Ubat Lain, Pakar Kata Ia Boleh Sembuh Dengan Seks!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/08/2020 . 3 minit bacaan
    mukus adalah

    Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ini Kami Jelaskan 4 Perbezaan Kahak & Hingus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
    jenis sakit kepala

    Tak Semua Sakit Kepala Itu Migrain, Ini 10 Jenis Sakit Kepala Dan Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/02/2019 . 3 minit bacaan
    alahan

    Mengalami Gejala Mata Dan Hidung Berair, Adakah Ia Disebabkan Alahan Atau Sinusitis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 12/02/2019 . 2 minit bacaan